Kedah Public Health Physician Association

Kedah Public Health Physician Association The Kedah Public Health Physician Association (KPHPA) is a professional body registered (ROS) .

It is based in the state of Kedah, Malaysia, and serves physicians who specialise or have strong interest in public health medicine.

Tema Hari Tanpa Tembakau Sedunia tahun ini:โ€œ๐‘ˆ๐‘›๐‘š๐‘Ž๐‘ ๐‘˜๐‘–๐‘›๐‘” ๐‘กโ„Ž๐‘’ ๐ด๐‘๐‘๐‘’๐‘Ž๐‘™. ๐ถ๐‘œ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘›๐‘” ๐‘๐‘–๐‘๐‘œ๐‘ก๐‘–๐‘›๐‘’ ๐‘Ž๐‘›๐‘‘ ๐‘‡๐‘œ๐‘๐‘Ž๐‘๐‘๐‘œ ๐ด๐‘‘๐‘‘๐‘–๐‘๐‘ก๐‘–๐‘œ๐‘›.โ€Membongkar ...
31/05/2026

Tema Hari Tanpa Tembakau Sedunia tahun ini:

โ€œ๐‘ˆ๐‘›๐‘š๐‘Ž๐‘ ๐‘˜๐‘–๐‘›๐‘” ๐‘กโ„Ž๐‘’ ๐ด๐‘๐‘๐‘’๐‘Ž๐‘™. ๐ถ๐‘œ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘›๐‘” ๐‘๐‘–๐‘๐‘œ๐‘ก๐‘–๐‘›๐‘’ ๐‘Ž๐‘›๐‘‘ ๐‘‡๐‘œ๐‘๐‘Ž๐‘๐‘๐‘œ ๐ด๐‘‘๐‘‘๐‘–๐‘๐‘ก๐‘–๐‘œ๐‘›.โ€
Membongkar Tarikan. Menentang Ketagihan.

Tema ini bukan sekadar bercakap tentang rokok tetapi membongkar strategi industri yang menjual ketagihan dalam bentuk gaya hidup.

Jom jadikan tarikh ini sebagai detik permulaan utk hidup yang lebih sihat dan bertanggungjawab...

๐‘ฎ๐’‚๐’š๐’‚. ๐‘ด๐’–๐’•๐’–. ๐‘ฒ๐’†๐’–๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’–๐’๐’‚๐’.

Saya percaya ramai dalam kalangan Generasi X dan Milenial masih ingat slogan ini.

Satu ketika dahulu, ia bukan sekadar slogan. Ia dijual sebagai lambang gaya hidup. Simbol kematangan. Tanda keberanian.

Seolah-olah merokok itu sebahagian daripada identiti lelaki moden yang berjaya, yakin dan diterima dalam kelompoknya.

Begitulah bijaknya industri tembakau ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š ๐ง๐š๐ซ๐š๐ญ๐ข๐Ÿ.

Rokok tidak pernah dijual sebagai punca kanser paru-paru, serangan jantung, strok atau penyakit paru-paru kronik.

Ia dijual sebagai gaya.
Untuk sekian lama, ramai yang percaya.

Hari ini, papan iklan besar di tepi jalan mungkin sudah tiada. Iklan rokok secara terang-terangan juga sudah lama dikawal.

Tetapi jangan silap.
Strateginya tidak hilang.
Ia hanya berubah wajah.

Dahulu, mereka menggunakan imej koboi, lelaki bergaya, s**an lasak dan simbol kemewahan.

Hari ini, pendekatannya lebih halus.
Lebih senyap. Lebih s**ar dikesan.

Melalui media sosial.
Melalui influencer.
Melalui algoritma.
Melalui pembungkusan yang menarik.
Melalui perisa manis seperti mangga, anggur, tembikai dan pelbagai lagi.

Daripada rokok tradisional kepada v**e, pod dan โ„Ž๐‘’๐‘Ž๐‘ก๐‘’๐‘‘ ๐‘ก๐‘œ๐‘๐‘Ž๐‘๐‘๐‘œ ๐‘๐‘Ÿ๐‘œ๐‘‘๐‘ข๐‘๐‘ก๐‘ , objektif akhirnya tetap sama:

๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ถ๐—ฝ๐˜๐—ฎ ๐—ด๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ ๐—ป๐—ถ๐—ธ๐—ผ๐˜๐—ถ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚.

Sebagai Pakar Perunding Kesihatan Awam dan Pengarah Kesihatan Negeri Perak, saya melihat perkara ini bukan sekadar sebagai isu pilihan individu.

Saya melihatnya sebagai isu kesihatan awam.

Saya melihat anak-anak muda yang mula mencuba kerana โ€œsekadar trendโ€.
Saya melihat remaja yang belum cukup matang untuk memahami risiko ketagihan.
Saya melihat keluarga yang akhirnya menanggung akibat penyakit yang sebenarnya boleh dicegah.
Saya melihat sistem kesihatan yang perlu merawat kesan daripada produk yang sejak awal lagi direka untuk membuatkan penggunanya terus bergantung.

Ramai masih menganggap v**e sebagai sesuatu yang lebih selamat, lebih moden, atau sekadar gaya hidup.

Namun kita perlu bertanya dengan jujur:

Jika produk ini begitu mudah ditinggalkan, mengapa industrinya begitu menguntungkan?

Jawapannya mudah.

Tarikan itu direka.
Ketagihan itu disengajakan.
Pasaran anak muda itu disasarkan.

Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia tahun ini, dengan tema:

โ€œ๐‘ˆ๐‘›๐‘š๐‘Ž๐‘ ๐‘˜๐‘–๐‘›๐‘” ๐‘กโ„Ž๐‘’ ๐ด๐‘๐‘๐‘’๐‘Ž๐‘™. ๐ถ๐‘œ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘›๐‘” ๐‘๐‘–๐‘๐‘œ๐‘ก๐‘–๐‘›๐‘’ ๐‘Ž๐‘›๐‘‘ ๐‘‡๐‘œ๐‘๐‘Ž๐‘๐‘๐‘œ ๐ด๐‘‘๐‘‘๐‘–๐‘๐‘ก๐‘–๐‘œ๐‘›.โ€
Membongkar Tarikan. Menentang Ketagihan.

Kita bukan sekadar bercakap tentang rokok.
Kita sedang membongkar strategi industri yang menjual ketagihan dalam bentuk gaya hidup.

Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) adalah satu langkah penting negara.

Ia bukan semata-mata tentang kawalan.
Ia tentang perlindungan.

Perlindungan kepada kanak-kanak.
Perlindungan kepada remaja.
Perlindungan kepada generasi akan datang.

Kerana dalam isu tembakau dan nikotin, kita tidak boleh terlalu naif.

Industri akan sentiasa mencari ruang baharu.
Platform baharu.
Produk baharu.
Bahasa baharu.

Tetapi matlamatnya tetap sama.
Menjadikan ketagihan sebagai perniagaan.

Sudah tiba masanya kita berhenti melihat perkara ini sebagai sekadar โ€œpilihan peribadiโ€.

Apabila pilihan itu dibentuk oleh pemasaran yang licik, perisa yang menggoda, dan sistem ketagihan yang disengajakan, maka masyarakat dan kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk bertindak.

Jangan biarkan masa depan anak-anak kita menjadi taruhan keuntungan industri.

Hari ini, kita tahu lebih baik.
Dan apabila kita sudah tahu, kita tidak boleh berdiam diri.

๐˜๐š๐ง๐  ๐๐ข๐ฃ๐ฎ๐š๐ฅ ๐›๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ ๐š๐ฒ๐š.
๐˜๐š๐ง๐  ๐๐ข๐›๐ž๐ฅ๐ข ๐š๐๐š๐ฅ๐š๐ก ๐ค๐ž๐ญ๐š๐ ๐ข๐ก๐š๐ง.




DIA BERLUMBA DENGAN SIAPA?โ€‹Baru-baru ini tular di media sosial kisah seorang wanita TTC (Trying To Conceive) yang tergur...
30/05/2026

DIA BERLUMBA DENGAN SIAPA?

โ€‹Baru-baru ini tular di media sosial kisah seorang wanita TTC (Trying To Conceive) yang terguris hati apabila seorang rakan mengadu 'susah' untuk mendapatkan anak kedua, siap meminta tips lagi mcm mana nak mengawal emosi dari dia yang belum dikurniakan anak.

โ€‹Situasi sebegini membuatkan kita terfikirโ€”di manakah letaknya sensitiviti serta empati Kita? โ€‹Masyarakat kita perlu lebih peka dan cakna. Perjalanan TTC bukanlah sebuah pertandingan atau perlumbaan siapa paling cepat atau siapa paling ramai anak. Ia adalah satu ujian kesabaran yang sangat hebat buat sebuah pasangan. Dan tanpa kita sedari, juga menjadi ujian buat kita.

โ€‹Kepada Masyarakat Awam: Berikan Ruang, Bisikkan Harapan, Bukan Lemparkan Sindiran

โ€‹Seringkali soalan dan aduan yang kita anggap biasa atau sekadar bersembang sebenarnya menjadi belati yang menghiris emosi mereka. โ€‹Hentikan bertanya "Bila lagi?" atau "Awat tak ada rezeki lagi?" โ€‹Hentikan mengadu kesusahan yang tidak bertempat kepada mereka yang sedang mengharapkan peluang tersebut. โ€‹Mulakan memberi sokongan moral, kata-kata semangat, dan doa yang berterusan. Jika tiada perkara baik untuk diucapkan, bukankah diam itu adalah lebih baik?

โ€‹Buat Pasangan TTC: Rezeki Itu Aturan Allah

โ€‹Buat semua pejuang TTC di luar sana, jangan biarkan kata-kata manusia meragut kebahagiaan dan kedamaian hati yang sedang anda kecapi. โ€‹Ingatkan bahawa setiap tiupan ujian itu ada masanya, dan setiap ketetapan Allah itu pasti ada hikmahnya. Rezeki anak itu hak mutlak Allah. Kadangkala ia ditangguhkan bukan kerana Allah tidak mendengar doa kita, tetapi Dia mahu memberikan peluang, ruang mencipta bahagia, serta kelebihan dalam bentuk lain yang mungkin kita belum nampak sekarang. Teruskan melangkah dengan tenang, jaga kesihatan mental dan emosi anda.

โ€‹Mari kita sama-sama bina komuniti yang saling menyokong, bukan meruntuhkan emosi sesama kita.

โ€‹

Sekalung tahniah dan syabas atas kejayaan mentee program pra kepakaran kesihatan awam JKN Kedah. Terima kasih juga kepad...
26/04/2026

Sekalung tahniah dan syabas atas kejayaan mentee program pra kepakaran kesihatan awam JKN Kedah. Terima kasih juga kepada PPKA yg nenjadi mentor dalam memberikan pendedahan dalam bidang kesihatan awam. Semoga perjalanan sepelas ini dipermudahkan.


Jom belajar teknik kaunseling bagi mengatasi keraguan terhadap vaksin..Khas untuk warga kerja kesihatan.
22/04/2026

Jom belajar teknik kaunseling bagi mengatasi keraguan terhadap vaksin..
Khas untuk warga kerja kesihatan.

โœจ Jom sertai webinar bertajuk โ€œKomunikasi Vaksin: Daripada Keraguan Kepada Keyakinanโ€ โœจ

๐Ÿ“… 27 April 2026
โฐ 9.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Google Meet / Saluran YouTube

Pelbagai perkongsian bermanfaat mengenai komunikasi berkesan, mitos & realiti vaksinasi serta cara menangani keraguan vaksin. Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu bersama pakar jemputan.

๐Ÿ“Œ Terbuka kepada warga kesihatan yang berminat.

๐Ÿ›‘ LAPAR BETUL ATAU LAPAR MATA? ๐Ÿ›‘โ€‹Pernah tak kita baru je lepas makan nasi, tapi tiba-tiba rasa nak cari "dessert" atau b...
12/04/2026

๐Ÿ›‘ LAPAR BETUL ATAU LAPAR MATA? ๐Ÿ›‘

โ€‹Pernah tak kita baru je lepas makan nasi, tapi tiba-tiba rasa nak cari "dessert" atau biskut?๐Ÿ™„

Itu sebenarnya pertembungan antara dua sistem dalam badan kita: Homeostatic vs Hedonic Eating.๐Ÿง‘โ€โš•๏ธ

โ€‹โš–๏ธ 1. Homeostatic Eating (Makan untuk Hidup)
โ€‹Ini adalah "survival mode" kita.
โ€‹Sebab: Badan memang betul-betul habis tenaga.
โ€‹Isyarat: Perut berbunyi, rasa lemah, atau pening.
โ€‹Misi: Mencapai keseimbangan. Bila dah kenyang, hormon Leptin akan hantar isyarat "Stop!".

โ€‹๐Ÿฉ 2. Hedonic Eating (Makan untuk Seronok)
โ€‹Ini p**a "reward mode" atau sekadar memenuhi selera.
โ€‹Sebab: Kita nampak makanan sedap atau tengah stres.
โ€‹Isyarat: Air liur terliur bila nampak coklat, kek, atau makanan viral.
โ€‹Misi: Kepuasan emosi. Hormon Dopamine buat kita rasa "happy" sangat bila makan. Ni masalah org Malaysia sebenarnya ๐Ÿซฃ

โ€‹โš ๏ธ Kenapa kita kena tahu?
โ€‹Masalahnya, dalam dunia hari ini, makanan yang tinggi gula dan lemak sangat mudah didapati. Kadang-kadang (mungkin selalu pada sebahagian dari kita) sistem Hedonic ini "menang" dan memaksa kita makan walaupun perut dah penuh. Betul tak? Perkara ini sangat kerap berlaku di musim perayaan ini. Inilah punca utama berat badan naik tanpa sedar!

โ€‹Tips Ringkas:
โœ… Tanya diri sendiri: "Aku lapar betul atau sekadar nak rasa sedap?". Dan kita pun janganlah menjadi punca kepada terlebih makan nya orang lain๐Ÿคญ
โœ… Minum air kosong dulu bila rasa nak mengunyah. Kadang-kadang kita keliru antara lapar dan dahaga. Ingat, 8 gelas air sehari, bukan 8 kali makan sehari๐Ÿ˜
โœ… Kawal saiz hidangan bagi makanan "hedonic". Boleh sekadar nak merasa, tp dia punya merasa dah macam full meal kita ni apa cer.. ๐Ÿ˜ญ

โ€‹Kongsikan info ini dan tag kawan-kawan hampa yang s**a "food hunting" tu! ๐Ÿ˜… ๐Ÿ•๐Ÿฐ

โ€‹





AWAS: Cuaca Panas & Ancaman Patukan Ular ๐Ÿ๐Ÿ”ฅโ€‹Tahukah anda? Fenomena gelombang haba bukan sahaja memberi kesan kepada manu...
27/03/2026

AWAS: Cuaca Panas & Ancaman Patukan Ular ๐Ÿ๐Ÿ”ฅ

โ€‹Tahukah anda? Fenomena gelombang haba bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, malah menyebabkan ular lebih aktif keluar mencari tempat teduh yang lebih sejukโ€”termasuklah di kawasan kediaman kita.

โ€‹Negeri Kedah kini berada dalam radar kawasan berisiko tinggi. Jadi, jangan ambil mudah! Berikut adalah langkah keselamatan yang perlu kita amalkan:
โ€‹โœ… Langkah Pencegahan:
โ€‹Pastikan persekitaran rumah sentiasa bersih dan tidak semak.
โ€‹Gunakan kayu jika ingin memeriksa kawasan gelap atau sempit.
โ€‹Pakai kasut boot dan seluar panjang jika bekerja di luar.

โ€‹๐Ÿ†˜ Jika Berlaku Patukan:
โ€‹Bertenang dan kurangkan pergerakan.
โ€‹Cuci luka dengan sabun dan air.
โ€‹Segera ke hospital untuk rawatan antivenom (Hubungi 999).

โ€‹โŒ Jangan Sekali-kali:
โ€‹Menyedut racun atau menoreh kawasan patukan.
โ€‹Menggunakan tourniquet atau mengikat dengan ketat.

โ€‹Keselamatan anda adalah keutamaan kami. Jom kongsikan pesanan ini kepada ahli keluarga dan jiran tetangga!

โ€‹



๐Ÿ”ฅ ATASI BAHAYA HABA โ€“ CEGAH STROK HABA! โ˜€๏ธCuaca panas di Kedah kini mencecah Tahap Amaran 2 (37ยฐCโ€“40ยฐC). Jangan ambil ri...
26/03/2026

๐Ÿ”ฅ ATASI BAHAYA HABA โ€“ CEGAH STROK HABA! โ˜€๏ธ

Cuaca panas di Kedah kini mencecah Tahap Amaran 2 (37ยฐCโ€“40ยฐC). Jangan ambil ringan โ€” risiko keletihan haba dan strok haba boleh menjadi serius!
โš ๏ธ Kenali tanda awal: โ€ข Sakit kepala berterusan
โ€ข Pening
โ€ข Haus melampau
โ€ข Kekejangan otot
โ€ข Suhu badan meningkat
๐Ÿ‘ถ๐Ÿ‘ง๐Ÿ‘ต Golongan berisiko tinggi: โ€ข Bayi & kanak-kanak
โ€ข Warga emas
โ€ข Individu dengan penyakit kronik
๐Ÿ’ง Langkah pencegahan penting: โœ… Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari
๐Ÿšซ Elakkan minuman manis & berkafein
๐ŸŒณ Kurangkan aktiviti luar (11 pagi โ€“ 4 petang)
๐Ÿ  Duduk di tempat teduh atau dalam bangunan
๐Ÿš— JANGAN tinggalkan kanak-kanak dalam kenderaan walaupun sekejap!
๐Ÿ’ก Lindungi diri & keluarga โ€” kekal hidrasi dan peka dengan keadaan sekeliling.




๐Ÿ“Œ *Kempen   | Minggu 11*Rujuk bila ragu โ€” jangan bersendirian.Dalam amalan klinikal, keraguan bukan kelemahan.Sebaliknya...
14/03/2026

๐Ÿ“Œ *Kempen | Minggu 11*

Rujuk bila ragu โ€” jangan bersendirian.

Dalam amalan klinikal, keraguan bukan kelemahan.
Sebaliknya, ia adalah petanda profesionalisme untuk mendapatkan pandangan kedua sebelum membuat keputusan.

๐Ÿ‘ฅ Ingat:

โ€ข Rujuk kepada pegawai lebih berpengalaman apabila perlu
โ€ข Dapatkan pandangan rakan sekerja atau pakar berkaitan
โ€ข Pastikan keputusan klinikal dibuat secara selamat dan bertanggungjawab

Berkongsi pandangan bukan tanda tidak tahu.
Ia adalah langkah penting untuk melindungi pesakit dan juga diri anda.

Apabila ragu โ€” rujuk.
Apabila tidak pasti โ€” jangan bersendirian.

๐Ÿ“ Persatuan PPKA Kedah menyokong kempen Unit Perkembangan Kesihatan Awam
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah



TIDUR, SCREEN TIME DAN RISIKO OBESITIRamai orang fikir pencegahan obesiti hanya tentang makan sihat dan bersenam. Tetapi...
04/03/2026

TIDUR, SCREEN TIME DAN RISIKO OBESITI

Ramai orang fikir pencegahan obesiti hanya tentang makan sihat dan bersenam. Tetapi satu faktor yang sering terlepas pandang ialah tidur yang cukup dan hadkan screen time.

Bukti kajian menunjukkan tempoh tidur yang pendek berkait dengan peningkatan risiko obesiti. Tidur yang tidak mencukupi boleh mengganggu keseimbangan hormon, termasuk peningkatan cortisol (hormon stres) serta perubahan hormon selera makan seperti ghrelin dan leptin, yang akhirnya meningkatkan selera makan dan kecenderungan mengambil makanan tinggi kalori (Chaput et al., 2023).

Dalam masa yang sama, hubungan antara tidur dan obesiti sebenarnya bersifat dua hala. Kurang tidur boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan, manakala obesiti juga boleh mengganggu kualiti tidur melalui mekanisme metabolik dan gangguan pernafasan semasa tidur (Figorilli et al., 2025).

Tambahan p**a, screen time yang terlalu lama bukan sahaja mengurangkan aktiviti fizikal tetapi juga boleh mengganggu ritma sirkadian dan menyebabkan seseorang tidur lebih lewat.
Sebab itu dalam pencegahan obesiti kita bukan hanya fokus kepada:
โœ” pemakanan sihat
โœ” aktiviti fizikal
Tetapi juga:
โœ” tidur mencukupi (sekitar 7โ€“9 jam sehari)
โœ” hadkan masa dengan skrin
Kadang perubahan kecil seperti letak telefon lebih awal dan cukupkan tidur boleh memberi kesan besar kepada kesihatan kita.

References
Chaput, J. P., Dutil, C., & Sampasa-Kanyinga, H. (2023). Sleep, circadian rhythms and obesity. Nature Reviews Endocrinology.
Figorilli, M., et al. (2025). The bidirectional relationship between sleep and obesity. Sleep Medicine Reviews.
Xu, Q., et al. (2025). Association between sleep duration, sleep patterns and obesity among adults. BMC Public Health.
Lin, L. Y., et al. (2025). Interactive effects of sleep duration and dietary patterns on obesity risk. Scientific Reports.



Diabetes is more than just blood sugar.๐Ÿ”น Diabetes and mental health have a bi-directional relationship โ€” depression, dia...
26/02/2026

Diabetes is more than just blood sugar.

๐Ÿ”น Diabetes and mental health have a bi-directional relationship โ€” depression, diabetes distress, fear of hypoglycaemia, sleep disturbances, and disordered eating can directly affect glycaemic control.

๐Ÿ”น Psychological factors influence adherence, self-care, and long-term complications. Poor control is not always โ€œnon-complianceโ€ โ€” sometimes it reflects emotional burden.

๐Ÿ”น In Malaysia, ~1 in 5 adults are living with diabetes. The burden is not only metabolic, but also psychosocial.

โœจ Take-home message:
Treat the person, not just the HbA1c. A holistic approach :biological, psychological, and social is essential for better diabetes outcomes.





This Review summarises the research into five common mental health problems that can affect adults living with type 1 diabetes, type 2 diabetes, or gestational diabetes: fear of hypoglycaemia, diabetes distress, depression, disordered eating, and sleep disorders. Mental health problems are common am...

Address

Alor Setar

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kedah Public Health Physician Association posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kedah Public Health Physician Association:

Share