Kekop Malaysia

Kekop Malaysia PERTUBUHAN KEBAJIKAN KOMUNITI PROGRESIF MALAYSIA
Malaysian Progressive Community Welfare Organization

✨ Seluruh warga KEKOP Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam.Semoga Aidiladha kali ini...
26/05/2026

✨ Seluruh warga KEKOP Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, memperkukuhkan ukhuwah serta menyemai nilai pengorbanan dan keikhlasan dalam diri kita semua. 🤍🌙

"Ibadah Disempurnakan,
Taqwa Ditingkatkan,
Ukhuwah Diteguhkan."

"DEMI KESEJAHTERAAN BERSAMA"

Ikhlas daripada
KEKOP Malaysia 🇲🇾

🎳 Tahniah diucapkan kepada wakil KEKOP atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam Pertandingan Bowling Komuniti AYG Pering...
23/05/2026

🎳 Tahniah diucapkan kepada wakil KEKOP atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam Pertandingan Bowling Komuniti AYG Peringkat Kebangsaan 2026! 🥉

Usaha, semangat berpasukan dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang pertandingan amat membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak pencapaian pada masa akan datang. 💪✨

"DEMI KESEJAHTERAAN BERSAMA"





🌟 PROGRAM AGIHAN MAKANAN & SUMBANGAN PAKAIAN 🌟Alhamdulillah, pada 16/5/2026 program agihan makanan kepada golongan yang ...
18/05/2026

🌟 PROGRAM AGIHAN MAKANAN & SUMBANGAN PAKAIAN 🌟

Alhamdulillah, pada 16/5/2026 program agihan makanan kepada golongan yang memerlukan di sekitar Kuala Lumpur telah berjalan dengan lancar 🤍🍲

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa, pakaian, makanan serta doa bagi menjayakan program ini. Tidak dilupakan juga kepada para penyumbang tetap yang setia menyumbang sejak 2 tahun yang lalu demi membantu menjayakan program gelandangan kami. Jasa dan keprihatinan anda amat kami hargai 🤲✨

Semoga setiap kebaikan yang dikongsi menjadi asbab kebahagiaan buat mereka yang memerlukan dan diberi ganjaran berlipat kali ganda oleh Allah SWT.

“DEMI KESEJAHTERAAN BERSAMA” ❤️

🌺Selamat Hari Guru | 16 Mei 2026🌺Kekop Malaysia mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru dan pendidik. Jutaa...
16/05/2026

🌺Selamat Hari Guru | 16 Mei 2026🌺

Kekop Malaysia
mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru dan pendidik. Jutaan terima kasih buat semua guru yang tidak pernah lelah mendidik, membimbing dan membentuk generasi masa depan dengan penuh kasih sayang dan dedikasi.

Setiap ilmu yang dicurahkan, setiap nasihat yang diberikan dan setiap pengorbanan yang dilakukan akan sentiasa dikenang dan dihargai.

“Seorang guru bukan hanya mengajar, tetapi menginspirasikan kehidupan.”

Selamat Hari Guru kepada semua pendidik hebat! 💐✨

"DEMI KESEJAHTERAAN BERSAMA"

ASSALAMUALAIKUM WBT 🌸Dimaklumkan bahawa pada 16/5/2026 (Sabtu), pihak kami akan mengadakan program agihan makanan kepada...
11/05/2026

ASSALAMUALAIKUM WBT 🌸

Dimaklumkan bahawa pada 16/5/2026 (Sabtu), pihak kami akan mengadakan program agihan makanan kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.

🍲 Menu agihan:
• Soto
• Air balang air nenas
- pakaian terpakai wanita lelaki dan kanak2

Semoga sedikit usaha dan rezeki yang dikongsi ini dapat memberi kegembiraan serta manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Sekiranya ada yang ingin turut menyumbang atau bersama-sama membantu program ini, amatlah dialu-alukan 🤝✨

Terima kasih atas sokongan dan doa semua. Semoga dipermudahkan segala urusan serta diberkati Allah SWT. 🤲

Program Ziarah dan Sumbangan di Rumah Anak Yatim, Gopeng, Perak telah berlangsung dengan jayanya pada 11 April 2026.Prog...
13/04/2026

Program Ziarah dan Sumbangan di Rumah Anak Yatim, Gopeng, Perak telah berlangsung dengan jayanya pada 11 April 2026.

Program ini merupakan kolaborasi bersama Usahanita Daerah Gombak dan Perwina, yang bertujuan untuk menyantuni anak-anak yatim melalui penyampaian sumbangan duit raya serta keperluan harian, di samping mengeratkan ukhuwah antara semua pihak yang terlibat.

Program ini turut dihadiri oleh barisan kepimpinan utama iaitu Pengerusi Usahanita Daerah Gombak, Pengerusi Perwina, Pengerusi KEKOP Malaysia serta Ahli Jawatankuasa Tertinggi Usahanita dan KEKOP Malaysia yang bersama-sama memeriahkan serta menjayakan program ini.

Semoga usaha kecil ini memberi sinar kegembiraan kepada anak-anak yatim dan terus mengukuhkan semangat kebersamaan dalam kerja-kerja kebajikan 🤝✨

"DEMI KESEJAHTERAAN BERSAMA "

KEKOP Malaysia menghargai dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Presiden MAPIM, Tuan Mohd Azmi Abdul Hamid atau leb...
06/04/2026

KEKOP Malaysia menghargai dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Presiden MAPIM, Tuan Mohd Azmi Abdul Hamid atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Azmi serta semua staf pengurusan Pejabat Presiden MAPIM diatas kesudian menjemput kami ke Majlis Rumah Terbuka Pejabat Presiden MAPIM yang berlangsung pada hari Ahad, 5b April 2026 dengan penuh kemeriahan.

Majlis ini menjadi platform yang sangat bermakna dalam mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim bersama rakan-rakan NGO serta kenalan yang dihargai. Suasana penuh kemeriahan dengan pelbagai juadah yang disediakan serta konsep potluck yang menambahkan lagi kemesraan antara tetamu 🍽️❤️

Semoga hubungan yang terjalin ini terus diberkati dan diperkukuhkan pada masa hadapan, serta membuka lebih banyak ruang kerjasama demi manfaat bersama 🌙

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ✨

“DEMI KESEJAHTERAAN BERSAMA”

🌙✨ Salam Aidilfitri ✨🌙Pergi ke pekan membeli selasih,Singgah sebentar membeli ketupat,Aidilfitri disambut penuh kasih,Sa...
20/03/2026

🌙✨ Salam Aidilfitri ✨🌙

Pergi ke pekan membeli selasih,
Singgah sebentar membeli ketupat,
Aidilfitri disambut penuh kasih,
Salah dan silap harap dimaafkan dengan ikhlas dan penuh hormat.

Alhamdulillah, setelah sebulan kita menempuh madrasah Ramadan, kini Syawal menjelma membawa sinar kegembiraan dan keberkatan.

Pihak KEKOP Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua yang mengenali kami, para penyumbang, sukarelawan serta masyarakat yang sentiasa menyokong setiap usaha kebajikan yang dijalankan.

Semoga Aidilfitri kali ini diraikan dengan penuh kesyukuran, kasih sayang, dan kebahagiaan bersama insan tersayang. Terima kasih atas segala sokongan dan kepercayaan yang diberikan.

💛 “DEMI KESEJAHTERAAN BERSAMA”

Ikhlas daripada,
KEKOP Malaysia

Alhamdulillah, Pertubuhan KEKOP Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak Penjara Sungai Bulo...
19/03/2026

Alhamdulillah, Pertubuhan KEKOP Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak Penjara Sungai Buloh atas penghargaan dan layanan baik yang diberikan sepanjang program kebajikan yang dijalankan sempena bulan Ramadan.

Penghargaan tersebut telah diterima oleh Bendahari Pertubuhan KEKOP Malaysia, En. Azib Zubair, yang hadir sebagai wakil kepada Pertubuhan KEKOP Malaysia.

Program ini melibatkan pengagihan 550 pek bubur lambuk kepada Penjara Sungai Buloh serta 250 pek bubur lambuk kepada komuniti setempat, hasil daripada program gotong-royong yang telah dijalankan bersama para sukarelawan.
Semoga hubungan kerjasama yang baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha menyebarkan kebaikan dan membantu masyarakat. 🤍

"DEMI KESEJAHTERAAN BERSAMA "

Serahan Bubur Lambuk ke Penjara Sungai Buloh.Alhamdulillah, sebanyak 500 pek bubur lambuk telah berjaya diserahkan kepad...
19/03/2026

Serahan Bubur Lambuk ke Penjara Sungai Buloh.

Alhamdulillah, sebanyak 500 pek bubur lambuk telah berjaya diserahkan kepada pihak Penjara Sungai Buloh sebagai sebahagian daripada usaha kebajikan sempena Ramadan.

Serahan sumbangan bubur lambuk ini telah diwakili oleh Bendahari KEKOP Malaysia, En. Azib Zubair, yang hadir menyampaikan sumbangan tersebut kepada pihak Penjara Sungai Buloh untuk diagihkan.

Sumbangan ini merupakan hasil daripada program gotong-royong memasak bubur lambuk yang dijayakan bersama para sukarelawan. Semoga sumbangan kecil ini dapat memberi manfaat serta menyebarkan keberkatan Ramadan kepada semua. 🤍

"DEMI KESEJAHTERAAN BERSAMA"

Address

Bangi
43650

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60193052861

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kekop Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kekop Malaysia:

Share