JPKKP Teluk Bahang

JPKKP Teluk Bahang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JPKKP Teluk Bahang, Community Organization, Jalan teluk bahang, Balik Pulau.

25 August 2026 | Selasa | Teluk Bahang 5PTG Sambutan Maulidur Rasul Bersama penduduk Teluk  Bahang ✨ Sambutan ini juga d...
25/08/2026

25 August 2026 | Selasa | Teluk Bahang

5PTG

Sambutan Maulidur Rasul Bersama penduduk Teluk Bahang ✨ Sambutan ini juga disertai oleh perlbagai persatuan seperti JPKKP TELUK BAHANG , JPKKP TELUK AWAK , MASJID JAMEK TELUK BAHANG , MUSLIMAT MASJID JAMEK DAN ZAWIYAH NUR HIDAYATUS SIBYAN .

Sambutan maulidur rasul ini Dapat Meningkatkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW , Mengeratkan silaturahim dan perpaduan , Memupuk akhlak yang baik , Menambah ilmu tentang sirah Rasulullah SAW , Menggalakkan kerjasama antara persatuan dan masyarakat.

25/08/2026

VIDE TERIDAH 🥺🌙 MAULIDURRASUL 2026 TELUK BAHANG

🌙 Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ 🌙

Salam Maulidur Rasul daripada warga Teluk Bahang.

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ dengan memperbanyakkan selawat serta menghayati sunnah dan akhlak mulia Baginda.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ terus subur dalam hati, dan semoga kita semua dikurniakan keberkatan, rahmat serta syafaat Baginda di akhirat kelak.“Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad.”🌹 Salam Maulidur Rasul 1448H daripada seluruh warga Teluk Bahang. 🌹

1 Julai 2026 | Rabu | Taman Negara Teluk Bahang . 1PTG Skuad Bencana dan Penyelamat Teluk Bahang di bawah JPKKP T. Bahan...
01/07/2026

1 Julai 2026 | Rabu | Taman Negara Teluk Bahang .

1PTG

Skuad Bencana dan Penyelamat Teluk Bahang di bawah JPKKP T. Bahang dan Telok Awak membantu menyelamat bot pelancong Terbalik dan hampir karam di Taman Negara Alhamdullillah tiada Kemalangan jiwa dilaporkan semua pelancong dan caption boat selamat .

“ BERKHIMAT UNTUK MASYARAKAT “

1 Julai 2026 | Rabu | Bahang Bay 3PTG   Mensyuarat khas di pengerusikan Dato Dr. Shaedan untuk program visit my kampung ...
01/07/2026

1 Julai 2026 | Rabu | Bahang Bay

3PTG

Mensyuarat khas di pengerusikan Dato Dr. Shaedan untuk program visit my kampung yg akn di anjurankan oleh Perda
terima kasih kepada semua Pemimpin2 masyarakat yg hadir untuk kita jaya kan program nanti.

“ BERKHIMAT UNTUK MASYARAKAT “


29/6/26 | Isnin | Kampung Teluk Awak9.30amHujan lebat di Teluk BahangTerdapat 2 jalan ke kampung Teluk Awak di halang ol...
29/06/2026

29/6/26 | Isnin | Kampung Teluk Awak

9.30am

Hujan lebat di Teluk Bahang
Terdapat 2 jalan ke kampung Teluk Awak di halang oleh pokok tumbang. Terima kasih Skuad Bencana Dan Penyelamat Teluk Bahang di bawah JPKKP Teluk Bahang Dan Telok Awak membantu memotong pokok dan membersihkan laluan.

“ BERKHIMAT UNTUK MASYARAKAT “

23 Jun 2026 | Selasa | Teluk Bahang MESYUARAT MENGENAI PENYELARASAN PROGRAM VISIT MYKAMPUNG TELUK BAHANGSatu Perjumpaan ...
24/06/2026

23 Jun 2026 | Selasa | Teluk Bahang

MESYUARAT MENGENAI PENYELARASAN PROGRAM VISIT MYKAMPUNG TELUK BAHANG

Satu Perjumpaan , mengenai Mesyuarat Penyelarasan Program Visit MyKampung Teluk Bahang Daerah Barat Daya, Pulau Pinang ‼️

Mesyuarat ini juga disertai oleh en. Afzainizam , pengerusi JPKKP Teluk Bahang , en. Rosman Omar pengerusi JPKKP Teluk Awak , en. Zuki Hassan , Setiausaha JPKKP Teluk Bahang , en. Mohd Ali Jabbar Setiausaha Teluk Awak Bersama AJK JPKKP Teluk bahang & AJK JPKKP Teluk Awak Serta Wakil Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang ( PERDA ) .

Program seperti ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin masyarakat dan penduduk, malah menjadi platform untuk memahami keperluan serta permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat setempat.

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi memupuk nilai kasih sayang, kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat, selaras dengan aspirasi membina komuniti yang lebih sejahtera, harmoni dan bersatu padu.

"BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT"

19 Jun 2026 | 11 PM | Teluk Bahang Jalan kampung ke Teluk Awak  terdapat sebatang pokok tumbang menghalang laluan. Terim...
19/06/2026

19 Jun 2026 | 11 PM | Teluk Bahang

Jalan kampung ke Teluk Awak terdapat sebatang pokok tumbang menghalang laluan. Terima kasih Skuad Penyelamat dan Bencana Teluk Bahang membantu memotong.dan bertindak dgn pantas .

17 Jun 2026 | Rabu | Rumah UMNO Teluk Awak  Satu Perjumpaan , Suai Kenal Semua Ahli AJK Teluk Bahang & Teluk Awak ‼️ Alh...
18/06/2026

17 Jun 2026 | Rabu | Rumah UMNO Teluk Awak

Satu Perjumpaan , Suai Kenal Semua Ahli AJK Teluk Bahang & Teluk Awak ‼️

Alhamdulillah telah berlangsung sesi suaikenal bersama barisan Pengerusi JPKKP, Setiausaha JPKKP serta Ahli Jawatankuasa Teluk Bahang Dan Teluk Awak .

Pertemuan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan, membincangkan isu-isu semasa serta memperkukuhkan kerjasama dalam usaha memperkasakan peranan JPKKP demi kesejahteraan penduduk Teluk Awak & Teluk Bahang .

Insya-Allah, gerak kerja JPKKP akan terus diperkemaskan agar segala perancangan dan inisiatif yang dilaksanakan dapat memberikan manfaat terbaik kepada masyarakat serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam membangunkan komuniti Teluk Bahang

4 Jun 2026 | khamis | Teluk Bahang Satu Perjumpaan , Suai Kenal Semua Ahli AJK & Sembang Santai ‼️ Alhamdulillah telah b...
18/06/2026

4 Jun 2026 | khamis | Teluk Bahang

Satu Perjumpaan , Suai Kenal Semua Ahli AJK & Sembang Santai ‼️

Alhamdulillah telah berlangsung sesi suaikenal bersama barisan Pengerusi JPKKP, Setiausaha JPKKP serta Ahli Jawatankuasa.

Pertemuan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan, membincangkan isu-isu semasa serta memperkukuhkan kerjasama dalam usaha memperkasakan peranan JPKKP demi kesejahteraan penduduk Teluk Awak & Teluk Bahang .

Insya-Allah, gerak kerja JPKKP akan terus diperkemaskan agar segala perancangan dan inisiatif yang dilaksanakan dapat memberikan manfaat terbaik kepada masyarakat serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam membangunkan komuniti Teluk Bahang .

Address

Jalan Teluk Bahang
Balik Pulau
11100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKKP Teluk Bahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share