Adiwangsa Uitm Perlis

Adiwangsa Uitm Perlis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Adiwangsa Uitm Perlis, Nonprofit Organization, Arau.

26/07/2026

Kursus Kenegaraan Malaysia Madani: Universiti Teknologi Mara (Adiwangsa)

22 - 24 April 2026 | Pusat Latihan Kenegaraan,Langkawi, Kedah

Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (Adiwangsa) telah menganjurkan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI yang berlangsung selama tiga hari dua malam.

Seramai 97 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan UiTM Cawangan Shah Alam, Kedah dan Perlis telah menyertai kursus ini. Penganjuran kursus ini bertujuan untuk memperkukuh pengetahuan dan kefahaman peserta berkaitan kenegaraan melalui pendedahan terhadap Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara serta konsep Malaysia MADANI. Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah menunjukkan komitmen, disiplin serta penglibatan aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Majlis pembukaan telah disempurnakan melalui ucapan aluan oleh Encik Shahrir Zaman bin Abdul Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Profesional), Akademi Kenegaraan Malaysia dan Majlis penutup p**a telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), UiTM. Turut hadir ialah Prof. Dr. Amer Shakir Zainol, Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa), UiTM.
Melalui penganjuran program seperti ini, diharapkan dapat melahirkan individu yang berpengetahuan, berdaya kepimpinan tinggi serta berupaya menyumbang ke arah pembangunan dan kesejahteraan negara.

Dikongsikan juga pengisian bersama Dato Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan

https://www.facebook.com/share/v/1E2QqbQx2J/







Address

Arau
02600

Telephone

+60132091860

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Adiwangsa Uitm Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share