MIYC Kebangsaan - மலேசிய இந்தியர் இளைஞர் மன்றம்

  • Home
  • Malaysia
  • Batu Caves
  • MIYC Kebangsaan - மலேசிய இந்தியர் இளைஞர் மன்றம்
Website Contact the organization

MIYC Kebangsaan - மலேசிய இந்தியர் இளைஞர் மன்றம் Malaysian Indian Youth Council (MIYC) is a socioeconomical based organisation for the indian youths மலேசிய இந்தியர் இளைஞர் மன்றம்

TAHNIAH & SYABAS! 🏆Majlis Belia India Malaysia (MIYC) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudari Shameera Nasreen...
15/09/2026

TAHNIAH & SYABAS! 🏆

Majlis Belia India Malaysia (MIYC) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudari Shameera Nasreen, Penolong Ketua Wanita MIYC Kebangsaan merangkap Penolong Setiausaha MIYC Negeri Pulau Pinang, atas kejayaan dinobatkan sebagai JOHAN, Kategori Individu Wanita dalam Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2026.

Kejayaan berprestij ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, kepimpinan serta sumbangan berterusan beliau dalam pembangunan dan pemerkasaan belia. Pencapaian ini juga menjadi kebanggaan buat seluruh keluarga besar MIYC serta inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk terus menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih besar serta memperkukuh peranan belia sebagai peneraju masa hadapan negara.

Ikhlas daripada
Presiden, Exco & Dewan Tertinggi
Majlis Belia India Malaysia (MIYC)

TAHNIAH & SYABAS! 🏆Majlis Belia India Malaysia (MIYC) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudara Heminath Siyamal...
15/09/2026

TAHNIAH & SYABAS! 🏆

Majlis Belia India Malaysia (MIYC) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudara Heminath Siyamalaruban, Exco MIYC Kebangsaan merangkap Pengerusi MIYC Negeri Sembilan, atas kejayaan meraih Tempat Ketiga, Kategori Individu Lelaki dalam Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2026.

Pengiktirafan ini menjadi bukti komitmen, kepimpinan dan sumbangan berterusan beliau dalam memperkasa pembangunan belia serta memperkukuh gerakan kepimpinan anak muda di peringkat negeri dan kebangsaan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga MIYC untuk terus melangkah ke hadapan, mencipta impak dan menyumbang dengan penuh dedikasi kepada masyarakat serta negara.

Ikhlas daripada
Presiden, Exco & Dewan Tertinggi
Majlis Belia India Malaysia (MIYC)

10/09/2026

35 years, Countless stories, One movement.

From where we began to where we stand today, a legacy continues to unfold.

A journey built on unity, leadership and service to the Malaysian Indian Youth community. The story is not over.

The next chapter is about to begin!

Stay tuned.

SESI DIALOG KHAS YAB PERDANA MENTERI BERSAMA PEMIMPIN MASYARAKAT INDIAMajlis Belia India Malaysia (MIYC) telah menghadir...
10/09/2026

SESI DIALOG KHAS YAB PERDANA MENTERI BERSAMA PEMIMPIN MASYARAKAT INDIA

Majlis Belia India Malaysia (MIYC) telah menghadiri Sesi Dialog Khas YAB Perdana Menteri bersama Pemimpin Masyarakat India yang berlangsung pada 3 September 2026 di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

MIYC telah diwakili oleh Saudara Araahvindan Ganasan dan Saudari Ashwinie a/p Perumal dalam sesi yang menjadi platform penting untuk berinteraksi secara langsung serta menyampaikan pandangan, aspirasi dan cadangan berkaitan pemerkasaan sosioekonomi, pembangunan belia serta kemajuan masyarakat India secara inklusif selaras dengan kerangka Malaysia MADANI.

MIYC merakamkan penghargaan atas ruang dan peluang yang diberikan kepada kepimpinan masyarakat dan belia India untuk terus menyumbang kepada agenda pembangunan negara. 🇲🇾

KONVENSYEN BELIA DESA 2026Dari ufuk desa ke persada kota, Sdra Varatharasan Subramaniam (EXCO MIYC) membawa amanah sebag...
10/09/2026

KONVENSYEN BELIA DESA 2026

Dari ufuk desa ke persada kota, Sdra Varatharasan Subramaniam (EXCO MIYC) membawa amanah sebagai wakil MIYC Kebangsaan ke Konvensyen Belia Desa 2026 bersama delegasi Majlis Belia Malaysia. Majlis disempurnakan oleh Datuk Hajah Rubiah, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Belia luar bandar tidak sepatutnya dibayangi oleh persepsi ‘ketinggalan zaman’ atau ‘kurang peluang’. Sebaliknya, kita adalah arkitek masa depan desa yang moden, dinamik, dan berdaya saing.

07/09/2026


Liputan Lawatan Kerja ke Indonesia - Hari 2 🇲🇾🇲🇨

©️ 2026, JK Penerangan & Media, MIYC Kebangsaan

🇲🇾🇮🇩 HARI KEDUA:SESI DIALOG BERSAMA KOMITE NASIONAL PEMUDA INDONESIA (KNPI) SUMATERA UTARAHari kedua Lawatan Kerja Majli...
06/09/2026

🇲🇾🇮🇩

HARI KEDUA:
SESI DIALOG BERSAMA KOMITE NASIONAL PEMUDA INDONESIA (KNPI) SUMATERA UTARA

Hari kedua Lawatan Kerja Majlis Belia India Malaysia (MIYC) ke Medan diteruskan dengan Sesi Dialog bersama Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) Sumatera Utara.

Kunjungan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama belia antara Malaysia dan Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan belia, kepimpinan, pemerkasaan kapasiti serta kerjasama strategik.

Ketua Dewan Pimpinan Daerah (DPD) Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) Sumatera Utara, Saudara Aldi Syahputra Siregar dan pasukannya telah menerima dan menyambut kehadiran delegasi MIYC yang diketuai oleh Saudara Dhanesh Basil, Presiden MIYC.

Intipati kunjungan hormat ini turut membuka ruang kepada perkongsian pengalaman dan penerokaan inisiatif bersama yang dapat memberi manfaat kepada generasi muda Malaysia dan Indonesia, di samping memperkukuh hubungan belia di peringkat serantau.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak KNPI SUMUT sambutan serta kesudian menerima kunjungan delegasi MIYC.

🇲🇾🤝🇮🇩 Bersama memperkasa belia, membina kepimpinan dan memperkukuh kerjasama serantau.

🇲🇾🇮🇩 HARI KEDUAKUNJUNGAN KE SRI MEENAKSHI AMMAN KUIL, DELI SERDANGHari kedua Lawatan Kerja Majlis Belia India Malaysia (...
06/09/2026

🇲🇾🇮🇩

HARI KEDUA
KUNJUNGAN KE SRI MEENAKSHI AMMAN KUIL, DELI SERDANG

Hari kedua Lawatan Kerja Majlis Belia India Malaysia (MIYC) ke Medan diteruskan dengan kunjungan ke Sri Meenakshi Amman Kuil di Deli Serdang, sebagai salah satu lokasi penting dalam memperkukuh hubungan spiritual, budaya serta pembangunan komuniti Hindu di Medan.

Kuil ini merupakan satu-satunya kuil yang didedikasikan kepada Dewi Meenakshi di Medan dan menampilkan arca ikonik setinggi 15 meter yang baru sahaja disiapkan, menjadikannya mercu tanda baharu bagi komuniti Hindu di wilayah tersebut. Kuil ini juga bakal mengadakan upacara Maha Kumbhabhishegam pada 13 September 2026, yang dijangka menghimpunkan penganut dari pelbagai kawasan.

Delegasi MIYC telah disambut oleh Ketua Yayasan Shri Meenakshi Amman Kuil, Saudara Nares Kumar dan Dr Matha Riswan yang berkongsi perkembangan serta peranan kuil dalam memperkukuh identiti, kebajikan dan perpaduan komuniti Hindu tempatan.

Pertemuan ini membuka ruang pertukaran pandangan antara MIYC dan pihak kuil dalam usaha pembangunan ihsan belia-belia Hindu di Medan, termasuk inisiatif kebajikan, kepimpinan dan penglibatan belia dalam aktiviti keagamaan serta kemasyarakatan.

Sebagai tanda sokongan, MIYC turut berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada pihak kuil bagi membantu persiapan menjelang upacara Maha Kumbhabhishegam.

🇲🇾🤝🇮🇩 Membina hubungan berteraskan nilai dan warisan, memperkukuh belia untuk masa depan bersama.

🇲🇾🇮🇩HARI KEDUAKUNJUNGAN HORMAT KE ATAS WALI KOTA MEDANHari kedua Lawatan Kerja Majlis Belia India Malaysia (MIYC) ke Med...
05/09/2026

🇲🇾🇮🇩
HARI KEDUA
KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS WALI KOTA MEDAN

Hari kedua Lawatan Kerja Majlis Belia India Malaysia (MIYC) ke Medan diteruskan dengan Kunjungan Hormat ke atas Pejabat Wali Kota Medan, sebagai antara agenda penting dalam memperkukuh hubungan dan membuka ruang kerjasama baharu antara belia Malaysia dan Indonesia.

Kota Medan yang terkenal dengan kepelbagaian masyarakat dan budaya menjadi contoh penting dalam membina keharmonian antara komuniti Buddha-Tamil, India, Batak, Tionghoa dan Aceh. Perkongsian mengenai pengalaman Medan dalam mengekalkan keharmonian masyarakat turut membuka perspektif baharu kepada delegasi MIYC mengenai peranan belia dalam membina masyarakat yang inklusif.

Delegasi MIYC telah disambut oleh Bapak Rakhmat Adisyah Putra Harahap, Ahli Wali Kota Medan Bidang Pemerintahan, Hukum dan Politik yang berkongsi mengenai peranan Pemerintah Kota Medan dalam memastikan kesejahteraan dan keharmonian masyarakat.

Hasil pertemuan ini, MIYC menyatakan kesediaan untuk meneroka kerjasama strategik dalam penganjuran program pengayaan keharmonian masyarakat, khususnya melibatkan komuniti Buddha-Tamil dan masyarakat India, termasuk melalui pertukaran belia, program kebudayaan, perkongsian kepimpinan serta inisiatif kemasyarakatan di peringkat antarabangsa.

Presiden MIYC, Saudara Dhanesh Basil, turut merakamkan penghargaan kepada Wali Kota Medan atas kesudian menerima kunjungan Majlis Belia India Malaysia. Pertemuan ini diharapkan menjadi titik permulaan kepada hubungan yang lebih erat dan penghasilan program bersama yang memberi impak kepada belia serta masyarakat kedua-dua negara.

🇲🇾🤝🇮🇩 Membina jaringan hari ini, membuka peluang kerjasama untuk masa hadapan.

Address

No 27, Jalan SBC 1, Taman Sri Batu Caves
Batu Caves
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MIYC Kebangsaan - மலேசிய இந்தியர் இளைஞர் மன்றம் posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MIYC Kebangsaan - மலேசிய இந்தியர் இளைஞர் மன்றம்:

Shortcuts

Share