Lembah Pantai

Lembah Pantai

Pengajian Al-Quran Muslimah diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi, anjuran Ketua Wan...
26/04/2026

Pengajian Al-Quran Muslimah diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi, anjuran Ketua Wanita KEADILAN Lembah Pantai bersama Pejabat Parlimen Lembah Pantai.

Turut hadir meninjau dan menyantuni para peserta, YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh ilmu dan penghayatan Al-Quran dalam kalangan muslimah.

Beliau turut menjenguk sesi pengajian tersebut. Hadir sama Pn Jamilah Awang, Ketua Wanita KEADILAN Lembah Pantai.

Program anjuran DBKL bersama Persatuan Penduduk dan KRT serta turut disertai Wakil MPP Subzon 4 ini mendapat sambutan ya...
26/04/2026

Program anjuran DBKL bersama Persatuan Penduduk dan KRT serta turut disertai Wakil MPP Subzon 4 ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat yang berganding bahu membersihkan kawasan demi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, sihat dan selesa.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semangat gotong-royong ini wajar diteruskan demi kesejahteraan komuniti.

LEMBAH PANTAI, 26 April – Seramai 30 bakal jemaah haji dari Parlimen Lembah Pantai menerima sumbangan khas daripada Ahli...
26/04/2026

LEMBAH PANTAI, 26 April – Seramai 30 bakal jemaah haji dari Parlimen Lembah Pantai menerima sumbangan khas daripada Ahli Parlimennya, YB Datuk Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi, dalam satu majlis yang berlangsung di Pejabat Parlimen Lembah Pantai, hari ini.

Sumbangan tersebut disampaikan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan kepada para jemaah yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah bermula hari ini bagi menunaikan ibadah haji.

Dalam ucapannya, YB Datuk Fahmi Fadzil turut menasihatkan para jemaah agar sentiasa mengamalkan sikap berjimat cermat dalam berbelanja sepanjang berada di Tanah Suci, selain mengutamakan ibadah dan menjaga kesihatan.

Beliau turut mendoakan agar semua bakal jemaah dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta memperoleh haji yang mabrur.

Majlis berkenaan turut menjadi platform mempereratkan hubungan antara pemimpin dan komuniti setempat, di samping menyuntik semangat kepada para jemaah sebelum memulakan perjalanan suci mereka.

Majlis Persatuan Anak-Anak Terengganu di Selangor dan Wilayah Persekutuan (PESAT) telah berlangsung pada Ahad, 19 April ...
20/04/2026

Majlis Persatuan Anak-Anak Terengganu di Selangor dan Wilayah Persekutuan (PESAT) telah berlangsung pada Ahad, 19 April dari jam 10.30 pagi hingga 1.30 tengah hari.

Turut hadir Sdr Abdullah Izhar Yusof, Setiausaha Politik Kementerian Komunikasi, mewakili YB Datuk Fahmi Fadzil dalam menyantuni ahli persatuan serta mengeratkan silaturahim komuniti anak Terengganu di perantauan.

Program Perasmian Serentak Mesyuarat Tahunan 57 Cawangan UMNO Bahagian Lembah Pantai yang berlangsung dalam suasana penu...
19/04/2026

Program Perasmian Serentak Mesyuarat Tahunan 57 Cawangan UMNO Bahagian Lembah Pantai yang berlangsung dalam suasana penuh meriah dan harmoni.

Turut hadir, YB Datuk Fahmi Fadzil menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai yang meluangkan masa menyantuni para hadirin serta beramah mesra bersama komuniti setempat, sekali gus mengeratkan hubungan antara pimpinan dan masyarakat.

Kehadiran beliau jelas mencerminkan komitmen berterusan dalam mendekati rakyat serta menyokong usaha memperkukuh perpaduan di peringkat akar umbi.

Majlis Silaturahim Malam Mesra Bersama Komuniti Blok 19 berlangsung meriah dengan pengisian bacaan Yassin, tahlil serta ...
19/04/2026

Majlis Silaturahim Malam Mesra Bersama Komuniti Blok 19 berlangsung meriah dengan pengisian bacaan Yassin, tahlil serta sambutan hari lahir bagi bulan Mac, April dan Mei.

Program ini telah diadakan pada 18 April 2026 (Sabtu malam Ahad) di Parkir Motosikal Berbumbung, Blok 19.
Turut hadir YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, yang menyantuni penduduk sambil mengeratkan lagi hubungan komuniti.

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Bangsar Baru berlangsung dengan lancar, memperkukuh semangat kebersamaan dan perpaduan dal...
18/04/2026

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Bangsar Baru berlangsung dengan lancar, memperkukuh semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan penduduk setempat.

Kehadiran YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, turut menyerikan majlis dan mencerminkan sokongan berterusan terhadap usaha memperkasa komuniti.

Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026 yang berlangsung meriah di Dataran Blok 100, PPR Seri Pantai den...
18/04/2026

Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026 yang berlangsung meriah di Dataran Blok 100, PPR Seri Pantai dengan kehadiran YB Datuk Fahmi Fadzil, merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Turut berlangsung sambutan berasingan anjuran Persatuan Penduduk Kg. Pasir Baru yang sama-sama memeriahkan suasana Syawal di kawasan sekitar.

Program-program ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah turut menyaksikan beliau beramah mesra bersama penduduk serta menyantuni kanak-kanak melalui penyampaian duit raya.

Suasana penuh kemesraan dan semangat perpaduan jelas terpancar dalam sambutan Syawal yang penuh keberkatan.

TIGA SERANGKAI, SATU SOLUSI Kempen Kesihatan Universiti Malaya 2026 anjuran Universiti Malaya berjaya menghimpunkan komu...
18/04/2026

TIGA SERANGKAI, SATU SOLUSI

Kempen Kesihatan Universiti Malaya 2026 anjuran Universiti Malaya berjaya menghimpunkan komuniti dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan, khususnya kencing manis, darah tinggi dan kolesterol.

Program ini telah berlangsung di IWK Eco Park @ Pantai Dalam, melibatkan penyertaan aktif masyarakat setempat.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, yang telah menyempurnakan perasmian program.

Kehadiran beliau bukan sekadar simbolik, malah menyuntik semangat dan kesedaran kepada masyarakat untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat.

Pelbagai saringan kesihatan percuma, aktiviti menarik serta perkongsian bermanfaat telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti setempat.

Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Haji Abd Razak bin Mohd Ali telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.Jenazah akan ...
17/04/2026

Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Haji Abd Razak bin Mohd Ali telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

Jenazah akan dimandikan di Surau Haji Salleh dan insyaAllah akan dibawa ke Masjid Khadijah Baru, Pantai Dalam sekitar jam 12.30 tengah hari untuk disolatkan selepas Solat Jumaat.

Sama-sama kita doakan agar segala urusan dipermudahkan dan Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Turut hadir menziarahi jenazah ialah YB Datuk Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai, bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang merupakan Timbalan Pengerusi Surau Haji Salleh.

Majlis Peluncuran dan Sesi Sidang Media Program Pelupusan Kenderaan Buruk/Tersadai Secara Sukarela di kawasan perumahan ...
16/04/2026

Majlis Peluncuran dan Sesi Sidang Media Program Pelupusan Kenderaan Buruk/Tersadai Secara Sukarela di kawasan perumahan awam DBKL/PPR NTEN telah berlangsung pada 16 April 2026 di PPR Pantai Ria, Lembah Pantai.

Program ini dirasmikan oleh YB Puan Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), dengan kehadiran YB Datuk Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Usaha pelupusan kenderaan buruk dan tersadai kini menjadi fokus utama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan tawaran ganjaran tunai sehingga RM2,000 bagi menggalakkan pemilik tampil secara sukarela.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Fadlun Mak Ujud berkata, inisiatif ini dilihat sebagai langkah paling efektif bagi mengurangkan lambakan kenderaan usang yang semakin membebankan kawasan perumahan dan parkir awam.

YB Datuk Fahmi Fadzil turut menegaskan bahawa isu kenderaan tersadai bukan sahaja menyempitkan ruang parkir, malah menimbulkan risiko kesihatan akibat pembiakan nyamuk dan tikus.

“Di sesetengah kawasan, kenderaan ini turut dijadikan stor, justeru pelupusan segera amat diperlukan demi kesejahteraan komuniti,” katanya.

Address

Unit 1-13, Centrio Pantai Hillpark
Bangsar
59200

Telephone

+60322422757

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembah Pantai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Lembah Pantai:

Share