Kelab Belia Sejahtera Balik Pulau

Call Contact the organization

Kelab Belia Sejahtera Balik Pulau Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Belia Sejahtera Balik Pulau, Non-Governmental Organization (NGO), Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Barat Daya, Balik Pulau.

🏸 BADMINTON TOURNAMENT 2026🏸BALIK PULAU - Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Badminton Tournament 2...
16/09/2026

🏸 BADMINTON TOURNAMENT 2026🏸

BALIK PULAU - Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Badminton Tournament 2026 pada 12 September 2026 bertempat di SJK (C) Chong Teik, Pulau Pinang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, urusetia, dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. 🤝✨

Tahniah kepada semua peserta atas semangat kesukanan, komitmen dan persaingan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan. 🏸🔥

Semoga program ini dapat menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kesukanan serta menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan belia.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua! ❤️

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙Kelab Belia Sejahtera Balik Pulau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ...
19/03/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙
Kelab Belia Sejahtera Balik Pulau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam.

Semoga kehadiran Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kesejahteraan, dan kebahagiaan kepada kita semua. Di kesempatan ini, kami juga ingin memohon maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan.

Semoga silaturahim terus diperkukuhkan dan semangat perpaduan sentiasa terpelihara.

✨ Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ✨

RAKAN MUDA RAMADAN X RAKAN MASJID 🌙✨17 Mac 2026 – Program Rakan Muda Ramadan X Rakan Masjid telah melabuhkan tirai denga...
18/03/2026

RAKAN MUDA RAMADAN X RAKAN MASJID 🌙✨

17 Mac 2026 – Program Rakan Muda Ramadan X Rakan Masjid telah melabuhkan tirai dengan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana yang penuh keberkatan.

Kelab Belia Sejahtera Balik Pulau berbangga menjadi rakan strategik dalam menjayakan program ini bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, SMK Pondok Upeh dan Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya. Seramai 100 pelajar telah menyertai tadarus sepanjang tiga minggu pelaksanaan.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Semoga usaha ini terus melahirkan belia yang seimbang dan berakhlak mulia 💙

Salam Nuzul Al-Quran 1447HKelab Belia Sejahtera Balik Pulau mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam.N...
06/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran 1447H

Kelab Belia Sejahtera Balik Pulau mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam.

Nuzul Al-Quran mengingatkan kita tentang turunnya kitab suci Al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat untuk seluruh manusia. Semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Marilah kita bersama-sama menghayati keindahan dan hikmah Al-Quran, agar ia menjadi panduan dalam membentuk masyarakat yang berilmu, berakhlak dan sejahtera.

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang paling lurus.”
(Surah Al-Isra’: 9)

Ikhlas daripada,
Kelab Belia Sejahtera Balik Pulau

🌙 Marhaban Ya Ramadan 🌙Kelab Belia Sejahtera Balik Pulau mengucapkanSelamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak. Semoga b...
17/02/2026

🌙 Marhaban Ya Ramadan 🌙
Kelab Belia Sejahtera Balik Pulau mengucapkan
Selamat Menyambut Bulan Ramadan
Al-Mubarak. Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, keinsafan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.
✨ Tingkatkan amal, perbanyakkan sabar,
dan semarakkan semangat kebersamaan. ✨
Ramadan Kareem…

Ikhlas daripada
Kelab Belia Sejahtera Balik Pulau

✨Selamat Tahun Baharu✨Kelab Belia Sejahtera Balik Pulau merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Tahun Baharu kepada se...
31/12/2025

✨Selamat Tahun Baharu✨

Kelab Belia Sejahtera Balik Pulau merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Tahun Baharu kepada seluruh ahli, rakan kerjasama serta komuniti setempat. Semoga tahun baharu ini membawa kesejahteraan, keharmonian dan kejayaan yang berterusan dalam setiap aspek kehidupan.

Seiring dengan permulaan tahun yang baharu, kelab ini akan terus komited dalam memperkasa golongan belia melalui pelbagai program dan inisiatif yang berimpak positif. Usaha berterusan ini diharap dapat menyemai semangat kepimpinan, kesukarelawanan dan perpaduan dalam kalangan belia Balik Pulau.

Kami amat menghargai sokongan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang tahun lalu. Marilah kita bersama-sama melangkah ke hadapan dengan iltizam yang kukuh demi membina komuniti yang lebih progresif, bersatu padu dan sejahtera.

Sekian, terima kasih.

Address

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Barat Daya
Balik Pulau
11000

Telephone

+60164278863

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Belia Sejahtera Balik Pulau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Belia Sejahtera Balik Pulau:

Shortcuts

Share