Misi Insaf Insani

Misi Insaf Insani Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Misi Insaf Insani, Non-Governmental Organization (NGO), Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat� 23-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, bandar baru bangi.

Desa Insaniah Nigeria : Membina Harapan, Memartabatkan InsanTarikh siap pembinaan Desa Insaniah Nigeria : 21 November 20...
26/02/2026

Desa Insaniah Nigeria : Membina Harapan, Memartabatkan Insan

Tarikh siap pembinaan Desa Insaniah Nigeria : 21 November 2025

Penerima Manfaat : Projek ini dianggarkan memberi manfaat secara langsung kepada hampir 500 penduduk di sekitar Kampung Iseyin, Nigeria.

Impian Kami : Kompleks Mandiri Umat
Kompleks ini bukan sekadar binaan fizikal masjid, madrasah, dan telaga. Ia adalah sebuah ekosistem kehidupan. Melalui pembinaan pusat ekonomi, kami ingin melihat penduduk bangkit berdikari dan mengubah nasib mereka sendiri.

Klinik kesihatan yang dibina p**a menjadi sinar harapan menamatkan penderitaan saudara kita di Sub-Sahara Afrika yang selama ini terpaksa berjalan berkilometer jauhnya hanya untuk mendapatkan rawatan kecemasan asas.

Baca penuh di sini: https://insafinsani.com/news/laporan-pembinaan-kompleks-masjid-insaniah-nigeria/

Terokai Perkembangan Kemanusiaan Terkini Kami di sini: https://insafinsani.com/kempen/

Laporan Tahunan Projek 2025Tarikh: Disember 25, 2025Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat (PPM-002-10-26122023) ditubuhkan p...
24/02/2026

Laporan Tahunan Projek 2025

Tarikh: Disember 25, 2025

Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat (PPM-002-10-26122023) ditubuhkan pada 27 Disember 2023 dan berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Objektif utama pertubuhan adalah mengembalikan nilai insaniah yang telah lama hilang di dalam jiwa umat dan fokus semasa pertubuhan adalah di kawasan Afrika.

Menutup tirai tahun 2025, Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan kerjasama, sukarelawan, dan penyumbang yang baik hati yang telah menjadi tulang belakang kepada setiap misi kemanusiaan ini.

Kami bertekad untuk terus memacu perubahan positif melalui program-program pemerkasaan yang berpaksikan keadilan dan pemeliharaan kemuliaan insan tanpa mengira sempadan.

Baca laporan penuh di sini: https://insafinsani.com/news/laporan-tahunan-projek-2025/

Jom bersama projek-projek kami dengan menyumbang di link ini: https://insafinsani.com/kempen/

Telaga Air Kini Lengkapkan Desa Insaniah, Nigeria! 💧Alhamdulillah! Hasil infaq anda semua, Kompleks Masjid Insaniah (Des...
23/02/2026

Telaga Air Kini Lengkapkan Desa Insaniah, Nigeria! 💧

Alhamdulillah! Hasil infaq anda semua, Kompleks Masjid Insaniah (Desa Insaniah) kini secara rasminya dilengkapi dengan sebuah telaga air bersih.

Kini, penduduk setempat bukan sekadar dapat beribadah dan bersekolah di sini, malah mereka sangat gembira kerana tidak perlu lagi berjalan jauh untuk mendapatkan bekalan air harian.

Semoga Allah SWT mengganjari setiap penginfaq dengan pahala jariah yang terus mengalir deras seperti air telaga ini. Insya-Allah! 🤲🏼

20/02/2026
19/02/2026
Satu Kompleks, Seribu Harapan : Air, Ilmu, dan IbadahTarikh siap pembinaan Desa Insaniah Niger : 18 Januari 2026Penerima...
19/02/2026

Satu Kompleks, Seribu Harapan : Air, Ilmu, dan Ibadah

Tarikh siap pembinaan Desa Insaniah Niger : 18 Januari 2026

Penerima Manfaat : Pembinaan ini dapat memberi manfaat secara langsung kepada 300 orang daripada keseluruhan 3,000 penduduk di sekitar Kampung Zangon Jāw, Niger.

Projek “Desa Insaniah” di Nigeria merupakan inisiatif berimpak tinggi oleh Insaf Insani yang bertujuan membina masa depan komuniti Islam melalui penyediaan infrastruktur mampan.

Usaha ini bermatlamat untuk melindungi nilai-nilai asas kehidupan serta memartabatkan semula maruah ummah di kawasan pedalaman.

Penduduk di Kampung Zangon Jāw, Bandar Madawā, Wilayah Tahoua, Niger, umumnya hidup dalam cengkaman kemiskinan ekstrem dengan anggaran 99% penduduk dikategorikan sebagai fakir dan miskin.

Meskipun masyarakat Islam membentuk 95% daripada pop**asi, pendapatan purata mereka hanyalah sekitar USD1 sehari, menyebabkan keperluan asas dan kemudahan ibadah yang sempurna sukar dimiliki.

Baca penuh di sini: https://insafinsani.com/news/laporan-pembinaan-kompleks-masjid-insaniah-niger/

Jika ingin menyumbang, lakukan di sini: https://insafinsani.com/kempen/

MISI KEMANUSIAAN INSANI – HARI KE-2📅 14 Februari 2026Perjalanan hari ini agak panjang. Seawal pagi, dalam suhu yang suda...
18/02/2026

MISI KEMANUSIAAN INSANI – HARI KE-2
📅 14 Februari 2026

Perjalanan hari ini agak panjang. Seawal pagi, dalam suhu yang sudah mula terasa bahangnya, kami meneruskan misi ke sebuah Madrasah Al-Quran khusus untuk wanita.

Di sini, kami berpeluang mengedarkan hampir 50 lagi mushaf Al-Quran untuk kegunaan para pelajar.

Markaz ini sangat sederhana. Ia didirikan di laman rumah pengetuanya sendiri. Bangunan kelas p**a dibina hanya daripada kepingan zink.

Kami sendiri merasai kehangatan yang memeritkan ketika duduk di bawah bumbung zink tersebut… apatah lagi mereka yang belajar dan mengulang hafazan setiap hari di situ.

Namun dalam serba kekurangan, markaz ini tetap menjadi tempat wanita kecil, remaja dan dewasa berkumpul untuk mempelajari Al-Quran dengan penuh kesungguhan dan harapan.

Doakan misi-mis kami seterusnya ini terus dipermudahkan 🤲✨

Jom bersama kami untuk teruskan menjayakan lebih banyak misi dengan sumbang di: https://insafinsani.com/kempen/

🔥 PANAS 39°C… TAPI MEREKA TETAP DATANG MENGAJI🇹🇩 Hari Pertama Misi Kemanusiaan Chad📅 13 Februari 2026Sebaik sahaja kami ...
18/02/2026

🔥 PANAS 39°C… TAPI MEREKA TETAP DATANG MENGAJI

🇹🇩 Hari Pertama Misi Kemanusiaan Chad
📅 13 Februari 2026

Sebaik sahaja kami tiba di Chad, kami terus bergerak ke sebuah madrasah untuk mengedarkan lebih 250 mushaf Al-Quran kepada para pelajar di sana.

Di madrasah ini, mereka bukan sekadar kekurangan mushaf untuk mengulang dan menghafaz Al-Quran…

Mereka juga terpaksa belajar dalam keadaan gelap kerana kampung ini tidak mempunyai bekalan elektrik.

Yang ada hanyalah beberapa lampu solar kecil. Itupun perlu dipindah-pindahkan antara ruang solat dan kelas malam.

Dalam bahang panas mencecah 39°C, hati kami terasa ‘sejuk’ melihat kegembiraan mereka menerima mushaf baharu.

Wajah-wajah yang penuh syukur itu tidak henti-henti mendoakan kebaikan buat para penginfaq dan rakyat Malaysia.

InsyaAllah, misi di Chad akan diteruskan untuk membantu lebih ramai saudara kita yang memerlukan.

Mohon doa agar setiap langkah misi ini dipermudahkan dan diberkati 🤲✨

Bersama bantu kami bantu lebih ramai saudara kita di Afrika dengan klik link: https://insafinsani.com/kempen/

📖 EDARAN AL-QURAN(Projek Madrasah Quran)Alhamdulillah 🤲Baru-baru ini, dengan sokongan para penginfaq, kami berjaya menge...
18/02/2026

📖 EDARAN AL-QURAN
(Projek Madrasah Quran)

Alhamdulillah 🤲

Baru-baru ini, dengan sokongan para penginfaq, kami berjaya mengedarkan 70 naskhah Al-Quran kepada saudara-saudara kita di Sub-Sahara Afrika.

Penerima terdiri daripada pelbagai lapisan umur daripada kanak-kanak hingga dewasa yang teruja menerima mushaf Al-Quran ini.

Lebih menggembirakan, Al-Quran ini akan digunakan sepanjang Ramadan yang semakin hampir bagi menjadi teman tadarus, hafazan dan ibadah mereka 🌙✨

Setiap huruf yang dibaca, setiap ayat yang diulang, insyaAllah menjadi pahala jariah yang berpanjangan buat para penginfaq.

Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dengan sebaik-baik ganjaran. Aamiin 🤍

Teruskan menyumbang kepada projek-projek kami di link: https://insafinsani.com/kempen/

Address

Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat� 23-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9
Bandar Baru Bangi
43650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Misi Insaf Insani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Misi Insaf Insani:

Share