WANIS

WANIS PERTUBUHAN WANITA CAKNA KOMUNITI SELANGOR

29/06/2026

Ziarah kasih di Kampung Sijangkang. Semoga kehadiran kami membawa sedikit kegembiraan dan semangat buat Saudara Asraf sekeluarga.

Wanis amat berbesar hati pada hari ini dapat bersama-sama warga Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN N53 menziarahi Saud...
29/06/2026

Wanis amat berbesar hati pada hari ini dapat bersama-sama warga Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN N53 menziarahi Saudara Asraf di Kampung Sijangkang.

Turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Dato’ Ir. Izham Hashim atas kesudian meluangkan masa turun padang bersama-sama dalam program ziarah ini. Semoga kunjungan ini dapat memberikan semangat, sokongan dan sedikit keceriaan kepada Saudara Asraf sekeluarga.

Alhamdulillah, selesai perjumpaan Ahli NGO WANIS pada rabu lalu. Selain bertanya khabar dan berkongsi perkembangan terki...
12/06/2026

Alhamdulillah, selesai perjumpaan Ahli NGO WANIS pada rabu lalu.

Selain bertanya khabar dan berkongsi perkembangan terkini, pertemuan ini turut dimanfaatkan untuk membincangkan beberapa cadangan program akan datang. Semoga ukhwah yang terjalin terus kukuh dan segala perancangan dipermudahkan demi manfaat masyarakat.

Terima kasih kepada semua yang hadir.

Alhamdulillah...tahniah JPKK Kg Batu 10 Kebun Baru
09/06/2026

Alhamdulillah...tahniah JPKK Kg Batu 10 Kebun Baru

Jumaat lalu, NGO Wanis telah melaksanakan Program Ziarah Salam Jumaat dengan menziarahi beberapa penduduk sekitar kawasa...
09/06/2026

Jumaat lalu, NGO Wanis telah melaksanakan Program Ziarah Salam Jumaat dengan menziarahi beberapa penduduk sekitar kawasan kuala langat.

Semoga ziarah yang ringkas ini dapat mengeratkan ukhuwah, menyuntik semangat serta membawa sedikit keceriaan kepada mereka yang dikunjungi.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga segala urusan dipermudahkan dan diberkati.

WANITA, AYUH SEMARAKKAN KEBAIKAN Wanita, ayuh kita bersama menyemarakkan keluasan kebaikan untuk semua.Ingatlah, Allah s...
16/04/2026

WANITA, AYUH SEMARAKKAN KEBAIKAN

Wanita, ayuh kita bersama menyemarakkan keluasan kebaikan untuk semua.
Ingatlah, Allah sukakan hamba-Nya yang berakhlak mulia.

Dan Ar-Rasul diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.

Jangan pernah jemu berbuat baik…
Walaupun kecil, mungkin itulah yang membawa keberkatan.

Semarakkan amal-amal kebaikan,
yang berpanjangan nilainya hingga ke akhir hayat.

Ikhlaskan dirimu,
kerana yang dinilai bukan banyaknya…
tetapi keikhlasan di dalamnya.

WANIS masih bergerak Masih berbincang, merancang dan menyusun langkah demi langkah.Sedikit demi sedikit, insyaAllah kami...
15/04/2026

WANIS masih bergerak

Masih berbincang, merancang dan menyusun langkah demi langkah.

Sedikit demi sedikit, insyaAllah kami terus beri manfaat ❤️

ZIARAH ADIK NUR MADIHA | KANCHONG DARATWANIS telah mengadakan lawatan ziarah ke rumah Puan Norshahida di Kanchong Darat ...
10/04/2026

ZIARAH ADIK NUR MADIHA | KANCHONG DARAT

WANIS telah mengadakan lawatan ziarah ke rumah Puan Norshahida di Kanchong Darat bagi menziarahi Adik Nur Madiha.

Adik Madiha merupakan anak istimewa yang mengalami patah kaki akibat terjatuh serta mempunyai beberapa masalah kesihatan lain.

Dalam kunjungan ini, WANIS telah menyampaikan sumbangan berupa pampers dan bantuan kewangan kepada keluarga.

Pihak PKM Morib turut hadir dan meneliti keperluan bantuan susulan yang boleh disalurkan kepada Adik Madiha.

Semoga Adik Madiha diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan keluarga. 🤲

Doa kami mengiringi setiap langkah YAB Menteri Besar Selangor. Semoga misi ini berjaya dan memberi manfaat yang besar ke...
10/04/2026

Doa kami mengiringi setiap langkah YAB Menteri Besar Selangor. Semoga misi ini berjaya dan memberi manfaat yang besar kepada mereka yang memerlukan.

Ucapan Selamat buat YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dan semua yang terlibat di dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Malaysia ke Gaza serta delegasi Global Sumud Flotilla 2.0.

Di saat dunia memerlukan lebih banyak empati, tindakan ini menjadi bukti bahawa Selangor sentiasa berdiri teguh bersama nilai kemanusiaan sejagat.

Semoga misi ini dipermudahkan, dilindungi dan membawa sinar harapan kepada mereka yang memerlukan.

Ikhlas Daripada:-
𝑺𝒆𝒕𝒊𝒂𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂 𝑲𝒆𝒓𝒂𝒋𝒂𝒂𝒏 𝑵𝒆𝒈𝒆𝒓𝒊 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒏𝒈𝒐𝒓 dan
𝑺𝒆𝒍𝒖𝒓𝒖𝒉 𝑷𝒆𝒏𝒋𝒂𝒘𝒂𝒕 𝑨𝒘𝒂𝒎 𝑵𝒆𝒈𝒆𝒓𝒊 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒏𝒈𝒐𝒓



Address

LOT 5272 Jalan SERI GAMBUT
Banting
42700

Telephone

+60197278707

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when WANIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share