Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 Pdrm Malaysia

Website

Persatuan Kebajikan  Bekas Anggota Skuad 69 Pdrm Malaysia Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM (SKUAD 69 PDRM)

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2026, marilah kita bersama-sama menghar...
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2026, marilah kita bersama-sama menghargai semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan kepada tanah air tercinta.

Semoga Malaysia terus aman, makmur dan sejahtera, serta kekal teguh dalam semangat kebersamaan seluruh rakyat.

SKUAD 69, TETAP UNGGUL!

Ikhlas daripada:
Dato' Haji Abdul Aziz bin Bakar
Presiden & Seluruh Warga
Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM





TAHNIAH ATAS PELANTIKAN TIMBALAN KETUA POLIS NEGARAPersatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM merakamkan setinggi-t...
15/09/2026

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA

Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDH DIG Dato’ Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Semoga YDH Dato’ Sri terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan dipermudahkan segala urusan dalam memikul amanah serta tanggungjawab demi PDRM dan Negara.

Tahniah dan selamat menjalankan tugas.

Ikhlas daripada,
Dato’ Haji Abdul Aziz bin Bakar
Presiden
serta seluruh warga
Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM



Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/09/1410507/abdul-aziz-dilantik-timbalan-ketua-polis-negara

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEBAJIKAN KEPADA AHLI BERSEKUTU PKBA SKUAD 69 PDRMAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Dimak...
14/09/2026

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEBAJIKAN KEPADA AHLI BERSEKUTU PKBA SKUAD 69 PDRM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dimaklumkan bahawa wakil Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM (PKBA Skuad 69 PDRM) telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada Puan Azizah binti Mohamad Isa, Ahli Bersekutu PKBA Skuad 69 PDRM, di kediaman beliau di Felda Lasah, Sungai Siput, Perak.

Puan Azizah baru sahaja dibenarkan keluar dari wad setelah menerima rawatan akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Sumbangan kebajikan tersebut disampaikan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan Persatuan terhadap kebajikan ahli serta ahli bersekutu.

Puan Azizah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PKBA Skuad 69 PDRM atas sumbangan serta keprihatinan yang diberikan.

Semoga Puan Azizah binti Mohamad Isa dikurniakan kesembuhan sepenuhnya, kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.

آمِيْن يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

SKUAD 69 PDRM TETAP UNGGUL

Daripada:
HJ. ESSA
AJK
PKBA SKUAD 69 PDRM

MAKLUMAN KEBAJIKAN AHLI BERSEKUTU PKBA SKUAD 69 PDRM – KEDAHAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Dimaklumkan bahaw...
12/09/2026

MAKLUMAN KEBAJIKAN AHLI BERSEKUTU PKBA SKUAD 69 PDRM – KEDAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dimaklumkan bahawa Puan Zarina binti Abdullah, Ahli Bersekutu PKBA Skuad 69 PDRM dan isteri kepada Tuan Azizan bin Saman, telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada 8 September 2026.

Beliau telah menjalani pembedahan di bahagian kepala dan kini masih menerima rawatan serta pemantauan pihak hospital.

Sama-sama kita mendoakan semoga Puan Zarina binti Abdullah dipermudahkan segala urusan rawatan, diberikan kekuatan serta dikurniakan kesembuhan sepenuhnya oleh Allah SWT.

Semoga ahli keluarga beliau juga diberikan kekuatan dan ketabahan sepanjang tempoh rawatan ini.

آمِيْن يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

SKUAD 69 PDRM TETAP UNGGUL

Daripada:
KAMIL BIN HASHIM
AJK KEDAH (SUNGAI PETANI)
12 September 2026

MAKLUMAN KEBAJIKAN AHLI PKBA SKUAD 69 PDRM – KULIM, KEDAHAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Dimaklumkan bahawa T...
12/09/2026

MAKLUMAN KEBAJIKAN AHLI PKBA SKUAD 69 PDRM – KULIM, KEDAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dimaklumkan bahawa Tuan Bidin bin Musa, Ahli Skuad 69 PDRM dari Kulim, Kedah, telah dibawa oleh anak beliau ke Hospital Kulim pada malam 10 September 2026 setelah didapati kurang sihat.

Beliau kemudiannya dimasukkan ke wad pada 11 September 2026 bagi mendapatkan rawatan lanjut selepas mengalami minor stroke (strok ringan).

Alhamdulillah, keadaan Tuan Bidin kini dilaporkan stabil dan beliau masih berada di bawah rawatan serta pemantauan pihak doktor.

Sama-sama kita mendoakan semoga Tuan Bidin bin Musa diberikan kesembuhan sepenuhnya, dipermudahkan segala urusan rawatan serta dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah SWT.

آمِيْن يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

SKUAD 69 PDRM TETAP UNGGUL

Daripada:
ALIAS BIN ALI
AJK SKUAD 69 KEDAH (KULIM)
12 September 2026

LAPORAN KEBAJIKAN AHLI PKBA SKUAD 69 PDRM – PAHANGAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Dimaklumkan bahawa Encik Ya...
11/09/2026

LAPORAN KEBAJIKAN AHLI PKBA SKUAD 69 PDRM – PAHANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dimaklumkan bahawa Encik Yahya bin Abd Samad, Ahli Skuad 69 Negeri Pahang (Kuantan), telah mengalami masalah kesihatan dan dimasukkan ke Hospital UIA Kuantan pada 9 September 2026 bagi mendapatkan rawatan.

Beliau kini sedang menerima rawatan dan dijangka dibenarkan keluar dari wad pada 12 September 2026, tertakluk kepada keadaan kesihatan serta nasihat pihak hospital.

Sama-sama kita mendoakan semoga segala urusan rawatan Encik Yahya bin Abd Samad dipermudahkan dan semoga beliau dikurniakan kesembuhan serta kembali sihat seperti sediakala dengan izin Allah SWT.

آمِيْن يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

SKUAD 69 PDRM TETAP UNGGUL

Foto: En Zaini

Daripada:
ENCIK HUSSAIN
AJK SKUAD 69
NEGERI PAHANG

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEBAJIKAN KEPADA AJK SKUAD 69 PAHANGAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.AJK Skuad 69 Pusat ...
10/09/2026

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEBAJIKAN KEPADA AJK SKUAD 69 PAHANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

AJK Skuad 69 Pusat telah mengadakan ziarah kebajikan dan menyampaikan sumbangan kepada Tuan Haji Ismail, AJK Skuad 69 Pahang, yang sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.

Sumbangan tersebut disampaikan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan warga Skuad 69 terhadap kebajikan ahli yang sedang menerima rawatan.

Semoga Tuan Haji Ismail dikurniakan kesembuhan, kembali sihat seperti sediakala serta dipermudahkan segala urusan.

Sama-sama kita mendoakan agar beliau sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.

آمِيْن يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

SKUAD 69 PDRM TETAP UNGGUL

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEBAJIKAN HOSPITAL KEPADA AHLI PKBA SKUAD 69 PDRMAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Dimakl...
10/09/2026

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEBAJIKAN HOSPITAL KEPADA AHLI PKBA SKUAD 69 PDRM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dimaklumkan bahawa wakil Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM (PKBA Skuad 69 PDRM) telah menyampaikan sumbangan kebajikan hospital kepada:

ENCIK JAMALUDDIN BIN ABD LATIF
Ahli Skuad 69 PDRM
Semenyih, Selangor.

Sumbangan tersebut telah disampaikan di kediaman beliau di Taman Pelangi, Semenyih sebagai tanda keprihatinan Persatuan terhadap kebajikan ahli.

Encik Jamaluddin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PKBA Skuad 69 PDRM atas sumbangan serta keprihatinan yang diberikan.

YDH Dato’ Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, Bendahari serta seluruh ahli PKBA Skuad 69 PDRM mendoakan semoga Encik Jamaluddin dikurniakan kesembuhan, kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.

Semoga segala usaha kebajikan yang dilaksanakan oleh Persatuan terus mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.

آمِيْن يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

SKUAD 69 PDRM TETAP UNGGUL

Oleh:
HJESSAPAKTAM

PROGRAM ZIARAH KASIH & PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEBAJIKAN KEPADA AHLI PKBA SKUAD 69 PDRM (KEDAH)Assalamualaikum Warahmatull...
10/09/2026

PROGRAM ZIARAH KASIH & PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEBAJIKAN KEPADA AHLI PKBA SKUAD 69 PDRM (KEDAH)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Pada 6 September 2026 (Ahad), jam 11.00 pagi, satu Program Ziarah Kasih dan Penyampaian Sumbangan Kebajikan telah diadakan kepada:

TUAN SHAHAROM BIN OTHMAN
Ahli Skuad 69 PDRM
Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah.

Tuan Shaharom telah menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani pada 31 Ogos hingga 3 September 2026 berikutan keadaan paras oksigen yang tidak stabil.

Ziarah tersebut disertai oleh Tuan Yahaya, Ketua AJK Kedah; Tuan Hj. Yahya, AJK Alor Setar & Jitra; Tuan Alias, AJK Kulim; Tuan Shamsuddin, AJK Ipoh; bersama 11 orang ahli dan 8 orang ahli bersekutu, mewakili YDH Dato’ Presiden, Timbalan Presiden, barisan Exco Pusat, AJK Negeri serta seluruh ahli dan ahli bersekutu PKBA Skuad 69 PDRM.

Sumbangan kebajikan telah disampaikan oleh Tuan Hj. Yahya, AJK Alor Setar & Jitra.

Tuan Shaharom sekeluarga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PKBA Skuad 69 PDRM atas ziarah, keprihatinan serta sumbangan yang diberikan.

YDH Dato’ Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, Bendahari serta seluruh ahli PKBA Skuad 69 PDRM mendoakan semoga Tuan Shaharom dikurniakan kesembuhan, kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

آمِيْن يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

SKUAD 69 PDRM TETAP UNGGUL

Daripada:
KAMIL BIN HASHIM
AJK KEDAH (SUNGAI PETANI)
6 September 2026

PENYERAHAN SUMBANGAN KEBAJIKAN KEPADA AHLI PKBA SKUAD 69 PDRMAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Dimaklumkan baha...
10/09/2026

PENYERAHAN SUMBANGAN KEBAJIKAN KEPADA AHLI PKBA SKUAD 69 PDRM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dimaklumkan bahawa wakil Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM (PKBA Skuad 69 PDRM) telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada:

SAUDARA MOHAMED KAMAL AZMI
Ahli Skuad 69 PDRM
Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Sumbangan tersebut telah disampaikan di kediaman beliau sebagai tanda keprihatinan dan semangat kebersamaan Persatuan dalam menjaga kebajikan ahli.

Saudara Mohamed Kamal Azmi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PKBA Skuad 69 PDRM atas keprihatinan, perhatian serta sumbangan yang telah diberikan.

YDH Dato’ Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, Bendahari serta seluruh ahli PKBA Skuad 69 PDRM berharap agar sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban beliau.

Semoga segala urusan Saudara Mohamed Kamal Azmi dipermudahkan dan beliau sentiasa berada dalam rahmat serta lindungan Allah SWT.

آمِيْن يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Address

Batu Caves
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 Pdrm Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share