Islamic Relief Malaysia

Call Website Contact the organization

Islamic Relief Malaysia Trusted Malaysian NGO with 22 years of dedicated service in community development. We strive to create a more compassionate world through sustainable impact.
(282)

Partner with us to make a difference—support our cause and donate via the link below. Established in 1984 in Birmingham, United Kingdom, Islamic Relief is the first Muslim humanitarian organization to be formed in Europe. The Founder, Dr. Hany el-Banna decided to establish Islamic Relief after he witnessed the effect of devastating famine in sub-Saharan Africa. Islamic Relief headquarter remained in Birmingham to date. In 1988, its capacity grew to become a functional team. In 1993, Islamic Relief obtained a consultative status with the United Nations Economic and Social Council (ECOSOC).In 1992-1993, more offices were established in Europe: Albania, Belgium, Bosnia, Croatia, Germany, France, Italy, Netherlands, Switzerland, as well as in the United States. To date, Islamic Relief is actively involved in emergency relief and humanitarian development worldwide including Afghanistan, Albania, Bangladesh, Bosnia, Chad, Chechya, China, Egypt, Ethiopia, Haiti,Indonesia, Iraq, Jordan, Kenya, Kosova, Lebanon, Malawi, Mali, Nigeria, Pakistan, Somalia,South Africa, Sudan, USA and Yemen.

15/10/2026

🎒💙 *SETIAP ANAK BERHAK BELAJAR DENGAN YAKIN!*

Bagi murid-murid SK Keranggas, Sarawak, kelengkapan sekolah seperti beg, pakaian seragam dan alat tulis bukan sekadar keperluan, tetapi penyuntik semangat untuk terus belajar dan mengejar impian.

💙 *Ayuh, bersama kita bantu mereka!*

Sumbangan anda mampu membawa perubahan:

🟢 *RM20* – Keperluan asas alat tulis
🔵 *RM50* – Beg sekolah & kelengkapan pembelajaran
🟣 *RM100* – Pakaian seragam & kasut sekolah

✨ *Sumbangan kecil anda, harapan besar buat mereka.*

🤲 *Jom menyumbang hari ini demi masa depan yang lebih cerah!*

📌 Nota: Pakej sumbangan adalah simbolik. Semua sumbangan akan dikumpulkan dan disalurkan mengikut keperluan projek.

Nepal masih lagi dilanda tragedi - pada 11 Oktober 2026 Gorkha tenggelam dalam tragedi apabila banjir kilat telah menyeb...
15/10/2026

Nepal masih lagi dilanda tragedi - pada 11 Oktober 2026 Gorkha tenggelam dalam tragedi apabila banjir kilat telah menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh dan meragut keselamatan komuniti yang masih belum pulih sepenuhnya daripada bencana bencana besar Ogos lalu.

Lebih 200 keluarga terpaksa berpindah, rumah dan infrastruktur berdekatan musnah dan 5 orang masih hilang - menjadikan keadaan semakin genting.

Islamic Relief telah membantu 3,425 keluarga yang terjejas akibat banjir. Namun bencana terbaharu ini menjadikan keadaan semakin genting - operasi mencari dan menyelamat kini dihentikan, fokus beralih kepada pemulihan dan penempatan sementara.

Islamic Relief juga telah merangka Strategi Tindak Balas dan Pemulihan bagi menyokong peralihan daripada bantuan kecemasan kepada fasa pemulihan dan daya tahan.

Setiap bantuan adalah harapan untuk keluarga yang kehilangan segalanya.

https://bit.ly/IRMalaysia_InternationalEmergency

Fikir KEMANUSIAAN, Fikir ISLAMIC RELIEF!

Di Lahj-Aden, Yemen, ribuan keluarga terpaksa meninggalkan rumah sendiri bukan kerana mahu mencari kehidupan baharu, tet...
15/10/2026

Di Lahj-Aden, Yemen, ribuan keluarga terpaksa meninggalkan rumah sendiri bukan kerana mahu mencari kehidupan baharu, tetapi untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Saat serangan udara dan pertempuran semakin memuncak, mereka melangkah pergi dengan apa sahaja yang sempat dibawa. Ada yang berlindung di bilik darjah yang sunyi, menjadikan sekolah sebagai tempat berteduh. Ada yang terpaksa bermalam di tepi jalan, tanpa makanan untuk mengisi perut, tanpa air bersih untuk menghilangkan dahaga.

Lebih 11,000 keluarga di Taiz dan Aden telah kehilangan tempat tinggal dan angka itu dijangka terus meningkat. Di sebalik setiap angka, ada wajah-wajah yang keletihan, anak-anak yang kelaparan dan ibu bapa yang hanya mampu berharap agar esok masih menjanjikan keselamatan.

Yemen sudah lama menanggung luka krisis kemanusiaan. Kini, lebih 22 juta rakyatnya memerlukan bantuan. Hospital semakin terbeban, bekalan air semakin terhad, dan bantuan yang berkurangan menjadikan perjuangan untuk meneruskan hidup semakin sukar.

Namun, di tengah segala kehilangan, harapan masih boleh disampaikan.

Islamic Relief di lapangan sedang berusaha menyalurkan bantuan makanan dan barangan keperluan asas kepada keluarga yang terpaksa berpindah.

Jangan biarkan mereka mengharungi derita ini sendirian.

https://bit.ly/IRMalaysia_InternationalEmergency

Fikir KEMANUSIAAN, Fikir ISLAMIC RELIEF!

14/10/2026

Bila kali terakhir anda bertanya kepada seorang anak kecil, “Bila besar nanti, nak jadi apa?”

Bagi Mahmoud, 9 tahun dari Gaza, jawapannya sederhana, “Saya nak jadi jurutera.”
Sebuah impian kecil daripada seorang anak yang sepatutnya sibuk membina cita-cita, bukan membesar dalam ketakutan.

Namun, Mahmoud bukan satu-satunya. Ada jutaan anak di Gaza yang masih memeluk impian dalam diam, menanti peluang untuk melihat hari esok yang lebih baik.
Kerana setiap anak berhak membesar dengan impian, bukan sekadar bertahan untuk hidup. 🇵🇸

https://bit.ly/PalestineAppeal-irmalaysia

Fikir KEMANUSIAAN, Fikir ISLAMIC RELIEF!

14/10/2026

Setahun selepas gencatan senjata, Gaza masih belum benar-benar aman. 💔

Bunyi bom mungkin reda, tetapi luka mereka belum sembuh.
🔺 Lebih 74,000 nyawa terkorban
🔺 Lebih 175,000 insan cedera
🔺 Lebih 1.9 juta kehilangan tempat berteduh

Di sebalik angka ini, ada keluarga yang masih berteduh di dalam khemah, anak-anak yang masih dibayangi ketakutan, dan jiwa-jiwa yang mendambakan kehidupan seperti dahulu.

Kerana gencatan senjata bukan bererti penderitaan telah berakhir. Bagi mereka, perjuangan untuk terus hidup masih belum selesai. 🕊️

https://bit.ly/PalestineAppeal-irmalaysia

Fikir KEMANUSIAAN, Fikir ISLAMIC RELIEF!

13/10/2026

Sama-sama berpijak di bumi yang sama, namun takdir kehidupan tak selalu serupa.

Ada yang lena di bawah bumbung yang kukuh, ada yang masih mencari teduhan untuk berteduh. Ada yang memiliki segalanya, ada yang bertahan dengan apa yang tersisa.

Namun, di sebalik segala kekurangan, mereka masih mampu menghadiahkan senyuman kepada dunia.
Barangkali, bahagia bukan tentang seberapa banyak yang kita miliki, tetapi seberapa ikhlas kita mensyukuri apa yang masih ada.

Jika mereka masih mampu tersenyum di tengah ujian, mungkin sudah tiba masanya kita belajar untuk lebih menghargai nikmat yang selama ini kita anggap biasa. ❤️

Bantu mereka hari ini: https://bit.ly/IRMalaysia_MySedekah

Fikir KEMANUSIAAN, Fikir ISLAMIC RELIEF!

Di sebuah sudut kecil di Maludam, Sarawak, tersimpan sebuah kisah tentang seorang wanita yang tidak pernah berhenti beru...
13/10/2026

Di sebuah sudut kecil di Maludam, Sarawak, tersimpan sebuah kisah tentang seorang wanita yang tidak pernah berhenti berusaha demi keluarga yang dicintainya.

Namanya Sarimah binti Isai, 55 tahun.

Bersama suaminya yang bekerja sebagai petani padi, Sarimah mengharungi kehidupan sederhana dengan tanggungjawab yang tidak pernah berkurang. Selagi masih ada anak yang perlu dibesarkan dan persekolahan yang perlu diteruskan, selagi itulah ada keperluan yang harus diusahakan.

Lalu, Sarimah memilih untuk berniaga.

Dengan berbekalkan kudrat dan kesungguhan, beliau menjual gula apong dan beras pulut hitam, dua produk tempatan yang dekat dengan kehidupan masyarakat setempat. Pesanan diterima melalui WhatsApp dan setiap penghantaran menjadi satu lagi langkah kecil untuk menambah pendapatan keluarga.

Daripada usaha itu, jualannya mampu mencecah RM2,500 sebulan.

Mungkin bagi sesetengah orang, angka itu sekadar nilai jualan. Namun, bagi Sarimah, di sebaliknya tersimpan makna yang jauh lebih besar. Ada belanja dapur yang dapat ditampung, ada keperluan sekolah anak yang dapat dipenuhi dan ada sedikit kelegaan apabila memikirkan hari esok.

Kerana bagi seorang ibu, rezeki bukan sekadar wang yang diperoleh, tetapi ketenangan apabila melihat keluarganya terus terbela.

Perjalanan Sarimah kemudian menemukan sinar baharu apabila beliau menyertai Program TOOLS. Di sana, beliau mula mempelajari ilmu pemasaran dan pengurusan perniagaan dengan lebih teratur. Produk yang diusahakan diperbaiki kualitinya, persembahannya diperkemas agar lebih menarik dan sedikit demi sedikit, keyakinan dirinya sebagai seorang usahawan semakin tumbuh.

Barangkali perubahan itu tidak berlaku dalam sekelip mata. Namun, setiap ilmu yang dipelajari membuka ruang untuknya melangkah lebih jauh. Setiap penambahbaikan membawa harapan bahawa usahanya hari ini mampu memberikan kehidupan yang lebih baik buat keluarganya pada masa hadapan.

Kini, perniagaan Sarimah bukan sekadar tentang gula apong dan beras pulut hitam yang terjual. Ia tentang keberanian seorang wanita untuk mencuba, kesungguhan untuk terus belajar dan kasih seorang ibu yang diterjemahkan melalui setiap usaha yang dilakukannya.

Dari bumi Maludam, Sarimah membuktikan bahawa rezeki yang manis tidak semestinya datang dengan mudah. Ada keringat yang menitis, ada kesabaran yang diuji dan ada doa yang tidak pernah putus mengiringi setiap langkah.

Kerana kadangkala, sebuah perubahan besar tidak bermula dengan sesuatu yang luar biasa. Ia bermula dengan keberanian untuk mencuba, kesediaan untuk belajar, dan hati yang tidak pernah menyerah demi mereka yang dicintai.

Lebih ramai lagi usahawan di Malaysia ini memerlukan bantuan kita: https://bit.ly/IRMalaysia_MySedekah

Fikir KEMANUSIAAN, Fikir ISLAMIC RELIEF!

Saat mata anda membaca setiap bait kata ini, mungkin di Gaza, ada lagi nyawa yang terhenti, tubuh yang terluka, dan sebu...
12/10/2026

Saat mata anda membaca setiap bait kata ini, mungkin di Gaza, ada lagi nyawa yang terhenti, tubuh yang terluka, dan sebuah keluarga yang kehilangan insan tersayang. 💔

Setiap 90 minit, seorang rakyat Palestin menjadi mangsa. Di sana, waktu terus berjalan, namun derita mereka masih belum berpenghujung.

Tiga tahun telah berlalu. Dunia mungkin semakin terbiasa dengan berita tentang Gaza, tetapi bagi mereka yang masih bertahan, perjuangan untuk hidup belum selesai.

Mereka masih memerlukan kita. Jangan biarkan waktu memadam kepedulian kita. 🇵🇸

https://bit.ly/PalestineAppeal-irmalaysia

Fikir KEMANUSIAAN, Fikir ISLAMIC RELIEF!

Di luar, senyum masih terukir,tetapi di dalam, hati diam-diam letih.Anda tidak keseorangan.Hampir satu juta rakyat Malay...
10/10/2026

Di luar, senyum masih terukir,
tetapi di dalam, hati diam-diam letih.

Anda tidak keseorangan.
Hampir satu juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas turut memikul beban yang sama, dalam sunyi yang tidak kelihatan.(BERNAMA, Jun, 2026)

Ada yang tertawa agar tiada siapa bertanya.
Ada yang kuat kerana tiada pilihan.
Ada yang hanya mahu didengar, tanpa dihakimi.

Maka hari ini, singgahlah sebentar pada seseorang.
Tanyalah dengan lembut:
"Awak okay tak?"

Kadang-kadang, satu soalan kecil
boleh melapangkan sempit yang ada di dada.

Jika hati sudah terlalu berat untuk ditanggung sendiri, kembalilah kepada Al-Khaliq dan mengadulah sepuasnya.
Dia sentiasa mendengar, walau tiada kata yang mampu diucapkan.

Buat saudara yang selain beragama Islam, carilah ketenangan dalam kepercayaan yang kamu pegang,carilah telinga yang sudi mendengar tanpa menghakimi.

Dan jika hati masih terasa sunyi,
carilah bantuan profesional.
Itu bukan tanda kamu kalah,
itu tanda kamu memilih untuk terus bertahan.



Fikir KEMANUSIAAN, Fikir ISLAMIC RELIEF!

09/10/2026

Masih ingat, “All Eyes on Rafah” pada satu ketika dahulu?

Ketika dunia menoleh, ketika jutaan mata tertumpu ke satu sudut kecil di bumi Palestin,
kita berharap pandangan itu mampu menjadi pelindung buat mereka yang sedang berlindung.

Namun hari ini, Rafah yang pernah kita pandang kini tinggal dalam runtuhan yang menyimpan terlalu banyak kehilangan.

Rumah-rumah rebah.

Jalan-jalan sunyi.

Dan di celah debu yang berterbangan,
masih ada nama-nama yang pernah dipanggil,
wajah-wajah yang pernah tersenyum,
dan kehidupan yang pernah berlangsung seperti biasa.

Dunia pernah melihat Rafah.
Tetapi Rafah tidak seharusnya hanya menjadi sesuatu yang kita lihat.

Ia adalah tentang manusia.
Tentang keluarga yang ingin pulang.
Tentang anak-anak yang masih mahu membesar.
Tentang kehidupan yang seharusnya tidak berakhir di bawah runtuhan.

All Eyes on Rafah pernah menjadi seruan.
Hari ini, biarlah ia menjadi ingatan bahawa mereka tidak pernah sepatutnya dilupakan.

https://bit.ly/PalestineAppeal-irmalaysia

Fikir KEMANUSIAAN, Fikir ISLAMIC RELIEF!

Address

Bangi

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60389263434

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Islamic Relief Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Islamic Relief Malaysia:

Shortcuts

Share