Solidaritas

Website Contact the organization
Di negara kita, terdapat lima siri pengisytiharan darurat berkaitan keadaan politik. Salah satunya terjadi di Kelantan p...
01/10/2026

Di negara kita, terdapat lima siri pengisytiharan darurat berkaitan keadaan politik. Salah satunya terjadi di Kelantan pada tahun 1977, yang tertakluk hanya untuk negeri ini. Dengan menjadikan darurat politik di Kelantan pada tahun 1977 tersebut sebagai rujukan terdahulu, kita barangkali boleh merenungkan masalah yang berlaku di Kelantan tersebut, dan menilai kembali situasi di Negeri Sembilan.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menyatakan tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di Negeri Sembilan ekoran krisis perlembagaan yang timbul. Konflik yang sudah berlarutan ini adalah ekoran bekas Undang Sungai Ujong, Mubarak Dohak enggan menerima pelengseran pusaka oleh para Waris sebagai Unda...

Daripada pertemuan beberapa minit itu, yang saya ingat bukan sekadar seorang tokoh negara. Saya mengenang seorang wanita...
29/09/2026

Daripada pertemuan beberapa minit itu, yang saya ingat bukan sekadar seorang tokoh negara. Saya mengenang seorang wanita yang lembut tutur katanya, penuh sifat keibuan, tetapi tegas apabila menyentuh perkara yang dipercayainya — terutama kesihatan dan masa depan kanak-kanak.

Semoga segala jasa, ilmu dan bakti Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala khilafnya, menerima segala amal kebajikannya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Ada pertemuan yang berlangsung hanya beberapa minit, tetapi kekal dalam ingatan bertahun-tahun. Bagi saya, salah satu daripadanya ialah pertemuan bersama Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali selepas pelancaran buku Dr. M: Apa Habaq Orang Muda? beberapa tahun lalu. Sebagai penganjur dan penerbit...

Duhai 357,474 pengundi Negeri Sembilan, tahukah kalian, segala perlakuan kalian sedang diperhatikan dan digelakkan? 7 Og...
25/09/2026

Duhai 357,474 pengundi Negeri Sembilan, tahukah kalian, segala perlakuan kalian sedang diperhatikan dan digelakkan? 7 Ogos lalu, sembilan Adun Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Wawasan yang memenangi 25 kerusi dalam PRN Negeri Sembilan mengangkat sumpah pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti dengan menggunakan al-Quran. Mereka malah bersumpah dengan nama Allah. Kecuali seorang, yang mana beliau adalah bukan Islam, berbangsa Cina dan merupakan Adun MCA (bukan DAP). Ketika mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam istiadat pelantikan itu mereka berikrar akan mempertahankan institusi diraja dan juga institusi adat di negeri ini.

Duhai 357,474 pengundi Negeri Sembilan, tahukah kalian, segala perlakuan kalian sedang diperhatikan dan digelakkan? 7 Ogos lalu, sembilan Adun Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Wawasan yang memenangi 25 kerusi dalam PRN Negeri Sembilan mengangkat sumpah pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuara...

Melihat satu video kep**angan Yamtuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di KLIA baru-baru ini, saya t...
24/09/2026

Melihat satu video kep**angan Yamtuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di KLIA baru-baru ini, saya tidak dapat mengikis wajah Tuanku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud yang kelihatan menangis terharu kerana terdapat sebilangan rakyat Negeri Sembilan menyambut baginda berdua.

Ramai p**a menyatakan mereka terganggu dan terkesan melihat baginda dalam keadaan berduka. Tambahan p**a wajah baginda begitu mendung.

Untuk diri saya, sosok itu mengingatkan saya kepada ibu sendiri yang lahir pada tahun sama baginda diputerikan. Wanita lahir Tahun Naga biasanya kuat jiwa dan berpengaruh tetapi malang, sering p**a dikhianati.

Umum mengetahui bagaimana Tunku Muhriz diperlakukan dengan begitu buruk semata-mata kerana baginda bertekad untuk membanteras korupsi, dan memusuhi sebarang usaha pemutihan penjenayah rasuah.

Namun demikian tidak banyak perhatian diberikan kepada Tuanku Aishah Rohani. Barangkali Tuanku Aishah sendiri bukan jenis individu yang gila cahaya lip-lap.

Saya berpandangan rakyat Negeri Sembilan sangat beruntung kerana Tuanku Aishah Rohani menjadi isterinya Tuanku Muhriz. Baginda adalah anakanda ketiga kepada Tengku Besar Mahmud ibni Sultan Zainal Abidin III dan To’ Puan Zainun Su Mahmud.

Datuk atau nenda Tuanku Aishah Rohani ialah seorang sultan. Dan beliau bukan sembarangan sultan.

Saya ingin mengetengahkan sedikit pengetahuan sejarah untuk pencerahan semua.

Nenda Tuanku Aishah Rohani ialah Sultan Terengganu yang ke-11 iaitu Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). Ini bermakna baginda itu bukan orang biasa, bukan orang kebanyakan, bukan kelas penghibur dan darjat kelasan itu terpancar dalam banyak minat dan kerja kebajikan dilakukan baginda.

Melihat satu video kep**angan Yamtuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di KLIA baru-baru ini, saya tidak dapat mengikis wajah Tuanku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud yang kelihatan menangis terharu kerana terdapat sebilangan rakyat Negeri Sembilan me...

UMNO-BN mempunyai jentera dan sejarah. PAS mempunyai momentum dan kekuatan Melayu. Kedua-duanya mempunyai kelemahan yang...
23/09/2026

UMNO-BN mempunyai jentera dan sejarah. PAS mempunyai momentum dan kekuatan Melayu. Kedua-duanya mempunyai kelemahan yang boleh ditampung oleh pihak yang satu lagi. UMNO-BN tidak boleh lagi melihat PAS sebagai adik. Mereka juga Abang Besar yang semakin berpengaruh dalam pengundi Melayu.

Melihat kepada keadaan semasa, BN dilihat dapat meningkatkan semula kerusi parlimen jika PAS memberi laluan mudah kepada mereka untuk berunding kerusi satu lawan satu. Namun, sejauh manakah UMNO-BN mampu mendapatkan sekurang-kurangnya 30 kerusi. Mampukah UMNO-BN menang sekurang-kurangnya 40 kerusi pada PRU16? Adakah PAS menyokong UMNO-BN menjadi Abang Besar dalam gabungan PRU16?

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 telah menunjukkan betapa gagahnya UMNO untuk mencari peluang mendapatkan mandat baharu melalui pilihan raya. Setelah hampir empat tahun bersama Kerajaan MADANI yang dipimpin Dato’ Seri Anwar Ibrahim, UMNO-Barisan Nasional (BN) sekali lagi menunjukkan sikap Abang B...

Saya tidak berniat untuk membezakan orang Yahudi sebagai satu kaum yang terpisah daripada keseluruhan kemanusiaan. Setia...
28/08/2026

Saya tidak berniat untuk membezakan orang Yahudi sebagai satu kaum yang terpisah daripada keseluruhan kemanusiaan. Setiap kaum adalah sebahagian daripada kemanusiaan sejagat. Setiap kaum mempunyai sejarahnya yang tertentu.

‘Holocaust’ secara umumnya digunakan untuk merujuk kepada penghapusan kaum Yahudi oleh N**i. Ia adalah antara malapetaka yang membentuk Kurun ke-20 dan menjadi titik mulanya ‘penghapusan kaum’ dilihat sebagai jenayah menurut undang-undang antarabangsa.

Hal ini membuatkan kita berfikir tentang holocaust-holocaust sebelumnya dalam sejarah kaum yang lain. Berabad-abad lamanya, berjuta-juta penduduk Asal merentasi Amerika, Afrika, Asia dan Oceana yang dirampas haknya oleh penjajah, dibunuh beramai-ramai dan, dalam banyak kejadian, dimusnahkan. Kesengsaraan mereka tidak p**a menerima pengiktirafan undang-undang, politik mahupun moral.

Sehinggalah apabila Holocaust N**i ke atas Yahudi Eropah berlaku, barulah diwujudkan Persidangan Pencegahan dan Hukuman ke atas Jenayah Penghapusan Kaum (1948).

Negara Zionis Israel jauh daripada menjadi penjelmaan nasional bagi bangsa Yahudi. Kepalsuan No. 4 – Negara Zionis Israel ialah lambang kebangsaan orang Yahudi dan mengkritik Zionisme serta Israel dianggap sebagai antisemitik Saya tidak berniat untuk membezakan orang Yahudi sebagai satu kaum yang ...

Mohon beri sedikit masa anda untuk baca pos ini.Adik H adalah remaja 18 tahun yang menghidapi spastic quadriplegic cereb...
28/08/2026

Mohon beri sedikit masa anda untuk baca pos ini.

Adik H adalah remaja 18 tahun yang menghidapi spastic quadriplegic cerebral palsy. Ia adalah sejenis cerebral palsy yang paling teruk kerana melibatkan muka, anggota badan dan batang tubuh.

Selama ini Adik H dijaga dan diurus oleh ibunya sejak dari kecil. Tetapi seiring tumbesaran, fizikal Adik H kini memberikan cabaran kepada ibunya dalam penjagaan dan pengurusan harian.

Oleh itu doktor nasihatkan keluarga Adik H beli sebuah katil hospital untuk kegunaan di rumah. Mudah ibunya nak jaga dan urus Adik H.

Harga sebuah katil hospital 3 laras ialah RM1,800. Keluarga Adik H dari kump**an B40 dan mereka tak mampu.

Jom kita sama-sama bantu Adik H. Katil ini akan digunakan sepanjang hayatnya, moga sumbangan beli katil kita ini berterusan dapat ganjaran yang tak putus selagi ia digunakan.

Maybank
562263547223
Pertubuhan Solidaritas

Atau imbas kod QR

Dalam kita bersedih dan bersimpati atas pemergian Sjn Muhamad Muazam Shah Kamardin, timbul gesaan daripada pelbagai piha...
27/08/2026

Dalam kita bersedih dan bersimpati atas pemergian Sjn Muhamad Muazam Shah Kamardin, timbul gesaan daripada pelbagai pihak agar demonstrasi ular berbisa hidup di pentas dihentikan sepenuhnya.

Gesaan ini boleh difahami. Apabila sesuatu kejadian melibatkan kehilangan nyawa, sudah tentu persoalan mengenai keselamatan, prosedur dan keperluan meneruskan aktiviti tersebut perlu dibangkitkan.

Namun, perbincangan mengenai keselamatan juga perlu dibuat secara objektif berdasarkan data dan prinsip penilaian risiko.

Dalam kita bersedih dan bersimpati atas pemergian Sjn Muhamad Muazam Shah Kamardin, timbul gesaan daripada pelbagai pihak agar demonstrasi ular berbisa hidup di pentas dihentikan sepenuhnya. Gesaan ini boleh difahami. Apabila sesuatu kejadian melibatkan kehilangan nyawa, sudah tentu persoalan mengen...

Siapa yang sebenarnya meminta-minta Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas Tabung Haji diadakan pada mulanya?Yang tid...
27/08/2026

Siapa yang sebenarnya meminta-minta Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas Tabung Haji diadakan pada mulanya?

Yang tidak tahu hujung pangkal mungkin akan cepat mengatakan Pakata Harapan yang mahu RCI TH dilaksanakan. Sebab pendedahan laporan berlaku di zaman PH menjadi kerajaan sekarang.

Tambahan lagi ketika laporan RCI TH dibahaskan, parti yang paling kuat melompat dan bertindak keluar Dewan Rakyat adalah rata-rata dari PN khususnya di kalangan wakil rakyat PAS.

Tapi yang sebenarnya meminta-minta RCI TH dilaksanakan adalah dari PN.

Itulah yang luar biasanya.

Siapa yang sebenarnya meminta-minta Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas Tabung Haji diadakan pada mulanya? Yang tidak tahu hujung pangkal mungkin akan cepat mengatakan Pakata Harapan yang mahu RCI TH dilaksanakan. Sebab pendedahan laporan berlaku di zaman PH menjadi kerajaan sekarang. Tambahan...

Israel telah bekerja secara sistematik untuk mencegah kemunculan sebuah negara Palestin yang daya maju melalui peluasan ...
24/08/2026

Israel telah bekerja secara sistematik untuk mencegah kemunculan sebuah negara Palestin yang daya maju melalui peluasan penempatan, penaklukan wilayah, pemecahan, sekatan pergerakan, dan pemisahan Gaza dari Tebing Barat.

Israel telah bekerja secara sistematik untuk mencegah kemunculan sebuah negara Palestin yang daya maju melalui peluasan penempatan, penaklukan wilayah, pemecahan, sekatan pergerakan, dan pemisahan Gaza dari Tebing Barat. Kepalsuan No. 3 – Negara Israel adalah negara ahli PBB yang ditubuhkan dengan...

Address

Bangi

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Solidaritas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Solidaritas:

Shortcuts

Share