03/06/2026
[ UPDATE EDARAN MAKANAN ASAS SEMPENA HARI ARAFAH ]
Alhamdulillah, amanah edaran barangan makanan asas sempena hari Arafah telah selamat disampaikan kepada penerima.
Bersempena hari Arafah, 9 Zulhijjah yang lepas (26 Mei 2026), Insaf Insani telah melaksanakan edaran barangan makanan asas melalui projek Fidyah Insani khusus buat saudara di Sudan.
Di sebalik ujian dan konflik berat yang melanda mereka, petugas Insaf Insani di lapangan tetap bertungkus-lumus memastikan bantuan ini sampai ke tangan mereka yang benar-benar memerlukan. Edaran telah dilaksanakan di Kassala, Timur Sudan. Seramai 50 buah keluarga telah dapat dibantu dan jangkaan makanan ini boleh bertahan sehingga 7 hari.
Setiap barangan makanan asas yang diagihkan ini mengandungi keperluan harian yang sangat diperlukan bagi mereka seperti Gandum, Beras, Kacang Adas, Makaroni & Minyak. Bayangkan kelegaan dan kegembiraan keluarga di sana apabila menerima seguni penuh bekalan asas ini pada hari yang paling mulia, memberikan mereka sinar untuk terus bertahan hidup.
Terima kasih kepada semua para penyumbang yang telah membantu memberikan kenikmatan, kebahagiaan, sinar harapan, dan bukti bahawa mereka tidak pernah dilupakan. Semoga Allah SWT membalas kebaikan para penyumbang dengan ganjaran pahala yang berpanjangan