Misi Pedalaman Sabah Sarawak

Misi Pedalaman Sabah Sarawak Menyantuni masyarakat pedalaman khususnya Sabah & Sarawak dengan kerja-kerja kebajikan serta dakwah.

12/05/2026

Bukan meminta dibinakan bangunan yang mewah…
Cukuplah ada tempat untuk mereka sujud kepada Allah 🀍

Penduduk di Kg. Kiau Taburi sangat berharap agar sebuah surau dapat dibina di kampung mereka. Mereka juga mengharapkan adanya guru yang dapat mengajar anak-anak dan masyarakat tentang Al-Quran serta ilmu agama.

Di kawasan pedalaman ini, surau bukan sekadar tempat solat…
tetapi tempat belajar, tempat berkumpul, dan tempat membina kekuatan iman masyarakat.

Hari ini kami mengajak sahabat semua untuk bersama-sama membantu merealisasikan impian mereka 🀲🏻

Walau RM5 atau RM10, semoga menjadi saham akhirat yang berpanjangan.

Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian dengan ganjaran yang terbaik 🀍

π‘Ίπ’–π’Žπ’ƒπ’‚π’π’ˆπ’‚π’ π‘Žπ‘›π‘‘π‘Ž 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 π’…π’Šπ’”π’‚π’π’–π’“π’Œπ’‚π’ π’Žπ’†π’π’‚π’π’–π’Š π’‚π’Œπ’‚π’–π’ 𝑴𝑨𝒀𝑩𝑨𝑡𝑲 :
YAYASAN AMAL MALAYSIA
MAYBANK 5624 3253 8078
Ref: Surau Amal kg. Kiau

Pembayaran terus melalui sistem toyyipay, tekan pautan dibawah:
https://toyyibpay.com/Surau-Amal-Kg-Kiau-Taburi

Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut:
011-1500 7181 ( Aziz Norazman )

Semoga Ψ§Ω„Ω„Ω‡ merahmati kita semua 🀲

Jazakallahu Khairan Kathira

🌿 β€œBarangsiapa membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah di syurga.”(Hadis Riwayat B...
11/05/2026

🌿 β€œBarangsiapa membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah di syurga.”
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

πŸ“KEMPEN DANA PEMBINAAN SURAU KG. KIAU TABURI

Kami membuka peluang kepada semua untuk bersama-sama menyumbang dalam pembinaan surau buat masyarakat di Kg. Kiau Taburi. Surau ini bakal menjadi tempat ibadah, pusat ilmu dan penyatuan ummah bagi penduduk setempat. 🀲🏻

Namun, usaha ini memerlukan sokongan daripada para dermawan agar pembinaan dapat diteruskan dengan lancar.

🎯 Sasaran Kutipan: RM300,000

Setiap sumbangan anda, walau sekecil mana sekalipun, amat bermakna dalam merealisasikan sebuah rumah Allah di kawasan pedalaman ini.

πŸ’³ Salurkan sumbangan anda ke:
🏦 Maybank
Yayasan Amal Malaysia
5624 3253 8078

πŸ“Œ Ref: Surau Kiau Taburi
πŸ“ž Untuk pertanyaan / maklumat lanjut:
Aziz Norazman
011-1500 7181

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi saham akhirat yang berpanjangan dan diberkati Allah SWT. 🀍



[MISI ZIARAH MAHABBAH & KHATAN PERDANA]16-20 April 2026 β€” Alhamdulillah, Misi Ziarah Mahabbah & Khatan Perdana telah ber...
23/04/2026

[MISI ZIARAH MAHABBAH & KHATAN PERDANA]

16-20 April 2026 β€” Alhamdulillah, Misi Ziarah Mahabbah & Khatan Perdana telah berjaya dilaksanakan di Semporna, Sabah hasil kerjasama Yayasan Cawangan Kedah, Amalnita dan Yayasan Ikhlas.

Seramai 100 orang peserta telah disantuni melalui program khatan yang dijalankan di dua lokasi utama iaitu di Pusat Komuniti Al Huda, Semporna (48 orang) dan Pusat Pembelajaran Islam Al Huda, Kg Sri Kuala Bibang (52 orang). Inisiatif ini dilaksanakan bagi membantu keluarga asnaf yang berdepan kos khatan yang tinggi di kawasan pedalaman.

Selain itu, suasana kebersamaan bersama masyarakat di sini turut dizahirkan melalui Kenduri Rakyat di samping inisiatif Amal Kongsi Rezeki yang menyampaikan pek keperluan asas kepada 50 keluarga asnaf. Misi ini turut disusuli dengan ziarah ke Daie Kunak (Tadika Amal) yang melibatkan 43 orang pelajar, sebagai usaha memperkukuh sokongan terhadap dakwah di lapangan. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat dalam usaha menjayakan mis kali ini. Semoga setiap usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan berterusan.

Teruskan bersama kami, klik link untuk jayakan misi seterusnya:
https://toyyibpay.com/ZIARAH-MAHABBAH-2026

☎️ Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
011 1500 7181 (Aziz Norazman)

β€œMenerangi Ummah, Menggerakkan Dakwah Pedalaman.”





[MISI ZIARAH MAHABBAH & KHATAN PERDANA]Bahagian 116-20 April 2026 β€” Alhamdulillah, Misi Ziarah Mahabbah & Khatan Perdana...
23/04/2026

[MISI ZIARAH MAHABBAH & KHATAN PERDANA]

Bahagian 1

16-20 April 2026 β€” Alhamdulillah, Misi Ziarah Mahabbah & Khatan Perdana telah berjaya dilaksanakan di Semporna, Sabah hasil kerjasama Yayasan Cawangan Kedah, Amalnita dan Yayasan Ikhlas.

Seramai 100 orang peserta telah disantuni melalui program khatan yang dijalankan di dua lokasi utama iaitu di Pusat Komuniti Al Huda, Semporna (48 orang) dan Pusat Pembelajaran Islam Al Huda, Kg Sri Kuala Bibang (52 orang). Inisiatif ini dilaksanakan bagi membantu keluarga asnaf yang berdepan kos khatan yang tinggi di kawasan pedalaman.

Selain itu, suasana kebersamaan bersama masyarakat di sini turut dizahirkan melalui Kenduri Rakyat di samping inisiatif Amal Kongsi Rezeki yang menyampaikan pek keperluan asas kepada 50 keluarga asnaf. Misi ini turut disusuli dengan ziarah ke Daie Kunak (Tadika Amal) yang melibatkan 43 orang pelajar, sebagai usaha memperkukuh sokongan terhadap dakwah di lapangan. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat dalam usaha menjayakan mis kali ini. Semoga setiap usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan berterusan.

Teruskan bersama kami, klik link untuk jayakan misi seterusnya:
https://toyyibpay.com/ZIARAH-MAHABBAH-2026

☎️ Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
011 1500 7181 (Aziz Norazman)

β€œMenerangi Ummah, Menggerakkan Dakwah Pedalaman.”





13/04/2026

[MISI ZIARAH MAHABBAH & KHATAN PERDANA]

Untuk makluman Tuan Puan, misi kali ini merupakan satu inisiatif yang bersasarkan golongan asnaf dan muallaf yang terdiri daripada etnik Suluk Bajau di kawasan Semporna, Sabah. Dan sehingga hari ini, kami masih mengumpulkan dana bagi menjayakan program Khatan Perdana di sana.

Justeru, setiap sumbangan anda semestinya membantu kami laksanakan aktiviti seperti yang dinyatakan di atas.

πŸ“Œ Untuk bersama kami jayakan misi ini, Tuan Puan boleh klik link berikut:
πŸ”—https://toyyibpay.com/ZIARAH-MAHABBAH-2026

> Atau melalui:
Maybank
Yayasan Amal Malaysia
5624 3253 8078
Ref: Misi Semporna

☎️ Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
011 1500 7181 (Aziz Norazman)

Terima kasih atas sumbangan ikhlas daripada Tuan Puan. Semoga Allah merahmati selalu dan dikurniakan keberkatan rezeki. Aamiin.





09/04/2026

[MISI ZIARAH MAHABBAH & KHATAN PERDANA]

Untuk makluman Tuan Puan, misi kali ini merupakan satu inisiatif yang bersasarkan golongan asnaf dan muallaf yang terdiri daripada etnik Suluk Bajau di kawasan Semporna, Sabah.

Sepanjang misi ini, kami akan:
πŸ› Menyediakan Dapur Rakyat
πŸŽ’ Menyantuni keluarga asnaf dan muallaf melalui Amal Kongsi Rezeki (AKR)
🏑 Mengadakan program Khatan Perdana

Justeru, setiap sumbangan anda semestinya membantu kami laksanakan aktiviti seperti yang dinyatakan di atas.

πŸ“Œ Untuk bersama kami jayakan misi ini, Tuan Puan boleh klik link berikut:
πŸ”—*https://toyyibpay.com/ZIARAH-MAHABBAH-2026*

> Atau melalui:
Maybank
Yayasan Amal Malaysia
5624 3253 8078
Ref: Misi Semporna

☎️ Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
011 1500 7181 (Aziz Norazman)

Terima kasih atas sumbangan ikhlas daripada Tuan Puan. Semoga Allah merahmati selalu dan dikurniakan keberkatan rezeki. Aamiin.





[PROGRAM RIANG RIA CERIA BERSAMA]> Sorotan bahagian 2Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi, program β€œR...
06/04/2026

[PROGRAM RIANG RIA CERIA BERSAMA]

> Sorotan bahagian 2

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi, program β€œRiang Ria Ceria Bersama” telah berjaya dilaksanakan dengan lancar hasil kolaborasi bersama Kelab Al-Hujjah, Fakuliti Pendidikan Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Program ini bukan sahaja berjaya mencapai objektif yang dirancang, malah telah memberikan impak yang positif kepada para peserta daripada Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih melalui pendekatan santai, ceria dan penuh nilai kasih sayang selaras dengan aspirasi pembangunan komuniti.

Pihak kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kepada para penyumbang, dan orang ramai yang telah menyumbang sama ada dalam bentuk kewangan, tenaga mahupun doa bagi menjayakan program ini. Sumbangan yang diberikan telah menjadi pemangkin utama dalam memastikan kelancaran dan keberhasilan program ini.

Sesungguhnya, setiap sumbangan yang dihulurkan membawa makna yang besar dalam usaha menyantuni masyarakat serta menyemai nilai kebersamaan dan kepedulian.

πŸ“Œ Untuk bersama kami jayakan misi seterusnya, Tuan Puan boleh klik link berikut:
πŸ”—*https://toyyibpay.com/ZIARAH-MAHABBAH-2026*

Semoga segala usaha dan amal kebajikan ini diterima sebagai amal soleh serta diberkati oleh Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

[PROGRAM RIANG RIA CERIA BERSAMA]> Sorotan bahagian 1Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi, program β€œR...
06/04/2026

[PROGRAM RIANG RIA CERIA BERSAMA]

> Sorotan bahagian 1

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi, program β€œRiang Ria Ceria Bersama” telah berjaya dilaksanakan dengan lancar hasil kolaborasi bersama Kelab Al-Hujjah, Fakuliti Pendidikan Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Program ini bukan sahaja berjaya mencapai objektif yang dirancang, malah telah memberikan impak yang positif kepada para peserta daripada Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih melalui pendekatan santai, ceria dan penuh nilai kasih sayang selaras dengan aspirasi pembangunan komuniti.

Pihak kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kepada para penyumbang, dan orang ramai yang telah menyumbang sama ada dalam bentuk kewangan, tenaga mahupun doa bagi menjayakan program ini. Sumbangan yang diberikan telah menjadi pemangkin utama dalam memastikan kelancaran dan keberhasilan program ini.

Sesungguhnya, setiap sumbangan yang dihulurkan membawa makna yang besar dalam usaha menyantuni masyarakat serta menyemai nilai kebersamaan dan kepedulian.

πŸ“Œ Untuk bersama kami jayakan misi seterusnya, Tuan Puan boleh klik link berikut:
πŸ”—*https://toyyibpay.com/ZIARAH-MAHABBAH-2026*

Semoga segala usaha dan amal kebajikan ini diterima sebagai amal soleh serta diberkati oleh Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

Sumbangan Anda, Sinar Harapan Mereka"RM5 mungkin tak ubah hidup kita, tapi mungkin cukup untuk mengisi perut yang lapar,...
05/04/2026

Sumbangan Anda, Sinar Harapan Mereka

"RM5 mungkin tak ubah hidup kita, tapi mungkin cukup untuk mengisi perut yang lapar, memberi cahaya pada hati yang hampir gelap. Kongsi rezeki hari ini. Kecil di tangan kita, besar di sisi Allah 🀍."

Mari bersama *Yayasan Amal Malaysia* membina masa depan yang lebih cerah. Bantu kami teruskan misi ini β€” kerana dengan memberi, kita menyembuh dan menyatukan.

πŸ“ž Sumbangan boleh disalurkan ke:
https://toyyibpay.com/Food-Pack-Program

> Atau melalui:

Yayasan Amal Malaysia
πŸ’³ 5624 3253 8078 (Maybank)
πŸ“ Ref: AkrSemporna

πŸ“² Untuk maklumat lanjut: +6011-1500 7181 (Abdul Aziz Norazman)

Kita mungkin tidak dapat bantu semua orang, tetapi semua orang mampu bantu seseorang.

πŸ’š Jom kongsi rezeki, bina mahabbah.

[68 HARI LAGI MENUJU RAMADHAN]Ayuh, rebut peluang keberkatan pada Hari Jumaat.Sumbangan anda akan dimanfaatkan untuk mem...
12/12/2025

[68 HARI LAGI MENUJU RAMADHAN]

Ayuh, rebut peluang keberkatan pada Hari Jumaat.

Sumbangan anda akan dimanfaatkan untuk membina Surau Amal Kg. Pengkalan Darat bagi saudara Muslim & saudara baru kita di pedalaman Sabah.

Setiap nilai sumbangan anda menghadiahkan makna besar buat mereka.

Pembayaran terus melalui sistem toyyibpay:

https://toyyibpay.com/Surau-Amal-Kg-Pengkalan-Darat

Untuk maklumat perbankan:

YAYASAN AMAL MALAYSIA
MAYBANK 5624 3253 8078
Ref: Surau Amal

Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut:
011 1500 7181 (Syafiq Husni)

Amal Darat

Address

Jalan Muhibbah, Kampung Labohan Dagang
Banting
42700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Misi Pedalaman Sabah Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Misi Pedalaman Sabah Sarawak:

Share