Koperasi Usaha Sama An Nur Kedah Berhad.

Koperasi Usaha Sama An Nur Kedah Berhad. Koperasi Usaha Sama An Nur Kedah Berhad.

Aktiviti Gotong Royong semalam cukup meriah. Kehadiran walaupun tak seberapa namun kita buat apa yang termampu. Mungkin ...
14/09/2020

Aktiviti Gotong Royong semalam cukup meriah. Kehadiran walaupun tak seberapa namun kita buat apa yang termampu. Mungkin awalnya pagi hujan tetapi aktiviti luaran dan dalam Gudang dapat di teruskan.

Paling teruja kehadiran Kak Khalijah yang berkerusi roda dan suaminya Abang Man. Sponsor makan tengah hari Nasi Beriani dan Dalcha Kambing. Disamping juadah sarapan pagi dan tengah hari disediakan oleh ALK Kebajikan dan Ekonomi.

Kita sedia maklum Koperasi kita punyai kekangan kewangan untuk mengupah untuk Proses memperbaiki infrastruktur Gudang da...
06/09/2020

Kita sedia maklum Koperasi kita punyai kekangan kewangan untuk mengupah untuk Proses memperbaiki infrastruktur Gudang dan kawasan dalam pagar Gudang.

Inisiatif Ahli Ahli yang hadir dalam beberapa sesi gotong royong untuk menyiapkan surau, membersih Gudang dan kawasan sekitar serta penanaman lemon.

Komitmen Ahli-Ahli yang hadir di ucapkan terima kasih. Kita harap lebih ramai yang turut serta. Samada berikan bantuan dari segi tenaga dan juga keperluan material dan kewangan jika mampu.

Selamat Menyambut Maal Hijrah ke 1442.Kita berhijrah dari pengalaman lalu yang penuh pahit getir dan bangun kembali untu...
19/08/2020

Selamat Menyambut Maal Hijrah ke 1442.
Kita berhijrah dari pengalaman lalu yang penuh pahit getir dan bangun kembali untuk membentuk ekonomi ummah yang lebih Barakah dan dalam Rahmatan Lil Alamin.

Carta Organisasi Ahli Lembaga Koperasi sesi 2020.Kenali tulang belakang Koperasi yang diberi peranan dan menjalankan tan...
14/07/2020

Carta Organisasi Ahli Lembaga Koperasi sesi 2020.

Kenali tulang belakang Koperasi yang diberi peranan dan menjalankan tanggungjawab dengan jujur amanah dan dedikasi.

Setiap ALK kecuali Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha dibertanggungjawab dalam aktiviti Biro.

Setiap Biro juga ada ahli koperasi yang diberi peranan dan menjalankan tugasan secara sukarela.

Di sini Koperasi bukan ekslusif di jalankan oleh ALK semata-mata. Ahli biasa diberi peranan memajukan Koperasi tak kira apa latarbelakang.

04/07/2020
28/06/2020

Setakat semalam perjumpaan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dah masuk kali ke-3. Walaupun bekerja dengan percuma tanpa sebarang elaun khas buat masa ini. ALK tetap komited untuk bekerja keras menjayakan visi Koperasi kita.

Namun Ahli Koperasi juga dijemput untuk bersama bekerja dengan ALK Koperasi jika berkemampuan dengan menyertai biro-biro dalam Koperasi telah ditubuhkan. Setakat ini 3 Biro utama diperkenalkan.

Biro Kebajikan
Biro Ekonomi
Biro Pemasaran.

Setiap Biro diketuai Ketua Biro masing-masing. Dengan setiap Biro dibantu 3 ALK yang lain sebagai tunjang dan pemangkin untuk setiap agenda berkepentingan untuk operasi Koperasi yang efisien.

Pejabat Urusan Koperasi telah dipilih di lokasi Kampung Sungai Kechil Ilir. Ini kerana Koperasi didaftarkan di alamat RB...
24/06/2020

Pejabat Urusan Koperasi telah dipilih di lokasi Kampung Sungai Kechil Ilir. Ini kerana Koperasi didaftarkan di alamat RBM Bina. Memandangkan RBM mempunyai sebuah pejabat kosong terbiar yang dahulunya di gunakan untuk operasi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Maka tuan punya pejabat juga ahli koperasi telah memberi tawaran agar pejabat kosong itu diubahsuai untuk kegunaan Koperasi.

Pejabat ini bakal mempunyai 1 ruang pejabat urusan bagi urusan rasmi dan pengkeranian. 1 ruang bilik Mesyuarat boleh di gunakan untuk aktiviti bermesyuarat Ahli atau bersama pelanggan. 1 ruang tamu/lobby untuk tetamu. 1 ruang bilik air serta 1 ruang pantri. Segala urusan rasmi ahli, pelawat atau pelanggan akan berpusat di sini kecuali Mesyuarat Agung Tahunan.

Masih dalam pembinaan dan memerlukan banyak lagi penambahbaikan. Setakat ini pihak Ahli Lembaga Koperasi (ALK) banyak menyumbang wang dan keringat, bergotong royong untuk menyiapkan koperasi dengan sebaik mungkin . Ahli Koperasi di alu-alukan memberikan sumbangan sedaya mampu untuk melengkapkan pejabat Koperasi.

Alamat Koperasi :

Pejabat Urusan Koperasi Usaha Sama An Nur Kedah Berhad.
Lot 1158, Kampung Balai Lama, Sungai Kechil Ilir, 34950 Bandar Baharu, Kedah.

Perihal sejarah jenama KUSAN. Bagi Ahli yang telah mengikuti dari pertemuan pertama dan kedua serta hadir dalam Mesyuara...
22/06/2020

Perihal sejarah jenama KUSAN. Bagi Ahli yang telah mengikuti dari pertemuan pertama dan kedua serta hadir dalam Mesyuarat Agung Pertama. Mereka mungkin faham tentang penjenamaan dari An Nur kepada KUSAN.

Tapi sekali lagi dijelaskan Koperasi tidak berjaya mendaftarkan jenama An Nur di Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) sebab jenama itu telah diguna pakai oleh syarikat lain.

Dengan asbab itu ALK telah mengambil kata putus untuk meletakkan dan me daftar jenama KUSAN yakni singkatan untuk Koperasi Usaha Sama An Nur Kedah Berhad.

Kita letakkan matlamat mengetengahkan jenama itu sebagai serampang dua mata disamping memperkenalkan nama Koperasi di dalam industri dalam dan luar negara.

Mesyuarat Agung Pertama (MAP) Tarikh 12 Januari 2020 (Ahad).Agenda:Dihadiri lebih dari 60 bakal ahli. 2 orang Wakil Suru...
21/06/2020

Mesyuarat Agung Pertama (MAP)
Tarikh 12 Januari 2020 (Ahad).

Agenda:
Dihadiri lebih dari 60 bakal ahli. 2 orang Wakil Suruhanjaya Koperasi Wilayah Kulim/Bandar Baharu turut hadir untuk memantau mesyuarat.

MAJLIS PERBINCANGAN DAN SOAL JAWAB PERKONGSIAN PEMBEIAN MESIN PEMBUNGKUSAN GULA 1KGTarikh: 22/12/2019 (Ahad)Agenda:Sesi ...
21/06/2020

MAJLIS PERBINCANGAN DAN SOAL JAWAB PERKONGSIAN PEMBEIAN MESIN PEMBUNGKUSAN GULA 1KG

Tarikh: 22/12/2019 (Ahad)

Agenda:
Sesi penerangan tentang tatacara perkongsian pembelian gula dari segi perundangan. Penerangan ringkas oleh Tuan
Haji Pakhirudin dari Tetuan Fahmi Mohd & Associates.
Bersama juga Puan Norlia, pengusaha jenama Lia Suri dari Sungai Acheh memberikan sedikit testimoni produk gula dari
pembekal TME.

MAJLIS PERJUMPAAN PEMBELIAN MESIN PEMBUNGKUSAN DAN PEMASARAN GULA 1KGTarikh: 8 /12/2019 (Ahad)Agenda:Sesi penerangan ten...
21/06/2020

MAJLIS PERJUMPAAN PEMBELIAN MESIN PEMBUNGKUSAN DAN PEMASARAN GULA 1KG

Tarikh: 8 /12/2019 (Ahad)

Agenda:
Sesi penerangan tentang tatacara perkongsian pembelian gula. Sesi penerangan oleh Wakil TME, Tuan Ghazali.
Aspek penerangan meliputi penerangan perniagaan gula dan agenda pemasaran gula berkonsepkan perkongsian.
Mewujudkan koperasi KOPERASI USAHA SAMA AN NUR KEDAH BERHAD.

Address

Bandar Baharu
34950

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Usaha Sama An Nur Kedah Berhad. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share