ILIPP - Institut Latihan Islam Pulau Pinang

Call Contact the organization

ILIPP - Institut Latihan Islam Pulau Pinang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ILIPP - Institut Latihan Islam Pulau Pinang, Community Center, INSTITUT LATIHAN ISLAM PULAU PINANG, Balik Pulau.

21/08/2026
Alhamdulillah...pihak ILIPP telah selesai menganjurkan Kursus Penyiasatan Forensik Di Tempat Kejadian Jenayah. Kursus in...
19/08/2026

Alhamdulillah...pihak ILIPP telah selesai menganjurkan Kursus Penyiasatan Forensik Di Tempat Kejadian Jenayah. Kursus ini berlangsung selama 2 hari (18-19 Ogos 2026).

Kursus ini telah disampai oleh Pegawai PDRM dari Unit Forensik dari IPK Pulau Pinang. Para peserta diberi peluang untuk melakukan simulasi penyiasatan tempat kejadian jeneyah. Tahniah kepada peserta yang telah memberikan komitmen yang penuh dalam menjayakan simulasi berkenaan.

Semoga kursus ini memberi manfaat dan panduan kepada peserta dalam menjalankan tugasan mereka. Terima kasih juga diucapkan kepada pegawai dan anggota PDRM yang terlibat menjayakan kursus ini.πŸ˜€πŸ‘

KURSUS INSTRUMENT PENGURUSAN HARTA: LUQATAH DAN HARTA SYUBHAHπŸ’‘ Urus Harta Dengan Amanah, Elak Syubhah, Jaga KeberkatanBa...
18/08/2026

KURSUS INSTRUMENT PENGURUSAN HARTA: LUQATAH DAN HARTA SYUBHAH

πŸ’‘ Urus Harta Dengan Amanah, Elak Syubhah, Jaga Keberkatan

Bagaimanakah cara yang betul untuk mengurus harta luqatah dan harta syubhah mengikut prinsip syarak? Apakah prosedur penerimaan, penyimpanan, pengurusan dan penyerahan harta yang perlu dilaksanakan oleh sesebuah institusi?

Justeru, Institut Latihan Islam Pulau Pinang (ILIPP) menganjurkan Kursus Instrument Pengurusan Harta: Luqatah dan Harta Syubhah bagi memberikan kefahaman serta kemahiran praktikal dalam pengurusan harta yang ditemui dan harta yang mempunyai unsur syubhah.

🎯 Antara fokus kursus:
βœ… Memahami konsep dan hukum Luqatah serta Harta Syubhah
βœ… Mengetahui instrumen pengurusan harta menurut syarak
βœ… Memahami prosedur penerimaan, penyimpanan dan pengagihan harta
βœ… Memperkasa tadbir urus harta secara telus, amanah dan berintegriti
βœ… Membincangkan kes sebenar serta amalan terbaik dalam pengurusan harta

πŸ“… Tarikh: 6 – 7 Oktober 2026
⏰ Masa: 9.00 pagi
πŸ’° Yuran: PERCUMA
πŸ“ Tempat: Institut Latihan Islam Pulau Pinang (ILIPP), Jalan Pantai Aceh, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang

⚠️

πŸ“² Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam pengurusan harta berlandaskan syarak.

πŸ‘‰ Daftar sekarang dan sertai kursus ini!

πŸ“ž Sebarang pertanyaan: 019-572 2771
https://forms.gle/tRTPTkCP7nk86GyN9

KEM TRANSFORMASI AKADEMIK SMK SERI BAYU 🌟Alhamdulillah, telah berlangsung Kem Transformasi Akademik anjuran Sekolah Mene...
16/08/2026

KEM TRANSFORMASI AKADEMIK SMK SERI BAYU 🌟

Alhamdulillah, telah berlangsung Kem Transformasi Akademik anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bayu di Institut Latihan Islam Pulau Pinang (ILIPP) pada 14 – 15 Ogos 2026.

Kem ini menjadi platform yang bermakna dalam membantu para peserta memperkukuh motivasi, membina keyakinan diri serta meningkatkan semangat untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. πŸ“šβœ¨

Semoga segala ilmu, pengalaman dan pengisian yang diperoleh sepanjang kem ini dapat menjadi pemangkin kepada kejayaan para pelajar serta membentuk generasi yang lebih berdisiplin, berdaya saing dan cemerlang pada masa hadapan.

Terima kasih diucapkan kepada pihak SMK Seri Bayu atas kepercayaan memilih ILIPP sebagai lokasi pelaksanaan program.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua peserta! πŸ’ͺπŸ“–πŸŒŸ






BENGKEL PEMANTAPAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARANBAHAGIAN KESIHATAN AWAM JABATAN KESIHATAN NEGERI SEMBILANAlham...
13/08/2026

BENGKEL PEMANTAPAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
BAHAGIAN KESIHATAN AWAM JABATAN KESIHATAN NEGERI SEMBILAN

Alhamdulillah, telah selesai Bengkel Pemantapan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran anjuran Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan yang berlangsung pada 11 hingga 13 Ogos 2026 bertempat di Institut Latihan Islam Pulau Pinang (ILIPP).

Bengkel ini menjadi platform yang amat bermakna dalam memperkukuh pengetahuan, kemahiran serta kompetensi Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

Pihak ILIPP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan atas kesudian memilih dan menjayakan penganjuran bengkel di ILIPP.

Semoga kerjasama dan sinergi yang terjalin ini dapat terus diperkukuh demi kecemerlangan perkhidmatan kesihatan awam. 🀝✨

Alhamdulillah, telah selesai Kursus Teknikal Kaedah Pembahagian Harta Pusaka Islam yang berlangsung selama 2 hari, pada ...
12/08/2026

Alhamdulillah, telah selesai Kursus Teknikal Kaedah Pembahagian Harta Pusaka Islam yang berlangsung selama 2 hari, pada 11 hingga 12 Ogos 2026 bertempat di Institut Latihan Islam Pulau Pinang (ILIPP).

Kursus ini memberi pendedahan dan pemahaman kepada para peserta berkaitan kaedah teknikal dalam pembahagian harta pusaka Islam, di samping memperkukuh pengetahuan dan kemahiran dalam mengurus serta menyelesaikan urusan berkaitan harta pusaka secara lebih teratur dan berkesan.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan serta diaplikasikan dalam tugasan dan perkhidmatan masing-masing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para peserta, penceramah serta semua pihak yang telah menjayakan kursus ini. 🀝

11/08/2026
πŸŒ™ KEM MUKHAYYAM ARABI SPM 2026 πŸŒ™7 – 9 Ogos 2026 | ILIPP, Balik PulauAlhamdulillah, telah berlangsung Program Kem Mukhayy...
10/08/2026

πŸŒ™ KEM MUKHAYYAM ARABI SPM 2026 πŸŒ™
7 – 9 Ogos 2026 | ILIPP, Balik Pulau

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Kem Mukhayyam Arabi SPM 2026 bertempat di Institut Latihan Islam Pulau Pinang (ILIPP) pada 7 hingga 9 Ogos 2026.

Program ini merupakan satu inisiatif Zakat MAINPP dalam memperkasa penguasaan Bahasa Arab serta membantu para calon SPM 2026 membuat persediaan yang lebih mantap dalam menghadapi peperiksaan.

Program ini telah berjalan dengan kehadiran seramai 120 orang pelajar dri 16 buah sekolah dan 20 orang guru serta urusetia Zakat MAINPP bagi menyemarakkan lagi suasana program melalui pelbagai aktiviti pembelajaran, perkongsian ilmu, pembinaan sahsiah serta pengukuhan ukhuwah dalam kalangan pelajar.

Sepanjang program, para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran, pengukuhan kemahiran Bahasa Arab, pembinaan keyakinan diri serta aktiviti yang menyemai semangat kerjasama dan ukhuwah.

πŸ’ Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Zakat MAINPP atas kepercayaan memilih ILIPP sebagai lokasi penganjuran Kem Mukhayyam Arabi SPM 2026.

Kesudian pihak Zakat MAINPP mengadakan program ini di ILIPP amatlah dihargai dan mencerminkan komitmen bersama dalam menyokong usaha pembangunan pendidikan serta kecemerlangan generasi muda.

Pihak ILIPP turut berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada program yang menghimpunkan para pelajar dan guru dalam suasana pembelajaran yang kondusif, di samping memperkukuh jalinan kerjasama antara pihak Zakat MAINPP dan ILIPP.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai-nilai yang diperoleh sepanjang kem menjadi bekalan berharga buat para pelajar untuk melakar kejayaan dalam SPM 2026. πŸ“šβœ¨

Ψ¨Ψ§Ω„ΨͺΩˆΩΩŠΩ‚ ΩˆΨ§Ω„Ω†Ψ¬Ψ§Ψ­ في SPM 2026!
Semoga berjaya dan dipermudahkan segala urusan. 🀲






🌟 KEM ASPIRASI TINGKATAN 4 SABK PULAU PINANG 2026 🌟Alhamdulillah, pada 5 Ogos 2026 (Rabu) telah berlangsung Kem Aspirasi...
05/08/2026

🌟 KEM ASPIRASI TINGKATAN 4 SABK PULAU PINANG 2026 🌟

Alhamdulillah, pada 5 Ogos 2026 (Rabu) telah berlangsung Kem Aspirasi Tingkatan 4 SABK Pulau Pinang 2026 bertempat di Institut Latihan Islam Pulau Pinang (ILIPP).

Program ini telah menghimpunkan seramai 89 orang pelajar Tingkatan 4 daripada Maahad Al Mashoor Al Islami dan SMA Tarbiah Islamiah.

Pelbagai pengisian bermanfaat telah disediakan bagi membantu para pelajar memperkukuhkan hala tuju pendidikan, meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan mental serta memupuk kemahiran kepimpinan, kerjasama dan pembangunan sahsiah diri.

Antara pengisian program ialah:
βœ… Hala Tuju Pelajar
βœ… Kesihatan Mental
βœ… Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
βœ… Aktiviti Interaktif & Refleksi

Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai yang diperoleh sepanjang program ini menjadi bekalan yang bermanfaat dalam membentuk generasi pelajar yang cemerlang, berdaya saing dan berakhlak mulia.

🀝 Setinggi-tinggi penghargaan daripada pihak Institut Latihan Islam Pulau Pinang (ILIPP) kepada pihak Maahad Al Mashoor Al Islami dan SMA Tarbiah Islamiah atas kesudian memilih ILIPP sebagai lokasi penganjuran program ini.

Terima kasih atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan. Semoga jalinan ukhuwah serta kolaborasi ini terus diperkukuhkan demi manfaat pembangunan pendidikan dan modal insan pada masa akan datang.

Terima kasih dan selamat maju jaya kepada semua peserta!

Address

INSTITUT LATIHAN ISLAM PULAU PINANG
Balik Pulau
11000

Telephone

+60194474553

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ILIPP - Institut Latihan Islam Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to ILIPP - Institut Latihan Islam Pulau Pinang:

Shortcuts

Share