DARUL BAYAN

DARUL BAYAN DAKWAH & KEBAJIKAN

Selamat Menjalani Ibadah Puasa pada seluruh umat Islam 🌙يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ ...
18/02/2026

Selamat Menjalani Ibadah Puasa pada seluruh umat Islam 🌙

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”

(Al-Baqarah: 183)

Semoga Ramadhan tahun ini menjadi Bulan Ramadhan yang lebih bermakna buat kita semua🤲🌙

18/11/2025

( BERITA DUNIA )

KEMATIAN RAKYAT PALESTIN DALAM TAHANAN PENJARA ISRAEL

Dalam tempoh dua tahun terakhir, laporan berita mendedahkan situasi yang amat membimbangkan malah mengesahkan tahap kezaliman sistemik dalam pusat tahanan Israel.

Sekurang-kurangnya 98 rakyat Palestin telah meninggal dunia ketika dalam tahanan Israel.

Daripada jumlah itu:

- 46 orang meninggal dunia di penjara milik Israel Prison Service (IPS).

- 52 orang meninggal dunia di bawah tahanan tentera Israel.

Di kem tahanan tentera Sde Teiman, yang terkenal dengan penyeksaan fizikal, pengabaian perubatan, penghinaan, dan layanan tidak berperikemanusiaan, laporan menyebut sekurang-kurangnya 29 kematian berlaku di sana sahaja.

Angka ini bukan sekadar statistik ia membuktikan wujudnya penderaan terancang, penyeksaan berulang dan kejahatan terhadap tahanan Palestin, yang kebanyakannya ditahan tanpa proses undang-undang yang adil.

Di balik tembok penjara Israel, kezaliman berlaku tanpa saksi, meninggalkan luka yang tidak pernah sembuh pada rakyat Palestin dan seluruh dunia yang menyaksikan.




Tahniah buat semua kanak-kanak yang menyertai acara mewarna di Forum SUMUD DEMI PALESTIN.Semoga menjadi insan yang Soleh...
17/11/2025

Tahniah buat semua kanak-kanak yang menyertai acara mewarna di Forum SUMUD DEMI PALESTIN.

Semoga menjadi insan yang Soleh dan solehah, dirahmati dan dilindungi Allah SWT🤲🇵🇸

Alhamdulillah setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh barisan Ahli jawatankuasa penganjur dan Masjid At-Taqwa Taman Ser...
17/11/2025

Alhamdulillah setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh barisan Ahli jawatankuasa penganjur dan Masjid At-Taqwa Taman Serai Maju, para penaja dan penyumbang di atas kerjasama yang sangat baik bagi melaksanakan forum SUMUD DEMI PALESTIN.

Juga jutaan terima kasih buat Ahli Panel yang hadir, sukarelawan dan seluruh jemaah yang hadir pada malam tadi.

Sungguh kagum dengan segala perkongsian dan pengalaman yang disampaikan oleh barisan panel jemputan.

Semoga usaha ini dapat memupuk semangat anak bangsa agar terus menyokong akan kebebasan buat saudara kita di Gaza.

"SUMUD DEMI PALESTIN"

13/11/2025

"SUMUD DEMI PALESTIN"

Jom ramai-ramai hadir bersama kita bangkit demi saudara seagama yang sedang berjuang di bumi Palestin!
Sertai kami dalam “Forum Sumud Demi Palestin”, sebuah medan ilmu dan kesedaran yang akan meniupkan api semangat perjuangan dalam diri kita semua!

Jangan biarkan penderitaan rakyat Palestin berlalu tanpa tindakan, hadirkan diri anda, dengarkan suara kebenaran, hayati kisah perjuangan sebenar, dan bersama kita bangunkan gelombang solidariti ummah!

Inilah masanya untuk kita berdiri teguh dengan sumud, yakni keteguhan jiwa dan keyakinan bahawa kebangkitan itu pasti tiba!

Datanglah beramai-ramai, bawa keluarga, rakan, dan sahabat kerana perjuangan ini bukan milik mereka sahaja, tetapi milik seluruh umat Islam yang cinta akan kebenaran dan keadilan. 🌿✨

Tarikh : 16 November 2025
Masa : Selepas Solat Isyak
Tempat : Dewan Al-Mizan Masjid At-Taqwa Taman Serai Maju Bagan Serai Perak

Dunia sedang melihat. Sejarah sedang dicatat. Pada ketika ini, kita mempunyai pilihan, samada bersuara atau hanya berdia...
22/10/2025

Dunia sedang melihat. Sejarah sedang dicatat. Pada ketika ini, kita mempunyai pilihan, samada bersuara atau hanya berdiam diri di bawah selimut. Suara anda adalah suara yang berhak didengari oleh pihak berkuasa.. Zaman ini semuanya mudah, hanya di hujung jari. Tidak mustahil mereka mendengar suara kita.

INGAT‼️Genjatan senjata hanya untuk mengaburi mata dunia untuk bediam diri… sudah berkali-kali mereka mencabuli hak dan undang - undang genjatan senjata..

Saudara kita masih dalam ketakutan, tiada yang menjamin keselamatan mereka walaupun dalam genjatan senjata. Adakah kita hanya memilih untuk berdiam diri? Hanya melihat dan mendengar suara tangisan anak kecil kehilangan orang tua mereka? Suara ibu bapa yang kehilangan bayi-bayi mereka? Adakah kita sudah cukup berjuang demi saudara kita?

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

“Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya (suara); dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya — dan itulah selemah-lemah iman.”
(Hadis Riwayat Muslim)
: Walaupun tidak mampu berjuang secara fizikal, bersuara menentang kezaliman adalah satu bentuk jihad yang diiktiraf kerana suara yang benar juga senjata dalam mempertahankan kebenaran.

Maka kami menyeru seluruh insan yang berhati mulia terutamanya di kawasan Kerian untuk sama - sama kita membawa suara saudara kita, menjadi wakil untuk setiap Ibu, bapa dan anak-anak yang sedang berjuang demi kelangsungan hidup mereka.

Jom Sertai kami dalam program Sumud Demi Palestine 🇵🇸 demi suara yang dibungkam, demi mereka yang kelaparan, demi hak yang dirampas.

“Bumi yang disiram darah para syuhada tidak akan pernah padam sinarnya.
Palestin bukan sekadar tanah ia adalah maruah umat‼️”

Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam, kh...
06/06/2025

Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam, khususnya kepada keluarga, sahabat handai, rakan sekerja, dan seluruh masyarakat yang kami kasihi.

Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi sebuah peringatan agung tentang nilai pengorbanan, keikhlasan, ketaatan, dan keimanan. la mengingatkan kita kepada kisah Nabi Ibrahim a.s. dan anakandanya Nabi Ismail a.s. yang menjadi simbol ketaatan mutlak kepada perintah Allah SWT.

Semangat inilah yang seharusnya kita hayati dan amalkan dalam kehidupan seharian - berkorban demi kebaikan, demi keluarga, masyarakat, dan agama.

Dalam suasana hari yang mulia ini, marilah kita mengambil kesempatan untuk mengeratkan silaturrahim, memaafkan kesalahan antara satu sama lain, serta berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan.

Semoga setiap titisan peluh, setiap niat baik, dan setiap pengorbanan kita - walau sekecil mana pun - dinilai tinggi di sisi Allah SWT.
Kepada mereka yang menunaikan ibadah korban, semoga ibadah anda diterima dan diberkati. Kepada yang berada jauh dari keluarga, semoga ukhuwah tetap utuh dan kasih sayang terus mengalir walaupun berjauhan.

Taqabbalallahu minna wa minkum.
Semoga Aidiladha ini membawa seribu keberkatan dan rahmat buat kita semua.

Ikhlas daripada,
[DARUL BAYAN]

Address

Bagan Serai

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DARUL BAYAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share