Gerakan Belia 4B Sri Gading

Call

Gerakan Belia 4B Sri Gading Satu medium anak muda di kawasan Sri Gading untuk membina jati diri melalui program kemasyarakatan dan kesukarelawan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 Semangat kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi menjadi amanah unt...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69

Semangat kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi menjadi amanah untuk kita terus memelihara keamanan, memperkukuh perpaduan dan bersama-sama membina masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

Sebagai generasi belia, marilah kita terus menyemarakkan semangat patriotisme, menghargai pengorbanan para pejuang terdahulu serta memainkan peranan dalam mencorakkan masa depan negara.

Ayuh belia, terus melangkah dengan semangat dan jiwa merdeka!


🔥
🔝

30/08/2026
KONVOI BELIA MERDEKA Konvoi Belia Merdeka bersama YB Puan Hajah Rashidah Ramli, ADUN Parit Raja Sekitar Parit Lintang, k...
30/08/2026

KONVOI BELIA MERDEKA

Konvoi Belia Merdeka bersama YB Puan Hajah Rashidah Ramli, ADUN Parit Raja

Sekitar Parit Lintang, kami berkesempatan menziarahi 5 buah rumah sambil menyantuni dan bertanya khabar penduduk setempat. Dalam masa yang sama, turut diagihkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan

Terima kasih YDP Majlis Belia Daerah Batu Pahat, Muhammad Khairul Anuar bin Nordin, Timbalan YDP Muhammad Afiq Danial bin Md Azhar, wakil Belia Negeri Johor Sdr. Khairul bin Jang, Southern Volunteers, Saudari Haryani Sukarman, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sri Gading merangkap Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, serta para belia yang bersama menjayakan konvoi ini!

Merdeka bukan sekadar laungan, tapi semangat untuk kita terus bersama masyarakat

Ayuh semarakkan Bulan Kebangsaan!


🔥
🔝

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H Alhamdulillah, Gerakan Belia 4B Kawasan Sri Gading berkesempatan bersama-sama memeriahkan ...
25/08/2026

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H

Alhamdulillah, Gerakan Belia 4B Kawasan Sri Gading berkesempatan bersama-sama memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor 1448H yang berlangsung di Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat.

Turut bersama YDP Majlis Belia Daerah Batu Pahat, Saudara Muhammad Khairul Anuar bin Nordin, serta Timbalan YDP Majlis Belia Daerah Batu Pahat, Saudara Muhammad Afiq Danial bin Md Azhar, yang merupakan Tokoh Maal Hijrah Negeri Johor 1448H/2026M bagi Kategori Belia.

Semoga hubungan dan ukhuwah yang terjalin terus diperkukuhkan, di samping menyemarakkan semangat anak muda untuk terus aktif berbakti kepada agama, bangsa dan masyarakat.

Bersatu • Belajar • Bekerja • Berkhidmat


🔥
🔝

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H 12 Rabiulawal 1448HSelawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Sempena Maulidur ...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

12 Rabiulawal 1448H

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sempena Maulidur Rasul, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran Rasulullah SAW serta menghayati akhlak, perjuangan dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga kita terus meneladani sifat Rasulullah SAW dan menjadikan sunnah Baginda sebagai panduan dalam membina generasi muda yang berilmu, berakhlak dan berbakti kepada masyarakat.

“Bersatu • Belajar • Bekerja • Berkhidmat”

Ikhlas daripada
Barisan Kepimpinan Belia 4B Sri Gading & Seluruh Ahlinya


🔥
🔝

KENYATAAN RASMI GERAKAN BELIA 4B KAWASAN SRI GADINGGerakan Belia 4B Sri Gading mengambil pendirian untuk menyokong usaha...
16/08/2026

KENYATAAN RASMI GERAKAN BELIA 4B KAWASAN SRI GADING

Gerakan Belia 4B Sri Gading mengambil pendirian untuk menyokong usaha Datuk Lassim Burhan dalam membawa perhatian terhadap isu penempatan komuniti Rohingya di kawasan Sri Gading.

Kami memandang serius kebimbangan yang disuarakan oleh penduduk, khususnya berkaitan pertambahan penempatan, penyewaan rumah dan premis serta pematuhan terhadap syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Bagi kami, isu ini perlu ditangani secara tegas, teratur dan berlandaskan undang-undang. Mana-mana pihak yang melanggar peraturan hendaklah dikenakan tindakan sewajarnya tanpa mengira latar belakang.

Pada masa yang sama, keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan penduduk Sri Gading perlu terus menjadi keutamaan.

Gerakan Belia 4B Sri Gading akan terus membawa suara belia dan masyarakat setempat serta menyokong usaha yang bertujuan memastikan isu ini mendapat perhatian serius dan penyelesaian yang sewajarnya daripada pihak berkuasa.

BERSATU, BELAJAR, BEKERJA, BERKHIDMAT.

Gerakan Belia 4B Kawasan Sri Gading

BARISAN KEPIMPINAN GERAKAN BELIA 4B SRI GADINGGerakan Belia 4B Sri Gading dengan sukacitanya memperkenalkan barisan kepi...
15/08/2026

BARISAN KEPIMPINAN GERAKAN BELIA 4B SRI GADING

Gerakan Belia 4B Sri Gading dengan sukacitanya memperkenalkan barisan kepimpinan yang akan menerajui gerak kerja organisasi dalam memperkasakan golongan belia serta memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Pengerusi
Abu Sufian bin Supaat

Timbalan Pengerusi
Hanif bin Nor Mohamed Jailani

Naib Pengerusi Remaja
Muhammad Razin Hazimi bin Mohd Razi

Naib Pengerusi Wanita
Nur Fadzlin Najwa binti Mohd Noor

Setiausaha
Zainul Ariff bin Zahumar

Bendahari
Hafizuddin bin Sa’adan

Ketua Penerangan
Shaliman bin Mohamad Shapie Lee

Setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada seluruh barisan kepimpinan yang telah diberikan kepercayaan.

Semoga kepimpinan ini dapat membawa semangat baharu, memperkukuh organisasi serta memperluas gerak kerja dalam pembangunan belia dan komuniti di Sri Gading.

Bersatu. Belajar. Bekerja. Berkhidmat.

TAHNIAH & SYABAS!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pelajar lepasan STPM/Setaraf yang telah berjaya menerima tawar...
15/08/2026

TAHNIAH & SYABAS!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pelajar lepasan STPM/Setaraf yang telah berjaya menerima tawaran UPU bagi sesi 2026/2027.

Semoga kejayaan ini menjadi langkah pertama menuju masa depan yang lebih gemilang. Teruskan berusaha, kejar impian dan manfaatkan peluang yang diberikan sebaiknya.

Selamat melangkah ke alam pengajian tinggi. Semoga terus cemerlang!

Ikhlas daripada
Gerakan Belia 4B Sri Gading & seluruh ahlinya.

“BERSATU • BELAJAR • BEKERJA • BERKHIDMAT”

01/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada ahli Gerakan Belia 4B Sri Gading atas pelantikan sebagai Ahli Dewan Muda Johor.

Semoga amanah yang diberikan ini dapat digalas dengan penuh integriti, dedikasi dan semangat juang demi memperjuangkan suara anak muda serta menyumbang kepada pembangunan negeri Johor.

Teruskan melakar kejayaan, menjadi inspirasi kepada generasi belia, dan membawa perubahan yang positif untuk masyarakat.


🔥
🔝

Address

Batu Pahat
86400

Telephone

+601119495057

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gerakan Belia 4B Sri Gading posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share