Rumah Kebajikan Darul Islah

Rumah Kebajikan Darul Islah Pusat Rawatan Pemulihan dan Pendidikan

06/02/2026
๐ŸŒ™ Salam Israk Mikraj 1447 Hijrah ๐ŸŒ™Semoga peristiwa agung Israk dan Mikraj ini menjadi titik muhasabah buat kita semua un...
16/01/2026

๐ŸŒ™ Salam Israk Mikraj 1447 Hijrah ๐ŸŒ™

Semoga peristiwa agung Israk dan Mikraj ini menjadi titik muhasabah buat kita semua untuk memperbaiki hubungan dengan Allah SWT, khususnya dalam menjaga solat yang menjadi tiang agama.

Rumah Kebajikan Darul Islah mengucapkan Salam Israk Mikraj 1447 Hijrah.
Moga kita terus diberi kekuatan untuk berhijrah menjadi insan yang lebih baik, beriman dan beramal.

๐Ÿคฒ โ€œDirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.โ€ (Al-Ankabut: 45)





Rumah Kebajikan Darul Islah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Sel...
30/10/2025

Rumah Kebajikan Darul Islah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) khususnya Bahagian Pembangunan Sosial & Pemulihan Ar Riqab, atas penganjuran Kursus Pemantapan Pengurusan dan Pentadbiran Institusi/RPR Ar Riqab yang telah berlangsung pada 28โ€“29 Oktober 2025.

Program selama dua hari ini amat signifikan dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama dan kolaborasi antara tiga Institusi Ar Riqab di bawah pengurusan MAIS serta 26 Institusi Ar Riqab di bawah NGO dan pihak swasta, yang kini memberikan khidmat secara bersepadu kepada lebih 1,200 asnaf Ar Riqab di seluruh negara.

Golongan sasaran merangkumi kes-kes keruntuhan akidah, akhlak, gejala sosial, LGBT, buli, penagihan dadah dan pelbagai bentuk permasalahan sosial yang semakin mencabar dalam masyarakat hari ini.

Usaha murni pihak MAIS bersama semua pengusaha dan pengurus RPR di Negeri Selangor ini wajar dijadikan contoh serta diperluaskan ke seluruh negeri sebagai langkah holistik dalam memberi solusi berkesan kepada permasalahan generasi umat Islam masa kini.

Alhamdulillah, semoga segala usaha dan kolaborasi ini terus diberkati dan menjadi sebab terbukanya pintu-pintu kebaikan serta keberkatan buat semua.

Terima kasih dan tahniah kepada pihak MAIS serta semua pengusaha Institusi Ar Riqab atas dedikasi yang tinggi.

๐ŸŒน Ucapan Takziah ๐ŸŒนInna lillahi wa inna ilaihi rajiโ€™unPihak Keluarga Besar Darul Islah merakamkan ucapan takziah dan rasa...
10/09/2025

๐ŸŒน Ucapan Takziah ๐ŸŒน

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiโ€™un

Pihak Keluarga Besar Darul Islah merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian ahli keluarga kami yang dikasihi.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah SWT, ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh, serta diberi kelapangan kubur.

Kepada keluarga yang ditinggalkan, semoga tabah dan sabar menerima ketentuan Ilahi, dan semoga Allah mengurniakan ganjaran pahala atas kesabaran ini.

Al-Fatihah

AL-FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH BUAT AHLI KELUARGA KAMI ALLAHYARHAM MOHD NAWAWI BIN MASROL Abah Istiqamah

kami menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Encik Mohd Nawawi bin Masrol, Pembantu Antidadah, AADK Daerah Temerloh, Pahang yang telah kembali ke rahmatullah pada , 10 September 2025 (Rabu) bersamaan 17 Rabiul Awal 1447H.

Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.






โœจ๐ŸŒ™ Sambutan Malam Maulidurrasul & Perarakan Maulidurrasul 1447H ๐ŸŒ™โœจPada 4 September 2025, Rumah Kebajikan Darul Islah tel...
05/09/2025

โœจ๐ŸŒ™ Sambutan Malam Maulidurrasul & Perarakan Maulidurrasul 1447H ๐ŸŒ™โœจ

Pada 4 September 2025, Rumah Kebajikan Darul Islah telah mengadakan sambutan malam Maulidurrasul yang penuh dengan kasih dan rindu kepada junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ.

Para pelatih bersama asatizah serta warga Darul Islah berganding bahu mengimarahkan majlis dengan perarakan selawat, laungan kecintaan kepada Rasulullah ๏ทบ, serta mengibarkan panji Islam dengan penuh semangat.

Semoga majlis ini menambahkan cinta, syafaat, dan berkat dalam kehidupan kita semua.

๐ŸŒธ Salam Maulidur Rasul 1447H / 2025M ๐ŸŒธBersempena dengan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita memper...
05/09/2025

๐ŸŒธ Salam Maulidur Rasul 1447H / 2025M ๐ŸŒธ

Bersempena dengan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita memperbanyakkan selawat serta meneladani akhlak baginda yang menjadi rahmat buat seluruh alam.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูู‘ู…ู’

Moga kita semua mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak. โœจ

Ikhlas daripada,
Rumah Kebajikan Darul Islah

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ Sambutan Bulan Kemerdekaan di Darul Islah โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAlhamdulillah, para pelatih dan kakitangan Rumah Kebajikan Darul Islah ...
31/08/2025

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ Sambutan Bulan Kemerdekaan di Darul Islah โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Alhamdulillah, para pelatih dan kakitangan Rumah Kebajikan Darul Islah turut bersama menyemarakkan semangat patriotisme sempena bulan kemerdekaan ini. Dengan kibaran Jalur Gemilang, kami didik jiwa cinta tanah air agar terus subur dalam diri setiap generasi muda.

Merdeka bukan sekadar bebas dari penjajah, tetapi erti sebenar merdeka adalah apabila kita membebaskan diri daripada sifat negatif, serta membina diri menjadi insan yang berdisiplin, berakhlak mulia dan berguna untuk agama, bangsa serta negara.

๐Ÿ’š๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ โ€œDi Sini Lahirnya Sebuah Cintaโ€




๐ŸŒŸ Alhamdulillah & Tahniah ๐ŸŒŸPelatih Darul Islah telah berjaya menamatkan Kem Smart Ibadah Anak Bina Gabungan Institusi PE...
11/08/2025

๐ŸŒŸ Alhamdulillah & Tahniah ๐ŸŒŸ

Pelatih Darul Islah telah berjaya menamatkan Kem Smart Ibadah Anak Bina Gabungan Institusi PERKID Malaysia 2025 yang telah berlangsung selama 4 hari 3 malam, bermula pada 28 Julai hingga 31 Julai 2025.

Program ini menjadi satu medan tarbiah dan pembentukan sahsiah unggul buat Pelatih melalui pelbagai pengisian berbentuk kerohanian, pembinaan jati diri, aktiviti berkumpulan serta bimbingan ibadah secara praktikal.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekal berharga untuk terus melangkah sebagai insan yang soleh insyaAllah.

Address

No 5 Jalan Sultan Kampung Sungai Tengar Sungai Ayer Tawar
Ayer Tawar
45100

Telephone

+60197784069

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Kebajikan Darul Islah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rumah Kebajikan Darul Islah:

Share