20/05/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan-Tuan.
Untuk makluman, pihak kami akan memulakan Fasa 1 bagi kerja-kerja pelancaran rasuk (beam launching) untuk Jambatan Baru Rimbayu, Telok Panglima Garang. Sehubungan dengan itu, sistem aliran trafik โStop & Goโ akan diaktifkan di kedua-dua arah jambatan bagi memastikan keselamatan semua pihak sepanjang kerja-kerja kritikal ini dijalankan.
Berikut adalah perincian penutupan sementara bagi Fasa 1:
โข Sistem Trafik: Pengaktifan โStop & Goโ (Kedua-dua Arah)
โข Tarikh: 22, 23, 24 & 25 Mei 2026
โข Masa: 9:00 pagi โ 12:00 tengah hari
โข Tempoh Menunggu: Pengguna jalan raya akan dihentikan sementara di kedua-dua arah selama lebih kurang 15 minit semasa kerja pelancaran rasuk dijalankan.
Laluan Alternatif (Lencongan):
Bagi pengguna yang ingin mengelakkan tempoh menunggu, sila gunakan Jalan Kemandol atau jambatan sedia ada di Persiaran Bayu yang telah dinaik taraf.
Pihak kami memohon kerjasama dan perhatian daripada semua penduduk Kampung Seri Cheeding agar dapat merancang perjalanan lebih awal sepanjang tempoh kerja dijalankan. Bersama ini turut disertakan Notis Awam untuk rujukan pihak tuan/puan.
Segala kerjasama dan perhatian amat dihargai. Terima kasih.