Persatuan Wanita Inspirasi Negara

Persatuan Wanita Inspirasi Negara WIN mission is to empower and remind Malaysian Women how important and amazing they are. WIN is a platform from women to wowen.

Sebuah Persatuan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS)

Ketahui hak anak OKU...
05/08/2026

Ketahui hak anak OKU...

Kad OKU memberi akses kepada lebih 25 manfaat termasuk rawatan percuma, diskaun dan bantuan kewangan untuk anak dysleksia, autisme dan ADHD.

05/08/2026

Training of Trainers (ToT) Kedah

Program Training of Trainers (ToT) Kedah telah diadakan pada 23–25 Julai 2026 di Park Avenue Hotel, Sungai Petani, Kedah.

Program ini menjadi platform bagi pemimpin wanita dan belia daripada pelbagai latar belakang, termasuk NGO, akademia, pelajar dan pemimpin komuniti, untuk memperkukuh pengetahuan serta kemahiran dalam menggalakkan tadbir urus dan pembangunan yang lebih inklusif di peringkat akar umbi.

Bersama-sama, kita terus memperkasa pemimpin akar umbi untuk mencipta perubahan yang positif dan berkekalan dalam komuniti masing-masing.

diwakili oleh Puan Presiden dan Exco Tugas2 Khas Puan . Tahniah !

Kredit info :

SME! Suara Anda Diperlukan! Suara anda sangat penting untuk membentuk sokongan AI yang bakal dirangka untuk PMKS Malaysi...
02/08/2026

SME! Suara Anda Diperlukan!
Suara anda sangat penting untuk membentuk sokongan AI yang bakal dirangka untuk PMKS Malaysia.
==================================
TINJAUAN PENGGUNAAN AI DLM SME
==================================

Salam sejahtera Tuan/Puan,

AMB Academy (Penyedia Latihan Bertauliah HRDC & Ahli MDEC Digital Expert Network) sedang menjalankan Kajian Nasional Penggunaan AI dalam kalangan PMKS Malaysia bagi inisiatif SME AI Adoption anjuran MDEC dan Kementerian Digital dan suara ANDA adalah data yang negara perlukan.

Bonus 🎁 :
Anda akan menerima *23 Pembantu AI* yang dibina khas untuk bisnes Malaysia — PERCUMA, milik anda selamanya.

Apa yang anda dapat:

✅ Satu pasukan AI lengkap: pemasaran, akaun, cukai, proposal, laman web, gaji dan banyak lagi.
✅ Hanya perlu ChatGPT percuma, boleh guna dalam BM atau English, tak perlu pandai IT.

💡_Di pasaran antarabangsa, pakej pembantu AI seumpama ini dijual melebihi RM2,000/-

Apa perlu buat?
3 langkah sahaja

1️⃣ Jawab kajian di sini: https://www.appsmasterbuilderacademy.com/survey-mdec-pkms/

2️⃣ Semak emel anda selepas hantar

3️⃣ Mula bekerja dengan pasukan AI anda🤩.

⏰ *Penyertaan dilanjutkan sehingga dimaklumkan*

Ini bukan sekadar kajian. *Ini peluang keperluan anda difahami dan dipenuhi oleh Agensi.*

Terima kasih atas masa anda. 🙏

*Bantu sebarkan* mesej ini kepada rakan niaga, komuniti business anda.

Kredit info :
AMB Academy
Penyedia Latihan Bertauliah HRDC
www.appsmasterbuilderacademy.com



02/08/2026

Grateful for the kind invitation and the opportunity to be part of the Women Mentoring Network Conference 2026 (WMNC2026). 💙

Being surrounded by so many inspiring women, each bringing their own dreams, experiences and passion, was truly energising. Every smile reflected hope, every conversation sparked new ideas and every connection reminded us that together, we are stronger.

Thank you to ADLA | Corporate Training & Women Mentoring Network for creating such a meaningful platform where women can learn, connect, mentor, and empower one another.

May the connections we built continue to grow into collaborations that create lasting impact.

Here's to uplifting more women, building stronger networks and inspiring the next generation of leaders.


𝑱𝒐𝒎 𝒔𝒆𝒓𝒕𝒂𝒊 𝑭𝒐𝒓𝒖𝒎 𝑴𝒊𝒏𝒊: 𝑲𝒖𝒂𝒕 𝑯𝒂𝒕𝒊, 𝑲𝒖𝒂𝒕 𝑫𝒊𝒓𝒊, 𝑲𝒖𝒂𝒕 𝑴𝒆𝒏𝒅𝒊𝒅𝒊𝒌! 💙Nak jadi pendidik yang lebih kuat, lebih positif dan lebih ...
15/07/2026

𝑱𝒐𝒎 𝒔𝒆𝒓𝒕𝒂𝒊 𝑭𝒐𝒓𝒖𝒎 𝑴𝒊𝒏𝒊: 𝑲𝒖𝒂𝒕 𝑯𝒂𝒕𝒊, 𝑲𝒖𝒂𝒕 𝑫𝒊𝒓𝒊, 𝑲𝒖𝒂𝒕 𝑴𝒆𝒏𝒅𝒊𝒅𝒊𝒌! 💙

Nak jadi pendidik yang lebih kuat, lebih positif dan lebih berinspirasi? Jangan lepaskan peluang untuk bersama kami pada:

📅 16 Julai 2026 (Khamis)
🕚 11.00 pagi – 1.00 petang
📍 Dewan Al-Farabi, ILKKL

Dengar sendiri perkongsian penuh inspirasi daripada Haji Roslan Bin Mohamad dan Puan Zarina Binti Basry tentang perjalanan, pengalaman dan motivasi dalam dunia pendidikan.

𝘛𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘩𝘢𝘥𝘪𝘳 𝘬𝘦 𝘐𝘓𝘒𝘒𝘓? 𝘛𝘪𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩! 𝘒𝘢𝘮𝘪 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘪𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘓𝘐𝘝𝘌 𝘥𝘪 𝘍𝘢𝘤𝘦𝘣𝘰𝘰𝘬 𝘐𝘯𝘴𝘵𝘪𝘵𝘶𝘵 𝘓𝘢𝘵𝘪𝘩𝘢𝘯 𝘒𝘌𝘔𝘈𝘚 𝘒𝘶𝘢𝘭𝘢 𝘓𝘶𝘮𝘱𝘶𝘳 (𝘐𝘓𝘒𝘒𝘓) https://www.facebook.com/ilkkl.zul📱

Lagi menarik, E-Sijil turut disediakan kepada para penonton yang mengikuti siaran langsung dan memenuhi syarat yang ditetapkan! 🎓

𝗝𝗮𝗱𝗶, 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗹𝘂𝗽𝗮 𝗮𝗷𝗮𝗸 𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻-𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻, 𝘀𝗲𝘁 𝗿𝗲𝗺𝗶𝗻𝗱𝗲𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗷𝘂𝗺𝗽𝗮 𝗸𝗮𝗺𝗶 𝗱𝗶 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸 𝗟𝗶𝘃𝗲 𝗽𝗮𝗱𝗮 16 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 2026 ( 𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀) 𝗷𝗮𝗺 11.00𝗽𝗮𝗴𝗶 !

"Kuat Hati, Kuat Diri, Kuat Mendidik"

Bersama kita jadi pendidik yang lebih kuat dan hebat!.
Kredit : ILKL





Salam Takziah & Al-Fatihah إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْنInnalillahi wa inna ilaihi raji’unSalam takziah kepada Y...
19/06/2026

Salam Takziah & Al-Fatihah

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un

Salam takziah kepada YB Dato Sri Hajah Nancy Hj Shukri sekeluarga atas kehilangan suami tercinta . Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف

“Allahummagh firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu”

“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.”

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Doa dan simpati daripada,
Warga



17/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H
Semoga tahun ini membawa keberkatan, kedamaian dan menjadi awal yang lebih baik bagi kita semua.
1 Muharram 1448H



17/06/2026

WIN Fun Day

Hari yang penuh gelak tawa, kebersamaan dan memori indah. ❤️

Dalam suasana santai, berpiknik untuk mengeratkan silaturahim, mengukuhkan bonding sesama ahli dan yang paling penting... berseronok bersama !

Kadang-kadang kita perlukan sedikit "me time", kadang-kadang kita perlukan "we time".
Hari ini, kami dapat kedua-duanya.
Yang penting happy vibes only!


17/06/2026

Repost

Ziarah Kasih Aidil Adha 1447H
WIN Charity amat bersyukur diberi peluang untuk menyantuni para penghuni di Pusat Jagaan Mahmudah dalam program Ziarah Kasih Aidil Adha 1447H baru-baru ini.

Alhamdullillah dapat kami sampai kan sedikit sumbangan buat mereka hasil sumbangan tuan/puan. Terima kasih...❤️

Di sebalik senyuman yang terukir, tersimpan pelbagai kisah kehidupan yang menyentuh hati. Pertemuan ini membuka mata kami tentang cabaran yang mereka hadapi setiap hari serta keperluan yang masih memerlukan perhatian dan sokongan berterusan daripada masyarakat.

Ramai antara mereka mendambakan bukan sahaja bantuan keperluan harian, malah kasih sayang, perhatian dan kehadiran insan yang sudi mendengar serta berkongsi kegembiraan bersama.

Semoga kunjungan kecil ini menjadi asbab untuk kita semua lebih prihatin terhadap golongan yang memerlukan. Setiap sumbangan, tidak kira besar atau kecil, mampu membawa sinar harapan dan meringankan beban mereka.

Marilah bersama-sama kita hulurkan bantuan dan menyebarkan kasih sayang kepada penghuni Pusat Jagaan Mahmudah. Mereka memerlukan kita, dan kita mampu membuat perbezaan.
Sumbangan boleh terus ke akaun

Address

No. 7 Jalan Kosas 2/7 Taman Kosas 68000 Ampang
Batu Caves
68100SELANGOR

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Wanita Inspirasi Negara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Wanita Inspirasi Negara:

Shortcuts

Share