Pertubuhan Sahabat Pendidik Islam Selangor

Call Contact the organization

Pertubuhan Sahabat Pendidik Islam Selangor Pertubuhan Sahabat Pendidik Islam Selangor singkatan dikenali sebagai PENSEL. Menjadi sebahagian dar

PROGRAM PENGAJARAN AKTIF DAN PENGGUNAAN AI DALAM PENDIDIKAN ISLAMAlhamdulillah, program yang dianjurkan oleh Gabungan PI...
11/10/2026

PROGRAM PENGAJARAN AKTIF DAN PENGGUNAAN AI DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Alhamdulillah, program yang dianjurkan oleh Gabungan PIBK MAIS Kluster Pendidikan Islam telah berjaya berlangsung pada 10 Oktober 2026 di Sekolah Menengah Ibn Khaldun, Shah Alam.

Program ini menampilkan Dr. Rahimah binti Jamaluddin sebagai penceramah dan dirasmikan oleh Puan Rabihah binti Ibrahim, Timbalan Pengarah (Operasi), Jabatan Agama Islam Selangor.

PENSEL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Semoga perkongsian ilmu berkaitan pengajaran aktif dan penggunaan AI dapat dimanfaatkan oleh para pendidik bagi melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan celik teknologi.

Pertubuhan Sahabat Pendidik Islam Selangor (PENSEL)






PENSEL CARE 📌SALAM JUMAAT PENUH BARAKAH*DERMA KILAT UNTUK SAUDARA MOHAMMAD ISTIAQ (SUKARELAWAN NGO PENSEL)* 🤲🏻[TEMPOH KU...
02/10/2026

PENSEL CARE 📌

SALAM JUMAAT PENUH BARAKAH

*DERMA KILAT UNTUK SAUDARA MOHAMMAD ISTIAQ (SUKARELAWAN NGO PENSEL)* 🤲🏻

[TEMPOH KUTIPAN : SEHINGGA MENCAPAI SASARAN RM80,000.00]

Assalamualaikum dan salam ukhuwah kepada semua.

Sahabat dan Saudara seislam sekalian moga sentiasa dalam Rahmat Allah SWT.

Jom sama2 kita bantu ringankan beban ujian yang dihadapi oleh saudara kita Mohammad Istiaq yang diuji dengan penyakit jatung. Kos yang diperlukan bagi menampung perubatan ialah RM80,000. Tuan/ Puan boleh melakukan transaksi ke akaun PENSEL seperti dibawah :

NAMA AKAUN : PERTUBUHAN SAHABAT PENDIDIK ISLAM S'GOR
NO AKAUN : 564388559540 (MAYBANK)
Ref: Istiaq

Makluman sumbangan hendaklah dimaklumkan kepada bendahari Cikgu Jalal (60196480047)

Dermalah seikhlas yang mungkin, in sya Allah pihak PENSEL akan membuat serahan secara fizikal. Jom Menyumbang demi peduli kepada sahabat dunia akhirat kita.





🤍

✨ JEMPUTAN KE PROGRAM PENGAJARAN AKTIF & PENGGUNAAN "AI" DALAM PENDIDIKAN ISLAM ✨Tuan-tuan dan Puan-puan Sekalian,Pertub...
01/10/2026

✨ JEMPUTAN KE PROGRAM PENGAJARAN AKTIF & PENGGUNAAN "AI" DALAM PENDIDIKAN ISLAM ✨

Tuan-tuan dan Puan-puan Sekalian,

Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan Kluster Pendidikan Islam di bawah naungan MAIS amat berbesar hati menjemput seluruh rakan guru untuk hadir ke program ilmu yang sangat istimewa ini.

Butiran program adalah seperti berikut:

📅 Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)
🕌 Tempat: Sekolah Menengah Ibn Khaldun, Shah Alam
💵 Yuran: Percuma (Sarapan & makan tengah hari disediakan)

📚 ATURCARA & SLOT MENARIK:

1️⃣ Slot 1 (8.30 pagi - 10.30 pagi)

Tajuk: Pengajaran Kooperatif dan Pembelajaran Aktif Menggunakan AI

Penceramah: Dr. Rahimah Jamaluddin , Winner of Bett Asia’s 2025 dan Ed Tech 10 List Awards.

2️⃣ Slot 2 (11.00 pagi - 1.00 petang)

Pelbagai mini bengkel yang boleh disertai oleh peserta.
1. Quran Isyarat
2. Quran Braille
3. Pendigitalan Tulisan Jawi
4. NotebookLM untuk Guru: Daripada Sumber kepada Perancangan PdP
5. NotebookLM sebagai Studio PdP: Cipta Bahan, Aktiviti dan Pentaksiran.

⏰ Tentatif Ringkas:

08.00 pagi: Pendaftaran & Sarapan Pagi
8.30 pagi: Slot 1
10.30 pagi : Majlis Perasmian Oleh Puan Rabihah binti Ibrahim, Timbalan Pengarah (Operasi) JAIS
11.00 pagi :Sesi Bengkel dan Pameran PIBK
01.00 petang: Makan Tengah Hari dan Bersurai

📌 CARA PENDAFTARAN:

Tempat adalah terhad. Sila buat pendaftaran. Sila buat pendaftaran awal melalui link google form yang disediakan: https://forms.gle/5aFoXfrvFVVYQYXn6

Ayuh sama-sama kita imbar budi, tuntut ilmu, dan eratkan silaturahim sesama ummah. Sila sebarkan maklumat ini kepada ahli pertubuhan dan rakan-rakan guru yang lain. Terima kasih.




Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H" Jadikanlah Nabi Muhammad SAW sebagai ikutan terbaik dalam setiap langkah kehidup...
25/08/2026

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H

" Jadikanlah Nabi Muhammad SAW sebagai ikutan terbaik dalam setiap langkah kehidupan kita semua ".

Sayangilah dan berdampinglah kita dengan para Alim Ulama kerana mereka semua yakni Alim Ulama ialah pewaris nabi.

Ikhlas daripada kami Pertubuhan Sahabat Pendidik Islam Selangor

26/05/2026
Pertubuhan Sahabat Pendidik Islam Selangor (PENSEL) menyokong penuh titah DYMM Sultan Selangor berhubung perkara ini.
10/02/2026

Pertubuhan Sahabat Pendidik Islam Selangor (PENSEL) menyokong penuh titah DYMM Sultan Selangor berhubung perkara ini.

{PROGRAM BACK TO SCHOOL 2026}Alhamdulillah dengan izinNya, Nisa' Pandan dengan kerjasama Surau An-Nur, Pertubuhan Amal P...
18/01/2026

{PROGRAM BACK TO SCHOOL 2026}

Alhamdulillah dengan izinNya, Nisa' Pandan dengan kerjasama Surau An-Nur, Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Pertubuhan Sahabat Pendidik Islam Selangor (PENSEL), Persatuan Prihatin Pandan (Prihatin Pandan) dan Pertubuhan Muslim Profesional Malaysia (IMProf) telah berjaya mengadakan Program Back To School 2026 pada 4 Januari 2026 pada pukul 9.00 hingga 11.30 pagi di Surau An-Nur, Taman Cempaka.

Program ini bertujuan meringankan bebanan beberapa keluarga terlibat dalam membuat persiapan kembali ke sekolah. Seramai 38 orang penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah sekitar kawasan Pandan menerima kit barangan keperluan sekolah beserta sedikit wang tunai yang berjumlah RM 200 bagi setiap penerima.

Majlis penyampaian sumbangan dimulakan dengan ucapan oleh Tuan Hj Mohd Akib bin Othman iaitu Pengerusi Surau An-Nur. Kemudian, ucapan diikuti Dr Nur Aishah binti Mohyin (AJK Lajnah Dana Kemanusiaan PAPISMA (DAKAP) Negeri Selangor), Tuan Haji Mohd Yusof Hamzah (Timbalan Pengerusi PENSEL) dan Puan Siti Farah Binti Mohamed (Timbalan Pengerusi Prihatin Pandan).

Majlis diserikan lagi dengan slot tazkirah ringkas bertajuk “Pendidikan: Pelaburan Paling Untung di Akhirat” yang disampaikan oleh Da’i Hadhari atau Ustaz Bola.

Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang sudi menginfaqkan sejumlah wang ringgit dan barangan bagi menjayakan program ini. Semoga Allah membalas setiap infaq yang diberikan dengan kebaikan yang lebih baik. Amin 🤲🏻




Pertubuhan Sahabat Pendidik Islam Selangor (PENSEL) menjunjung titah DYMM Sultan Selangor dan menyokong penuh kenyataan ...
13/01/2026

Pertubuhan Sahabat Pendidik Islam Selangor (PENSEL) menjunjung titah DYMM Sultan Selangor dan menyokong penuh kenyataan Majlis Agama Islam Selangor yang tegas menolak sebarang cubaan untuk menormalisasikan budaya songsang LGBTQ.

Address

Ampang
56100

Telephone

0132001352

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Sahabat Pendidik Islam Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Sahabat Pendidik Islam Selangor:

Shortcuts

Share