Ikatan Muslimin Malaysia

Ikatan Muslimin Malaysia ISMA, NGO yang memfokuskan pembangunan masyarakat melalui dakwah, pendidikan dan khidmat masyarakat.
(1)

Daulat Tuanku Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERT...
01/06/2026

Daulat Tuanku Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala Memberkati Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku”

Sembah takzim daripada Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

31/05/2026

Ringkasan Ucapan Dasar Presiden - Islam Memimpin, Melayu Memelihara Adalah Rahmah Kepada Negara

Tonton juga disini:
https://f.mtr.cool/xlbfwenara

KUALA LUMPUR MESTI DIKEMBALIKAN SEMULA KEPADA IDENTITI ISLAM DAN MELAYUوَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا...
30/05/2026

KUALA LUMPUR MESTI DIKEMBALIKAN SEMULA KEPADA IDENTITI ISLAM DAN MELAYU

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

[ الأعراف: 96]

Kini identiti negara Malaysia terutama ibu kota sedang diubah mengikut nafsu serakah kerakusan dan ketamakan elit pemodal dan golongan kapitalis. Atas sebab itu, mereka berlumba-lumba untuk menjadikannya sebagai hub hiburan serantau.

Malaysia adalah negara yang ada identiti dan sejarah panjangnya sebagai pusat tamadun Islam dan Melayu. Majoriti rakyatnya adalah Melayu Islam yang mahukan pembangunan negara selari dengan hubungan sejarahnya dan pembinaan jiwa berteraskan akhlak dan ilmu.

Apabila sesebuah kerajaan sudah mula kehilangan visi besar tentang pembinaan tamadun, maka hiburan biasanya akan dijadikan jalan paling mudah untuk merancakkan ekonomi bandarayanya.

Kuala Lumpur sedang dilakar semula menjadi sebuah bandar tanpa roh syariat di dalamnya. Bangunannya melangit tinggi tapi akhlaknya semakin runtuh. Malamnya terang dengan kilauan lampu konsert hiburan tapi jiwa masyarakat menjadi gelap.

Nilai Islam, adab budaya dan sosial masyarakat bagi mereka adalah sampah. Ia tak menjana apa-apa p**angan ekonomi. Kerana itu, ianya akan dipinggirkan dan hanya sesuai dalam muzium yang tak dikunjungi.

Mereka mahu asingkan kehebatan Islam dan keindahan amalan syariat Islam dan budaya Melayu daripada identiti Kuala Lumpur.

Saya mahu bertanya kepada ahli-ahli politik Islam dan para alim ulamak serta sahabat pendakwah di Kuala Lumpur khususnya;

Apakah selepas ini ukuran kejayaan Kuala Lumpur ialah jumlah konsert antarabangsa?

Apakah identiti bandar raya Muslim ini mahu dibina atas budaya hiburan malam dan pesta yang melalaikan dan merosakkan generasi?

Apakah negara sudah ketandusan idea besar untuk membina tamadun sehingga terpaksa bergantung kepada industri hiburan sebagai simbol kemajuan?

Kuala Lumpur mesti dipertahankan sebagai kota yang mempunyai identiti, maruah dan jiwa ketamadunan. Jangan cagarkan kota raya ini menjadi pasaran hiburan serantau untuk memenuhi kehendak industri dan kelompok berkepentingan yang mahu mengutip keuntungan jangka pendek semata-mata.

Malaysia memerlukan visi yang lebih besar daripada itu.

Negara ini memerlukan kepimpinan yang berfikir tentang pembinaan tamadun.

Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun yang tenggelam dalam hiburan dan kemewahan akhirnya akan melemah dari dalam sebelum runtuh sedikit demi sedikit.

Ustaz Shuhaib ar-Rumy bin Selamat
Presiden ISMA

HUKUM MENYIMPAN DAGING KORBAN LEBIH DARI 3 HARI?Pendapat Ali RA dan Ibn Umar RA:❌ Tidak boleh menyimpan daging korban me...
28/05/2026

HUKUM MENYIMPAN DAGING KORBAN LEBIH DARI 3 HARI?

Pendapat Ali RA dan Ibn Umar RA:

❌ Tidak boleh menyimpan daging korban melebihi 3 hari.

Pendapat Jumhur Ulama:

✅ Dibolehkan untuk menyimpan daging korban melebihi 3 hari dan hadis mengenai larangannya itu telah dimansuhkan.
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah:
Rasulullah SAW melarangnya kerana pada waktu itu telah berlakunya musim kelaparan dan tujuan larangan tersebut adalah untuk membantu mereka yang berada di dalam kesusahan.

Larangan menyimpan daging lebih dari 3 hari adalah berdasarkan keadaan hidup yang sempit dan susah ketika itu. Kemudian hadis larangan tersebut telah dimansuhkan hukumnya kerana keadaan telah berubah kepada lebih baik.

KENAPA IBADAH KORBAN DITUNTUT?Ibadah korban adalah salah satu syiar penting agama Islam, di sebalik pensyariatan ibadah ...
28/05/2026

KENAPA IBADAH KORBAN DITUNTUT?

Ibadah korban adalah salah satu syiar penting agama Islam, di sebalik pensyariatan ibadah ini ada tujuan besar yang hendak diajarkan kepada umat manusia berkaitan Tauhid.

Seperti kisah Nabi Ibrahim AS yang diperintahkan untuk menyembelih anak kesayangan iaitu Nabi Ismail As, menunjukkan ketinggian iman dalam melaksanakan kehendak Allah SWT Sungguhpun, baginda menerima zuriat di usia yang tua, dalam keadaan baginda baru menikmati masa-masa emas bersama anaknya yang mula membesar, Nabi Ibrahim As memahami isyarat ketuhanan melalui mimpinya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S. Seperti Firman Allah SWT:

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعْىَ قَالَ يَـٰبُنَىَّ إِنِّىٓ أَرَىٰ فِى ٱلْمَنَامِ أَنِّىٓ أَذْبَحُكَ

“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu;..” (Surah As-Saffat 37: 102 )

Nabi Ibrahim AS tidak mengambil masa yang lama dalam mengambil Keputusan untuk melaksanakan kehendak Allah itu. Bahkan, baginda tenang dalam menghadapi ujian itu dengan berhadapan dengan anaknya dan memahamkan akan perintah dan kehendak Allah SWT ini. Seperti Firman Allah SWT :

فَٱنظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَـٰٓأَبَتِ ٱفْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّـٰبِرِينَ

“maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar". (As-Saffat 37 : 102)

Namun jawapan seorang anak yang matang imannya dengan segera mengutamakan kehendak Allah SWT melebihi segalanya. Dengan penuh adab dan rasional mendukung hasrat ayahnya,

فَلَمَّآ أَسْلَمَا وَتَلَّهُۥ لِلْجَبِينِ

“Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah..” (As-Saffat 37 : 103)

Di sini kuncinya dalam membina keimanan dalam ibadah korban ini, apabila keazaman serta kesanggupan untuk melaksanakan kehendak Allah SWT dan menyerahkan secara total urusannya kepadanya. Akhirnya Allah SWT hanya berkehendak kepada ketundukan kita secara mutlak dan jujur sehingga tiada perkara yang kita sembunyikan dari pengetahuannya termasuk dari rasa sempitnya dalam berkorban.

قَدْ صَدَّقْتَ ٱلرُّءْيَآ ۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ

"Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.” [As-Saffat 37: 105]

Menghidupkan keimanan sempurna

Kesan terbesar yang perlu dinilai dalam ibadah korban ini adalah, adakah kita menyelarikan setiap titik dalam hidup ini hanya untuk Allah SWT? Persoalan yang lebih asas, adakah kita rasa rugi menyerahkan nasib diri ini kepada Allah SWT? Sedangkan Allah menjanjikan kepada golongan ini ganjaran yang baik,

فَإِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌۭ وَٰحِدٌۭ فَلَهُۥٓ أَسْلِمُوا۟ ۗ وَبَشِّرِ ٱلْمُخْبِتِينَ

“…Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat –“ (Al-Hajj 22: 34)

Ketundukan ini melahirkan jiwa yang sentiasa berhubung dengan Tuhannya, yang sentiasa bersabar atas setiap kesusahan, yang akan mencari kekuatan hidupnya dengan bersujud kepada Tuhannya dan yang akan berterusan mengorbankan setiap rezekinya untuk menunaikan kehendak Allah SWT.

ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَٱلصَّـٰبِرِينَ عَلَىٰ مَآ أَصَابَهُمْ وَٱلْمُقِيمِى ٱلصَّلَوٰةِ وَمِمَّا رَزَقْنَـٰهُمْ يُنفِقُونَ

“Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya.” (Al-Hajj 22 : 35)

Ibadah korban menuntut lebih menyerahkan kehidupan kita semata-mata untuk yang dikehendaki oleh Allah SWT. Pada waktu itu barulah kita akan mencapai ketundukan yang sempurna. Yang tidak akan merasa sempit dan sedih dalam perjuangan ini.

بَلَىٰ مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُۥ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌۭ فَلَهُۥٓ أَجْرُهُۥ عِندَ رَبِّهِۦ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

“(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia p**a berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka p**a tidak akan berdukacita.” (Al-Baqarah 2 : 112)

Ustaz Wan Ahmad Fathin bin Wan Johari
Pegawai Eksekutif Kanan ISMA

MENGHIDUPKAN BAKI 10 ZULHIJAH DENGAN AMAL SOLEHBulan Zulhijah merupakan bulan yang sangat istimewa. Sepuluh hari pertama...
28/05/2026

MENGHIDUPKAN BAKI 10 ZULHIJAH DENGAN AMAL SOLEH

Bulan Zulhijah merupakan bulan yang sangat istimewa. Sepuluh hari pertamanya Allah SWT angkat darjatnya, sehingga Nabi SAW sebut tiada hari yang lebih Allah SWT cintai untuk amal soleh yang dilakukan selain hari-hari ini.

Tapi realitinya, tidak semua orang sempat manfaatkan awal Zulhijah dengan sebaiknya. Ada yang sibuk bekerja, sehingga rasa sudah “terlepas peluang”. Tetapi hakikatnya, selagi masih berbaki, masih ada ruang untuk kita hidupkan amal dan kembali kepada Allah.

Mulakan perubahan dengan menjaga perkara asas

Perubahan boleh bermula dengan perkara yang paling asas, iaitu menjaga solat fardu kerana ia adalah tiang kehidupan seorang Muslim. Jangan hanya disebabkan kesibukan dunia, culas dalam mengerjakan solat.

Kemudian, amalan sunat juga boleh ditambah mengikut kemampuan dan tidak perlu dilakukan semuanya sekaligus, kerana amalan yang sedikit tetapi berterusan itu lebih baik. Usahakan untuk bangun bertahajud atau bangun beberapa minit sebelum Subuh untuk beristighfar juga sudah sangat bermakna.

Begitu juga dengan bacaan al-Qur’an. Kita perlu menyediakan ruang untuk membaca al-Quran walaupun sedikit, yang penting konsisten. Kerana jika kita menunggu masa lapang yang sempurna, ia tidak akan pernah datang.

Antara amalan yang sangat dianjurkan sepanjang Zulhijah juga ialah memperbanyakkan zikir, takbir, tahmid dan tahlil. Amalan ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja kita berada seperti di rumah, di dalam kereta, ketika memasak, atau sewaktu berjalan, dan tidak hanya terhad di masjid atau surau. Kalimah seperti “Subhanallah wabihamdih, Subhanallah al-‘Azim” juga merupakan dua kalimah yang sangat dicintai oleh Allah SWT. Ia sangat mudah dilafazkan, namun sangat berat dalam timbangan mizan (pahala).

Hari-hari ini mengajar kita bahawa untuk dekat dengan Allah SWT, tidak semestinya melalui amalan yang sukar. Kadang-kadang, lidah yang sentiasa basah dengan zikrullah lebih bernilai daripada banyak perkara yang kita kejar setiap hari.

Selain itu, amalan bersedekah walaupun kecil juga sangat besar nilainya di sisi Allah SWT. Kadang-kadang kita menyangka sedekah mesti dalam jumlah yang besar, sedangkan RM1 yang diberi dengan ikhlas boleh jadi lebih berat di sisi Allah daripada jumlah yang banyak tetapi kosong rasa. Selain wang, sedekah juga boleh hadir dalam bentuk tenaga, masa dan perhatian seperti membantu ibu bapa di rumah, menggembirakan hati orang lain, atau memudahkan urusan orang lain.

Zulhijah titik perubahan

Zulhijah ini juga mengingatkan kita kepada kisah Nabi Ibrahim AS tentang pengorbanan dan ketaatan kepada Allah SWT. Mungkin hari ini kita tidak diuji dengan pengorbanan sebesar mereka, tetapi setiap orang tetap mempunyai “korban” masing-masing. Ada yang perlu mengorbankan ego, ada yang sedang melawan rasa malas, dan ada juga yang sedang berusaha meninggalkan perkara yang melalaikan. Kadang-kadang, korban yang paling sukar bukan pada harta, tetapi pada diri sendiri.

Sebelum hari-hari mulia ini berakhir, cubalah bertanya kembali kepada diri kita: “Adakah aku menjadi lebih dekat dengan Allah SWT berbanding awal bulan?”

Jika jawapannya masih belum seperti yang diharapkan, jangan terus berputus asa. Selagi masih diberi masa dan kesempatan hidup, selagi itu pintu taubat masih terbuka. Kadang-kadang satu zikir yang ikhlas, satu sujud yang khusyuk, atau satu sedekah yang tersembunyi daripada pandangan manusia boleh menjadi sebab Allah SWT memandang kita dengan penuh rahmat.

Semoga baki Zulhijah ini menjadi titik permulaan untuk kita kembali memperbaiki diri dan mendekatkan hati kepada Allah SWT. Tidak perlu menunggu sempurna untuk berubah. Mulakan sahaja dengan langkah kecil, kerana boleh jadi langkah kecil itulah yang membawa kita lebih dekat kepadaNya.

Ain Shahirah binti Mohd Noor Azib
Ketua Beliawanis PEMBINA Bangi

LARANGAN BERPUASA PADA HARI TASYRIK11 Zulhijjah 28 Mei 2026 (Khamis)12 Zulhijjah 29 Mei 2026 (Jumaat)13 Zulhijjah 30 Mei...
27/05/2026

LARANGAN BERPUASA PADA HARI TASYRIK

11 Zulhijjah 28 Mei 2026 (Khamis)
12 Zulhijjah 29 Mei 2026 (Jumaat)
13 Zulhijjah 30 Mei 2026 (Sabtu)

Rasulullah SAW bersabda:

أيام التشريق أيام أكل وشرب وذكر لله

Hari-hari tasyrik ialah hari makan dan juga minum serta berzikir kepada Allah SWT.(Hadis riwayat Muslim, no. 1141)Hari Tasyrik merupakan hari ke 11,12 dan 13 di bulan Zulhijjah atau tepatnya 3 hari selepas Aidiladha. Hari-hari tersebut dikenali sebagi hari makan dan minum kerana diharamkan puasa padanya.

AMBIL PENGAJARAN PENGORBANAN UMMAH DI SELURUH DUNIAKita menyambut Aidiladha dengan Ummah menghadapi pelbagai ujian dan c...
26/05/2026

AMBIL PENGAJARAN PENGORBANAN UMMAH DI SELURUH DUNIA

Kita menyambut Aidiladha dengan Ummah menghadapi pelbagai ujian dan cabaran di seluruh dunia. Ujian-ujian ini haruslah diambil pengajaran oleh keseluruhan Ummah, termasuk umat Islam di Malaysia.

Penindasan berterusan di Plstn mendedahkan kepalsuan orde dunia sedia ada, termasuklah kepalsuan undang-undang antarabangsa dan seruan hak asasi manusia. Ini menuntut Ummah untuk sama-sama berganding bahu membangunkan Orde Baru Islam yang membawa kesejahteraan sebenar kepada manusia.

Projek pembangunan seperti ini memerlukan pengorbanan yang tinggi, seperti mana yang telah ditunjukkan oleh penduduk Gza yang teguh bersama perjuangan. Menjadi tuntutan bagi kita untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan agar sama-sama bersedia untuk mengorbankan kecintaan kita terhadap dunia untuk mencapai ketinggian akhirat.

Umat Islam di negara India yang ditekan kerajaan ekstremis menyerlahkan ketahanan dan kebijaksanaan dalam menghadapi ujian pengorbanan. Tatkala amalan ibadah berkorban ditekan, mereka terus teguh mencari jalan yang membolehkan mereka meneruskan amalan korban. Amat penting agar umat Islam di Malaysia terus menzahirkan syiar agama, menjalankan acara korban dan solat sunat secara terbuka agar Islam tidak ditekan sehingga disorok ke dimensi amalan peribadi.

Setiap pengorbanan Ummah di seluruh dunia memberi pelbagai pengajaran dan inspirasi untuk kita sama-sama ambil pengajaran untuk terus maju ke hadapan. Kesatuan Ummah berdiri atas dasar akidah dan ukhuwwah Islamiah, mengatasi segala hubungan berasaskan kaum, sempadan geografi dan sempadan tinggalan penjajahan. Kesakitan, kelaparan dan kebahagiaan Ummah adalah kesakitan, kelaparan dan kebahagiaan kita semua.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga keteguhan pengorbanan Ummah di seluruh dunia sama-sama dihayati dan dicontohi.

Dr. Mohd Eqwan bin Mohd Roslan
Pengarah Komunikasi ISMA

Barisan Jawatankuasa Pusat ISMA mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiadha 1447H kepada seluruh umat Islam.Semoga ...
26/05/2026

Barisan Jawatankuasa Pusat ISMA mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiadha 1447H kepada seluruh umat Islam.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keampunan buat dosa-dosa kita, serta menguatkan semangat pengorbanan dan penyatuan ummah demi memartabatkan Islam.

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكٌم

LAUNGKAN TAKBIR BERAMAI-RAMAITakbir muqoyyad: selepas selesai solat fardu dari solat subuh hari Arafah (26 Mei, Selasa) ...
26/05/2026

LAUNGKAN TAKBIR BERAMAI-RAMAI

Takbir muqoyyad: selepas selesai solat fardu dari solat subuh hari Arafah (26 Mei, Selasa) hingga Asar hari terakhir Tasyriq (30 Mei, Sabtu)

Takbir mutlak: dari awal Zulhijjah (18 Mei, Isnin) hingga Asar hari terakhir Tasyriq (30 Mei, Sabtu)

Address

No 25-1-1 & 27-1-1, Jalan Medan Pb 1a, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9
Bandar Baru Bangi
43650

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikatan Muslimin Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share