Global Hayat

Global Hayat Ikuti Global Hayat untuk misi bantuan dan info bumi Syam (Palestin, Syria, Lubnan, Yaman)

Sekolah mereka musnah.Namun keinginan untuk belajar masih hidup.Di Gaza, ada anak-anak yang belajar di celah runtuhan, d...
14/08/2026

Sekolah mereka musnah.

Namun keinginan untuk belajar masih hidup.

Di Gaza, ada anak-anak yang belajar di celah runtuhan, di dalam khemah, malah duduk di atas tanah dan batu kerana kelas, meja, buku dan kemudahan asas semakin sukar diperoleh.

Dalam keadaan yang serba kekurangan, guru tetap mengajar. Anak-anak tetap hadir. Mereka terus mempertahankan hak untuk belajar dan hak untuk mempunyai masa depan.

Setiap huruf yang dibaca, setiap pelajaran yang diteruskan, adalah tanda bahawa harapan masih belum padam.
Semoga anak-anak Gaza terus diberikan kekuatan, perlindungan dan peluang untuk kembali belajar dalam keadaan yang aman dan selamat.

Bantuan anda, hayat mereka.

Foto: .a.thabet
t.me/globalhayat

DISASAR DI TENGAH GAZAPengarah polis wilayah Gaza dilaporkan terbunuh selepas kenderaannya menjadi sasaran serangan tent...
14/08/2026

DISASAR DI TENGAH GAZA

Pengarah polis wilayah Gaza dilaporkan terbunuh selepas kenderaannya menjadi sasaran serangan tentera Israel di Jalan Al-Rashid, Gaza City.

Kenderaan tersebut terbakar susulan serangan, sementara pasukan pertahanan awam berusaha memadamkan api di lokasi kejadian.

Di tengah serangan yang terus berlaku, rakyat Gaza terus berdepan ancaman terhadap keselamatan dan kehidupan mereka setiap hari.

Semoga Allah melindungi rakyat Palestin dan mengurniakan kekuatan kepada mereka yang terus bertahan.

🇵🇸 Teruskan peduli. Teruskan bersuara untuk Palestin.

Sumber : Ali Jadallah
t.me/globalhayat

14/08/2026

RM50 mungkin kecil bagi kita, tetapi boleh menjadi sebahagian daripada masjid yang kembali berdiri di Gaza.

Bantu bina semula Masjid Hayat di Gaza.
Mulakan sumbangan serendah RM50 hari ini.

Layari masjid.globalhayat.net

Bantuan anda, hayat mereka.

13/08/2026

Al-Aqsa masih dalam bahaya.

Sekatan terhadap umat Islam terus berlaku, sementara tekanan terhadap kawasan suci ini semakin membimbangkan.

Jangan biarkan Al-Aqsa hilang daripada perhatian kita.

Kongsikan agar lebih ramai sedar.

t.me/globalhayat

13/08/2026

Rumah mereka diledakkan, walaupun pertempuran sudah tiada.

Di sebalik “Yellow Line”, Israel terus memusnahkan kediaman penduduk Gaza.

Setiap letupan bukan hanya meruntuhkan bangunan tetapi memadam kenangan dan kehidupan sebuah keluarga.

t.me/globalhayat

12/08/2026

Kalau 3 nikmat ini hilang esok, hidup kita pasti berubah.

t.me/globalhayat

11/08/2026

Bantuan ada. Tapi masih tersekat di pintu Gaza.

Beratus lori membawa makanan dan bantuan kemanusiaan menunggu untuk masuk, sementara rakyat Gaza terus berdepan kelaparan dan kekurangan bekalan asas.

Sekatan bantuan mesti dihentikan.

Bantuan anda, hayat mereka.

t.me/globalhayat

10/08/2026

Duit boleh beli rumah. Tapi bolehkah ia beli ketenteraman?

Keamanan adalah nikmat yang sering kita sedari hanya apabila ia hilang.

Hargai keamanan yang kita miliki, dan jangan lupakan mereka yang masih hidup dalam ketakutan setiap hari.

Bantuan anda, hayat mereka.

t.me/globalhayat

09/08/2026

Bayangkan menjalani pembedahan ketika ubat dan bekalan semakin berkurang.

Itulah realiti yang sedang dihadapi hospital di Gaza.

Dalam serba kekurangan, doktor dan petugas kesihatan masih terus berusaha menyelamatkan nyawa.

Kongsi supaya lebih ramai tahu apa yang sedang berlaku.

Bantuan anda, hayat mereka.

t.me/globalhayat

07/08/2026

Gencatan senjata diumumkan, tetapi penderitaan di Gaza masih berterusan.

Jangan biarkan Gaza dilupakan. Teruskan bersuara dan kongsi kebenaran.

Bantuan anda, hayat mereka.

Address

Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Sentral
Bandar Baru Bangi
43650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Global Hayat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Global Hayat:

Shortcuts

Share