12/11/2025
Pada hari ahad yang lalu, 9 November 2025, pihak PIBG Sekolah Rendah Islam Integrasi Ibnu Kathir (SRIIIKG) telah menganjurkan Program Keibubapaan dengan kerjasama Tadika Raudah Ibnu Kathir dan Haluan Gombak. Program telah diadakan di Masjid Bilal Bin Rabah, Taman Koperasi Polis.
Kehadiran program seramai 52 orang dewasa dan 64 kanak-kanak. Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat baik.
Tajuk perkongsian adalah berkaitan sentuhan iman dalam didikan anak yang telah disampaikan oleh Cikgu Azmi Bahari yang juga merupakan mudir di Maahad Tahfiz Ad Daie Wal Diniah (MADANI) dan mempunyai pengalaman luas dalam program motivasi dan keibubapaan.
Objektif program adalah untuk memberikan motivasi dan semangat kepada ibu bapa dalam usaha membentuk dan melahirkan anak-anak yang hebat serta cemerlang di dunia dan juga di akhirat, insyaallah.
Aktiviti untuk anak-anak juga disediakan dengan pembahagian kepada dua peringkat umur. Masing-masing seronok dapat bermain bermacam indoor game yang pastinya diselit pelbagai amanat dan nasihat.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan dapat memberi manfaat kepada yang hadir.