Ikram Perak Tengah

Ikram  Perak Tengah IKRAM Perak Tengah adalah merupakan salah satu cawangan dari lebih 70 cawangan daerah dari seluruh Malaysia di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

PENGENALAN

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. VISI IKRAM
Malaysia menjadi negara rahmah.

12 Ciri Asas Negara Rah

mah berasaskan Islam:

1. Kepemimpinan Negara yang Kompeten dan Berintegriti
2. Sistem Pemerintahan yang Berasaskan Semak dan Imbang yang Berkesan
3. Tadbir Urus yang Baik
4. Undang-undang yang Adil
5. Masyarakat yang Berilmu, Berakhlak dan Penyayang
6. Institusi Keluarga yang Utuh
7. Hubungan Etnik dan Penganut Agama yang Harmoni
8. Ekonomi yang Mampan
9. Agihan Kekayaan yang Saksama
10. Pembangunan yang Lestari
11. Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Rakyat yang terpelihara
12. Menerajui Usaha Keamanan dan Kesejahteraan Sejagat

MISI IKRAM
Mengajak dan membimbing masyarakat memahami, menerima dan menghayati Islam
sebagai panduan dalam kehidupan peribadi, keluarga, masyarakat dan negara. Berjuang membangun sebuah masyarakat maju berasaskan manhaj taghyir yang tepat,
tasawur Islam yang syumul dan tarbiah yang mantap dengan memanfaatkan teknologi dan amalan terbaik pengurusan. Membudayakan pendekatan perkongsian dan permuafakatan.

Sempena tahun 2025, IKRAM PERAK TENGAH menganjurkan  🩺 *SIRI BICARA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA*⛹🏾🧕 *Penyampai*...
28/12/2024

Sempena tahun 2025, IKRAM PERAK TENGAH menganjurkan

🩺 *SIRI BICARA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA*⛹🏾

🧕 *Penyampai* :
*Dr Ain Sabrina*
_Pakar Perubatan Keluarga_
_Medical Mythbuster_

📝 *Tajuk*
*_Jom Mulakan Gaya Hidup Sihat_*

📍 Pejabat Ikram Perak Tengah,
No19 Jalan Iskandar Bestari 2
Taman Iskandar Bestari,
Seri Iskandar
( Sederet Segi Fresh SI)
🗓️ 4 Jan 2024(Sabtu)
🕡 9-11Pagi

*Pautan Pendaftaran:*
https://forms.gle/iKeVtyVMuYkqgQYh9

*Pertanyaan lanjut hubungi* :
Puan Norhanizan
+6013240 9260

🌹SEMUA DI JEMPUT HADIR

Address

Bandar Seri Iskandar

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikram Perak Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share