AJK Pembinaan SAN & SMAN

AJK Pembinaan SAN & SMAN Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AJK Pembinaan SAN & SMAN, Non-Governmental Organization (NGO), Peti Surat 1662, Apas Balung, Balung.

03/02/2026
02/02/2026

“Sekolah ini pernah menjadi sebuah mimpi yang kami sebut di dalam doa”

Ucapan daripada Ustazah Mariani binti Paty mencerminkan pengalaman, keikhlasan dan perjuangan panjang dalam memartabatkan pendidikan Islam di Tawau.
Moga terus menjadi inspirasi.

02/02/2026

“Pendidikan paling penting, agama paling mulia. Pendidikan Agama adalah paling penting dan mulia”

Ucapan daripada YB Datuk Lo Su Fui 羅思輝 menzahirkan sokongan padu terhadap pendidikan dan jaminan masa depan seiring pembangunan negeri Sabah Maju Jaya.

02/02/2026

Hala Tuju Pembangunan Ummah Sabah Maju Jaya (SMJ)

02/02/2026
02/02/2026

Alhamdulillah, SAN Apas Balung, Tawau telah diketengahkan dalam Berita RTM

💪🏻💪🏻💪🏻
02/02/2026

💪🏻💪🏻💪🏻

TAWAU: Kerajaan Negeri merancang membangunkan sebuah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) berkonsepkan kecerdasan buatan (AI) di kawasan sebelah Sekolah Agama Negeri (SAN) Apas Balung, sebagai langkah strategik memperkasa pendidikan Islam yang seimbang antara kekuatan rohani, ilmu dan kemajuan teknologi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, perancangan itu melibatkan baki tanah seluas 20 ekar di kawasan SAN Apas Balung dan akan diselaraskan melalui kerjasama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Pautan berita penuh di ruangan komen....

02/02/2026
02/02/2026

TERKINI | Sekolah Agama Negeri (SAN) Apas Balung mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya dibina hasil gabungan sumbangan orang ramai dan kerjasama kerajaan negeri.

Sekali gus muncul sebagai sekolah agama pertama di Malaysia yang mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam sistem pembelajaran.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji bin Haji Noor, berkata pembinaan sekolah berkenaan yang siap dalam tempoh hanya tiga bulan membuktikan kekuatan semangat gotong-royong masyarakat serta keprihatinan terhadap pembangunan pendidikan agama di negeri ini.

“Sekolah agama ini dibina sebagai permulaan melalui derma orang ramai yang sanggup menyumbang. Kerajaan negeri p**a akan membantu untuk membesarkan dan memperkukuhkan lagi sekolah ini,” katanya ketika merasmikan Sekolah Agama Negeri Apas Balung sempena lawatan kerja beliau ke daerah Tawau.

Menurut Hajiji, model pembinaan berasaskan sumbangan komuniti yang disokong kerajaan ini wajar dijadikan contoh dalam memperkasa pendidikan agama, khususnya di kawasan luar bandar.

Lebih membanggakan, sekolah ini turut menjadi perintis penggunaan teknologi AI dalam institusi pendidikan agama, selari dengan keperluan pendidikan masa hadapan.

“Ini bukan sekolah agama biasa. Ia adalah sekolah agama pertama yang menggunakan teknologi AI. Sangat menarik dan mencerminkan keperluan zaman yang semakin canggih,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa pendekatan berteraskan teknologi ini membuktikan pendidikan agama tidak ketinggalan dalam arus digital, malah mampu bergerak seiring dengan kemajuan semasa tanpa mengabaikan nilai dan akhlak.

Hajiji turut menyatakan bahawa Sekolah Agama Negeri Apas Balung berpotensi menjadi model rujukan kepada pembangunan sekolah-sekolah agama negeri dan sekolah agama rakyat lain di Sabah.

“Sekolah ini boleh dijadikan perintis dan contoh yang baik. Kita perlu menggunakan teknologi untuk bergerak ke hadapan, termasuk dalam pendidikan agama,” katanya.

Mengulas perancangan jangka panjang, beliau memaklumkan pihak pengurusan sekolah turut merancang untuk membangunkan Sekolah Menengah Agama Negeri pada masa hadapan bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam yang semakin meningkat.

Kerajaan negeri, katanya, bersedia membantu dari segi perancangan dan peruntukan bagi memastikan kesinambungan pembangunan institusi pendidikan agama yang berkualiti.

Pembinaan dan perasmian Sekolah Agama Negeri Apas Balung bukan sahaja melambangkan kejayaan kerjasama antara rakyat dan kerajaan, malah menjadi simbol transformasi pendidikan agama ke arah lebih moden, progresif dan berdaya saing, seiring tuntutan era digital.

Address

Peti Surat 1662, Apas Balung
Balung
TAWAU

Telephone

+60198136749

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AJK Pembinaan SAN & SMAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AJK Pembinaan SAN & SMAN:

Share