15/04/2026
Perang Amerika-Iran mungkin akan tamat minggu ini. Pakistan baru sahaja anjurkan rundingan damai antara Amerika dan juga Iran.
Hari ini wakil-wakil Amerika dan Iran sedang duduk dalam bilik berasingan di Hotel Serena, Islamabad cuba selesaikan perang yang boleh bakar seluruh rantau.
Kenapa ini penting untuk kita?
Selat Hormuz ialah laluan 20% bekalan minyak dan gas dunia. Bila ia ditutup, harga minyak naik, harga barang naik, ekonomi global terjejas termasuk Malaysia.
Kalau rundingan ini gagal dan perang sambung semula, kita semua rasa kesannya di pam minyak di kedai runcit dan di bil elektrik.
Apa yang sebenarnya berlaku di Islamabad?
Ramai sangka ini rundingan bersemuka Amerika dan Iran duduk semeja, bersalaman, berunding.
Hakikatnya? Tidak.
Format sebenar rundingan ini dipanggil proximity talks. Delegasi Amerika dan Iran tidak bertemu langsung. Mereka duduk dalam bilik berasingan dan pegawai-pegawai Pakistan yang berulang-alik antara dua bilik itu sampaikan mesej, bawa cadangan cari titik persetujuan.
Seperti orang tengah dalam kes perceraian yang panas. Tapi taruhannya nyawa jutaan manusia dan ekonomi global.
Siapa yang hadir ?
Dari Iran delegasi besar diketuai Speaker Parlimen Mohammad Bagher Qalibaf bersama Menteri Luar Abbas Araghchi. Turut hadir Setiausaha Majlis Pertahanan Ali Akbar Ahmadian dan Gabenor Bank Pusat Abdolnaser Hemmati. Delegasi ini membawa pakar politik, keselamatan dan ekonomi sekali menandakan Iran masuk dengan serius.
Dari Amerika Naib Presiden JD Vance sendiri turun padang, bersama utusan khas Steve Witkoff dan menantu Trump, Jared Kushner. Ini penglibatan Amerika peringkat tertinggi dengan Iran sejak 2015.
Kenapa hampir tak jadi langsung?
Ini bahagian yang ramai tak tahu. Rundingan ini hampir terbatal dua kali. Delegasi Amerika dah bersiap nak terbang ke Islamabad tapi Iran tarik diri pada saat akhir. Iran mahu lebih masa untuk berbincang dalaman.
Malah sehari sebelum delegasi Iran tiba, media dekat dengan IRGC masih mendakwa tiada delegasi Iran yang akan ke Islamabad.
Akhirnya Pakistan memujuk. Iran bersetuju hadir tapi dengan syarat.
Apa syarat Iran?
Iran mahu Z hentikan serangan di Lubnan dahulu sebelum rundingan boleh bermakna. Amerika p**a kata Lubnan berada di luar skop gencatan senjata ini.
Ini titik pertelingkahan paling panas sekarang.
Qalibaf sendiri cakap terus-terang semasa tiba di Islamabad:
“Kami ada niat baik tapi kami tidak ada kepercayaan terhadap pihak lawan.”
Apa yang kita boleh harap?
Perjanjian damai mungkin tidak dimuktamad minggu ini. Pakistan sendiri menetapkan matlamat yang lebih realistik kalau rundingan ini berjaya, maksudnya kedua-dua pihak bersetuju untuk terus berunding. Itu pun sudah dikira kejayaan besar.
Seperti kata bekas Duta Pakistan ke PBB:
“Pakistan berjaya bawa mereka ke satu meja. Sekarang terp**ang kepada mereka untuk buat pengorbanan yang perlu.”
Kalau rundingan gagal?
Trump dah bagi amaran terang-terangan kapal perang Amerika sedang diisi semula dengan senjata terbaru. Kalau tiada perjanjian, serangan akan disambung pada skala yang lebih besar.
Iran p**a bukan diam. China dikatakan sedang menghantar kargo ke Iran dan mengumumkan latihan tentera laut besar-besaran di Lautan Hindi isyarat jelas mereka berdiri di belakang Tehran.
Kita hidup dalam masa yang sangat tidak menentu.
Satu rundingan di Islamabad boleh tentukan sama ada dunia dapat bernafas lega atau terjerumus ke dalam konflik yang jauh lebih besar dan lebih mahal untuk semua pihak.