Suri Rumah Rahmah

Website Contact the organization

Suri Rumah Rahmah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Suri Rumah Rahmah, Community Organization, Bangi.

Suri Rumah Rahmah Malaysia platform bagi suri rumah muda dan pertubuhan berkaitan untuk bersama dibawah satu payung bagi memartabatkan dan meningkatkan nilai tambah dalam diri suri rumah di seluruh Malaysia.

Kita selalu ingatkan anak makan.Kita pastikan suami cukup rehat.Kita jaga rumah, keluarga dan semua orang yang kita saya...
04/10/2026

Kita selalu ingatkan anak makan.
Kita pastikan suami cukup rehat.
Kita jaga rumah, keluarga dan semua orang yang kita sayang.

Tapiโ€ฆ bila kali terakhir kita periksa diri sendiri?

Surirumah juga perlu dijaga. ๐Ÿค

Kenali tubuh sendiri.
Peka pada perubahan.
Jangan abaikan pemeriksaan kesihatan.

Kerana menjaga diri bukan penting untuk kita seorang.
Kita menjaga diri supaya dapat terus menjaga mereka yang kita sayang.

๐ŸŽ€ Bulan Kesedaran Kanser Payudara
Oktober 2026

Jaga diri hari ini, untuk lebih banyak hari bersama keluarga.

Assalamualaikum Suri-suri!Ini adalah aktiviti dan program yang dijalankan sepanjang Oktober 2026.Sekiranya suri-suri ing...
04/10/2026

Assalamualaikum Suri-suri!

Ini adalah aktiviti dan program yang dijalankan sepanjang Oktober 2026.

Sekiranya suri-suri ingin mengetahui aktiviti dan program yang sedang berlangsung atau bakal berlangsung anjuran Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia suri-suri boleh layari website rasmi SRR atau terus klik di sini https://www.surirumahrahmah.com/kalendar-program/

Jadi suri-suri boleh rancang awal program bersama keluarga supaya tidak terganggu!

Anak kita mungkin berbeza cara bermain, belajar dan berinteraksi. Tapi ada satu perkara yang setiap anak perlukan iaitu ...
02/10/2026

Anak kita mungkin berbeza cara bermain, belajar dan berinteraksi. Tapi ada satu perkara yang setiap anak perlukan iaitu peluang untuk diterima, dihargai dan bermain bersama. ๐Ÿ’›

Kini, ruang itu bakal menjadi nyata. โœจ

๐ŸŽ‰ KARNIVAL BERMAIN INKLUSIF SELANGOR 2026 ๐ŸŽ‰

Sebuah karnival yang meraikan dunia kanak-kanak melalui bermain, interaksi dan pengalaman bersama, sambil membuka ruang untuk ibu bapa, pendidik, pengusaha dan komuniti berkongsi serta belajar bersama.

โœจ SETIAP ANAK ADA POTENSI!

Karnival ini akan bergerak merentasi 4 Zon Selangor!

๐Ÿ“ Zon 1 โ€” Klang & Petaling
๐Ÿ—“๏ธ 3โ€“4 Oktober 2026

๐Ÿ“ Zon 2 โ€” Kuala Langat & Sepang
๐Ÿ—“๏ธ 24โ€“25 Oktober 2026

๐Ÿ“ Zon 3 โ€” Hulu Langat & Gombak
๐Ÿ—“๏ธ 14โ€“15 November 2026

๐Ÿ“ Zon 4 โ€” Kuala Selangor, Hulu Selangor & Sabak Bernam
๐Ÿ—“๏ธ 28โ€“29 November 2026

๐Ÿ‘€ Dan ini baru permulaan! Nantikan perkongsian lokasi, aktiviti dan pengisian menarik yang akan diumumkan satu demi satu.

๐Ÿ“ฒ Daftar penyertaan di sini: https://forms.gle/JWSvxM9MYE5d6mW37
โ˜Ž๏ธ 014-2424363

Selangor Are You Ready?? ๐ŸŽก

๐ŸŒ™ SURI, BILA HATI PENATโ€ฆ KITA KEMBALI KEPADA ALLAH. ๐ŸคSetiap hari kita sibuk mengurus rumah, suami, anak-anak dan keluarg...
01/10/2026

๐ŸŒ™ SURI, BILA HATI PENATโ€ฆ KITA KEMBALI KEPADA ALLAH. ๐Ÿค

Setiap hari kita sibuk mengurus rumah, suami, anak-anak dan keluarga.

Kita pastikan semua orang cukup makan, cukup perhatian, cukup terjagaโ€ฆ

Tapi bagaimana p**a dengan hati kita sendiri? ๐Ÿฅบ

Bila kali terakhir kita benar-benar berhenti seketika, mengadu kepada Allah dan menyerahkan segala lelah kepada-Nya?

โœจ Jom luangkan 1 jam 30 minit untuk diri dan hati dalam program:

๐ŸŒ™ SURI TAHAJUD
Ruang untuk para suri memperbaiki hubungan dengan Allah dan menemukan ketenangan hati.

๐Ÿ“… 8 Oktober 2026 (Khamis)
โฐ 9.30 pagi โ€“ 11.00 pagi
๐Ÿ’ป Zoom & YouTube Live

๐ŸŽ™๏ธ Penyampai: Nazrah Abdul Aziz
Trainer Suri Tahajud
Ketua Unit Latihan SRR

๐Ÿ’ฐ YURAN PENYERTAAN*l
๐ŸŒท RM5 โ€” Ahli SRR
๐ŸŒท RM10 โ€” Orang Awam

๐ŸŽ PERCUMA untuk:
Peserta Fizikal Usrah Perdana, AJK Usrah Perdana, Tim Media Usrah Perdana & AJK Kelas Suri Tahajud.

โš ๏ธ TERHAD KEPADA 100 PESERTA SAHAJA!

๐ŸŒ™ Suri, jangan lepaskan ruang ini.

๐Ÿ“ฒ DAFTAR SEKARANG!
https://script.google.com/a/*/macros/s/AKfycbzvWOeIge1E1JwJbWhBMUzirSfJXXtVEsPIlS4tR-WNYPMa4FKRSSwT8OLzCCxyuTJPdQ/exec

๐Ÿ“Œ PENTING โ€” PANDUAN PENDAFTARAN

๐Ÿ”Ž Carian nama
โ€ข Taip/eja nama ringkas sahaja sudah memadai.
โ€ข Sila cari dan pilih nama sendiri sebelum meneruskan pendaftaran.

๐Ÿ“ฑ Jika pautan/borang tidak dapat dibuka:
Cuba buka menggunakan Incognito Mode atau InPrivate Browser.

โš ๏ธ PERHATIAN:
Sistem akan mengesan:

1. Nama
2. Nombor telefon

Sekiranya salah satu daripadanya telah wujud/duplicate dalam sistem, borang tidak akan membenarkan pendaftaran dibuat sekali lagi. ๐Ÿ™๐Ÿป

๐Ÿ“ž PERTANYAAN

Suri Emme Marina
010-868 0046

"Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajud sebagai suatu ibadah tambahan bagimu..."
โ€” Surah Al-Isra' 17:79

๐ŸŒธ Anjuran:
Tim Modul Tarbiah Suri Rumah (MTSR)
Unit Latihan SRR
Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia

Penyakit kardiovaskular merupakan punca utama kematian di seluruh dunia. Lebih membimbangkan, masalah jantung boleh berk...
29/09/2026

Penyakit kardiovaskular merupakan punca utama kematian di seluruh dunia. Lebih membimbangkan, masalah jantung boleh berkembang tanpa simptom yang jelas sehingga serangan jantung atau strok boleh berlaku secara tiba-tiba.

Jadi jangan lupakan tanggungjawab suri kepada diri dengan mengabaikan perubahan pada tubuh. Jangan tunggu gejala menjadi semakin teruk.

Jika suri mengalami tanda-tanda serangan jantung, dapatkan rawatan kecemasan dengan segera.

Luangkan masa untuk bergerak, pilih makanan yang lebih sihat, kawal tekanan, dan buat pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Faktor seperti tekanan darah tinggi, gula darah tinggi, kolesterol tinggi, kurang aktiviti fizikal dan pemakanan tidak sihat boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.

Jangan terlalu sibuk menjaga semua orang di sekeliling sehingga suri terlupa menumpukan kesihatan jantung sendiri.

Pesanan kasih dan sayang dari,
PERSATUAN SURI RUMAH RAHMAH (SRR) MALAYSIA.

Selamat Hari Lahir suri๐Ÿฅณ๐ŸŽ‚Moga diberi kesihatan dan dilapangkan urusanโœจ
27/09/2026

Selamat Hari Lahir suri๐Ÿฅณ๐ŸŽ‚

Moga diberi kesihatan dan dilapangkan urusanโœจ

Assalamualaikum Suri-suri!Ini adalah aktiviti dan program yang dijalankan sepanjang September 2026. Sekiranya suri-suri ...
24/09/2026

Assalamualaikum Suri-suri!

Ini adalah aktiviti dan program yang dijalankan sepanjang September 2026.

Sekiranya suri-suri ingin mengetahui aktiviti dan program yang sedang berlangsung atau bakal berlangsung anjuran Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia suri-suri boleh layari website rasmi SRR atau terus klik di sini https://www.surirumahrahmah.com/kalendar-program/

Lepas ni, suri-suri bolehlah rancang aktiviti dan mendaftar awal bagi setiap program dari SRR!

๐ŸŒท SURI, JOM BELAJAR URUS KONFLIK DENGAN LEBIH TENANG ๐ŸŒทDalam hidup kita sebagai suri rumah, konflik memang tak dapat diel...
24/09/2026

๐ŸŒท SURI, JOM BELAJAR URUS KONFLIK DENGAN LEBIH TENANG ๐ŸŒท

Dalam hidup kita sebagai suri rumah, konflik memang tak dapat dielakkan.

Dengan pasangan, anak-anak, keluarga atau orang sekeliling โ€” yang penting ialah bagaimana kita menghadapinya. ๐Ÿค

Jom dengarkan perkongsian daripada para suri tentang seni mengemudi konflik & membina ketenangan.

Bukan nak jadi sempurna, tapi nak belajar jadi lebih tenang dalam menghadapi cabaran. ๐ŸŒธ

๐Ÿ“… 29 September 2026 (Selasa)
โฐ 9.30 โ€“ 10.30 pagi
๐Ÿ–ฅ๏ธ Secara online - Zoom

๐Ÿ’œ Ahli SRR: PERCUMA
๐Ÿ’œ Bukan ahli SRR: RM5

๐Ÿ“ฒ Pendaftaran dibuka!
Imbas QR pada poster
Atau tekan https://forms.gle/eWBioVeBS2S3e2UaA

Sebarang pertanyaan, hubungi
Yasmin: 018-668 0844

Selamat Hari Jadi suri๐ŸฅณMoga umur sentiasa diberkahiโœจ
24/09/2026

Selamat Hari Jadi suri๐Ÿฅณ

Moga umur sentiasa diberkahiโœจ

HARI KEAMANAN ANTARABANGSAINTERNATIONAL DAY OF PEACE21 SEPTEMBERDAMAI BERMULA DARI RUMAHDi tangan seorang surirumah,terb...
24/09/2026

HARI KEAMANAN ANTARABANGSA
INTERNATIONAL DAY OF PEACE
21 SEPTEMBER

DAMAI BERMULA DARI RUMAH

Di tangan seorang surirumah,
terbina sebuah rumah yang menjadi tempat
anak-anak belajar tentang kasih sayang,
hormat, sabar dan memahami perbezaan.

Kerana keamanan bukan hanya tentang dunia tanpa perang,
tetapi tentang rumah yang penuh ketenangan,
keluarga yang saling menghormati
dan hati yang memilih untuk berbuat baik.

Suri yang tenang,
keluarga yang harmoni,
komuniti yang damai.

๐Ÿค Dari rumah kita bermula.

Address

Bangi

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suri Rumah Rahmah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Suri Rumah Rahmah:

Shortcuts

Share