Pertubuhan Kebajikan Asnaf An-Naafi Kuala Lumpur

Pertubuhan Kebajikan Asnaf An-Naafi Kuala Lumpur Pertubuhan yang ditubuh kan pada 14 september 2018 bagi membantu menjaga kebajikan mereka yang memerlukan.. Rumah Kebajikan Untuk Anak Yatim & Asnaf

Address

No. 52, Jalan Mulia 1/3, Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa
Ampang
68000

Telephone

+60163590869

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan Asnaf An-Naafi Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Kebajikan Asnaf An-Naafi Kuala Lumpur:

Share

Pertubuhan Kebajikan Asnaf An-Naafi Kuala Lumpur

Pertubuhan yang ditubuh kan pada 14 september 2018 bagi membantu menjaga kebajikan mereka yang memerlukan. Diantaranya Anak-Anak Asnaf dan Fakir Miskin. Anak-Anak Yatim.

Rumah Asnaf ini ibarat syurga dunia buat 25 anak-anak di sini. Walaupun dari pelbagai latar belakang, di sini mereka adalah satu keluarga. Jom kita bantu anak-anak ini mendapatkan jagaan terbaik!

Sejarah hidup anak-anak di sini tidak mudah. Ada yang kehilangan ibu bapa sejak kecil. Ada yang perlukan tempat berlindung kerana keluarga terdekat berhutang dengan Along. Lebih sedih lagi, ada yang ditinggalkan bapa yang tiba-tiba menghilang entah ke mana. Tapi senyuman anak-anak yang menyambut kunjungan kami di Rumah Asnaf di kawasan Ampang ini menutup semua kegundahan mereka. Hubungan akrab mereka seperti adik-beradik. Semuanya dianggap seperti anak-anak dan adik-adik sendiri oleh Kak Aisyah dan Abang Lan yang menjaga mereka.

Ada kalanya adik-adik mendapat sumbangan baju raya dan abang kakak yang lain tidak. Jadi, mereka kumpulkan baki daripada membeli baju raya tersebut untuk kakak dan abang yang lain agar semuanya merasa suasana hari raya.