Team Profima Kedah

Team Profima Kedah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Team Profima Kedah, Baling.

Atas rasa penting Pendidikan Kemahiran dalam dunia Kreatif dikalangan Pelajar lepasan menengah, Profima mendapat sokonga...
29/08/2022

Atas rasa penting Pendidikan Kemahiran dalam dunia Kreatif dikalangan Pelajar lepasan menengah, Profima mendapat sokongan tawaran ini kepada anak-anak Ahli Profima yang berkelayakan dan berkemahuan.

Dunia kreatif mempunyai permintaan tinggi kepada yang punya kemahiran dan sijil sekarang dan akan datang.

Semoga bermanfaat kepada yang berminat. Meatech Creative Academy adalah Rakan Strategik Profima dalam dunia Pendidikan kreatif.


22 Ogos 2022Profima bersama ahli-ahlinya menyertai program pengurusan jenazah yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Rafieudi...
22/08/2022

22 Ogos 2022

Profima bersama ahli-ahlinya menyertai program pengurusan jenazah yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Rafieudin bin Zainal Rasid (Pengerusi SKUAD PENGURUSAN JENAZAH MALAYSIA- SPJM).

Program tuntutan agama memberi persediaan dan ilmu pengetahuan kepada semua peserta terlibat khususnya KRU Filem di bawah Profima.

Terima kasih semua yang terlibat terutama Team SPJM, Dato Tuan Asmawi, Ustaz Rafie, Ajk dan ketua Program En Zaidi@Botak.

Semoga memberi manfaat kepada semua yang terlibat.


CARUMAN PERKESO UNTUK KRU FILEM MALAYSIAProfima sudah dilantik menjadi AGEN KORPORAT PERKESO dan dibenarkan menguruskan ...
17/08/2022

CARUMAN PERKESO UNTUK KRU FILEM MALAYSIA

Profima sudah dilantik menjadi AGEN KORPORAT PERKESO dan dibenarkan menguruskan semua warga filem terutama Ahli Profima didalam mendapatkan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Profima menyeru semua ahli-ahlinya mengambil peluang untuk mencarum dalam skim ini kerana ada inisiatif Kerajaan sebanyak 80%, menjadikan bayaran caruman hanya RM46.60 setahun.

Profima melihat, Perkeso adalah Langkah baik didalam memastikan keselamatan dan perlindungan kru filem dilindungi dan terjaga semasa bekerja dan menjamin keluarga yang ditinggalkan.

Kepada semua Kru Filem dan Ahli Profima, sila hubungi pejabat profima untuk urusan caruman secepat mungkin demi menjaga risiko dalam kerjaya kita.




Skim Pekerjaan Sendiri adalah inisiatif Kerajaan untuk dimanfaatkan oleh KRU FILEM Malaysia kerana untuk tahun ini ada s...
26/07/2022

Skim Pekerjaan Sendiri adalah inisiatif Kerajaan untuk dimanfaatkan oleh KRU FILEM Malaysia kerana untuk tahun ini ada subsidi sehingga 80% dari jumlah caruman tahunan.

Semua ahli Profima digalakkan hadir dalam majlis taklimat ini yang akan menerangkan keseluruhan manfaat dari skim ini.

Semoga semua warga seni, khususnya ahli Profima bersama-sama mendapatkan maklumat terperinci kelebihan skim ini untuk kita pekerja belakang tabir.


25/07/2022

Professional Film Workers Association of Malaysia( PROFIMA) ialah sebuah pertubuhan perwakilan untuk tenaga kerja profesional filem Malaysia, ditubuhkan pada 23 September 1992. Dahulu dikenali sebagai Persatuan Pekerja Filem Malaysia sebelum bertukar nama pada 2009. Sehingga Januari 2022, PROFIMA mempunyai 22,500 ahli berdaftar dan 7,000 ahli aktif.Profima juga mempunyai cawangan disetiap negeri seluruh Malaysia dengan pengurusan oleh ketua negeri masing-masing.

10/07/2022
selamat hari raya aidiladha dari saya dan team profima kedah.
09/07/2022

selamat hari raya aidiladha dari saya dan team profima kedah.

TEAM PROFIMA KEDAH DAN KOPERASI AL NAJAH BERADA DI BALING UNTUK MISI BANTUAN BENCANA BANJIR DI BALING    Professional Fi...
08/07/2022

TEAM PROFIMA KEDAH DAN KOPERASI AL NAJAH BERADA DI BALING UNTUK MISI BANTUAN BENCANA BANJIR DI BALING



Professional Film Workers Association of Malaysia (PROFIMA)

alhamdulilah kepada penyumbang untuk bantuan bencana banjir di baling terima kasih sapot kami team profima cawangan keda...
07/07/2022

alhamdulilah kepada penyumbang untuk bantuan bencana banjir di baling terima kasih sapot kami team profima cawangan kedah dan al-najah untuk misi bantuan dibaling



Profima

sama2 lah kita menyumbang untuk tabung prihatin mangsa banjir baling kedah
05/07/2022

sama2 lah kita menyumbang untuk tabung prihatin mangsa banjir baling kedah

BENGKEL "ONLINE" BULANAN PROFIMAProfima meneruskan aktiviti kelas Online untuk Kru Filem Malaysia seluruh negara dalam m...
04/07/2022

BENGKEL "ONLINE" BULANAN PROFIMA

Profima meneruskan aktiviti kelas Online untuk Kru Filem Malaysia seluruh negara dalam memberi ilmu pengetahuan kemahiran khususnya berkaitan kerjaya industri filem.

Untuk kali ni Bengkel Online Profima menampilkan Tenaga Pengajar berpengalaman CIK NIDAL, yang akan membimbing peserta berkaitan "SET DECORATION".

Seluruh kru samada filem, drama dan kandungan penerbitan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, digalakkan bersama-sama didalam majlis ilmu ini demi menambahkan pengetahuan serta perkongsian pengalaman bersama.

Jangan lepaskan peluang terbaik ini pada masa dan tarikh yang ditetapkan. Kepada yang belum berdaftar sila clik link dibawah https://forms.gle/u4Pm4yC9eHckr6ou6




Address

Baling

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Team Profima Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share