Malaysians Against Pornography - MAP Kedah

Malaysians Against Pornography - MAP Kedah Memperjuangkan bahaya pornografi, pedofilia, dan jenayah seksual dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Alhamdulillah, pada 28 Julai 2026 (Selasa), team MAP dari Sungai Petani telah mengadakan ceramah di SMK Dato Lela Pahlaw...
03/08/2026

Alhamdulillah, pada 28 Julai 2026 (Selasa), team MAP dari Sungai Petani telah mengadakan ceramah di SMK Dato Lela Pahlawan, Padang Serai yang melibatkan seramai 1,541 orang pelajar. Sesi pagi melibatkan 758 orang pelajar Tingkatan 3 dan 4 dengan pengisian bertajuk Bijak Dunia Siber dan Bahaya Pornografi, manakala sesi petang melibatkan 783 orang pelajar Tingkatan 1 dan 2 dengan pengisian Bijak Dunia Siber. Kedua-dua sesi telah disampaikan oleh Raja Afnan dengan bantuan para sukarelawan yang turut membantu melancarkan perjalanan program.

Semoga perkongsian yang diberikan dapat meningkatkan kesedaran para pelajar tentang penggunaan teknologi dan media sosial secara berhemah, di samping membina jati diri yang kuat untuk menolak pengaruh negatif serta menjadi generasi yang lebih bijak, berakhlak dan bertanggungjawab dalam menghadapi cabaran dunia digital masa kini.

*******hy

CERAMAH BAHAYA PORNOGRAFI DI SMK ARANG SUNGAI PETANI.Alhamdulillah, telah berlangsung Ceramah Bahaya Pornografi di SMK B...
02/08/2026

CERAMAH BAHAYA PORNOGRAFI DI SMK ARANG SUNGAI PETANI.

Alhamdulillah, telah berlangsung Ceramah Bahaya Pornografi di SMK Bakar Arang, Sungai Petani yang melibatkan seramai 663 orang pelajar berusia 14 hingga 17 tahun.

Semoga perkongsian ini dapat memberi kesedaran kepada para pelajar agar tidak melibatkan diri dengan pornografi yang boleh merosakkan kehidupan mereka.

*******hy

02/08/2026

KUALA TERENGGANU: Seorang doktor pakar hospital swasta dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tujuh sebatan selepas Mahkamah Sesyen mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

Kesalahan tersebut berlaku ketika mangsa mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta antara September 2022 hingga April 2023.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman. Semua hukuman penjara diperintahkan berjalan serentak.

Namun, pengajaran daripada kes ini bukan untuk menimbulkan ketakutan terhadap profesion perubatan. Majoriti petugas kesihatan menjalankan tugas dengan profesional dan beretika.

Sebaliknya, kes ini mengingatkan kita bahawa sistem perlindungan kanak-kanak perlu dilaksanakan dengan tegas di semua fasiliti kesihatan.

Antara perkara penting yang ibu bapa perlu tahu:

1. Ibu bapa atau penjaga wajar berada bersama anak ketika pemeriksaan, terutama jika melibatkan bahagian badan yang sensitif.

2. Pemeriksaan intim perlu diterangkan terlebih dahulu, termasuk sebab pemeriksaan dilakukan dan apa yang akan berlaku.

3. Kehadiran jururawat atau chaperone perlu dipertimbangkan bagi melindungi pesakit dan petugas kesihatan.

4. Ajar anak bahawa tubuh mereka milik mereka. Mereka berhak memberitahu jika sesuatu sentuhan membuatkan mereka takut, keliru atau tidak selesa.

5. Jangan terus menolak atau meremehkan apabila anak menceritakan sesuatu yang luar biasa, walaupun individu yang terlibat ialah orang dewasa yang dipercayai atau mempunyai kedudukan profesional.

6. Jika terdapat perkara mencurigakan, catatkan butiran kejadian dan laporkan kepada pihak hospital serta pihak berkuasa untuk siasatan.

Kanak-kanak mungkin tidak memahami sama ada sesuatu pemeriksaan itu normal atau tidak. Mereka juga mungkin takut untuk bercakap kerana menyangka orang dewasa sentiasa betul.

Sebab itu, keselamatan kanak-kanak tidak boleh hanya bergantung kepada kepercayaan.

Ia memerlukan SOP yang jelas, penerangan sebelum pemeriksaan, kehadiran penjaga atau chaperone, pemantauan institusi dan ruang yang selamat untuk kanak-kanak bersuara.

Profesionalisme bukan sekadar mempunyai ilmu dan gelaran.

Ia juga bermaksud menjaga batas, amanah dan keselamatan pesakit pada setiap masa.

Alhamdulillah, pada 6 Julai 2026 (Isnin), telah berlangsung Program Murid Tingkatan 4 bertajuk “Bijak Siber” yang meliba...
02/08/2026

Alhamdulillah, pada 6 Julai 2026 (Isnin), telah berlangsung Program Murid Tingkatan 4 bertajuk “Bijak Siber” yang melibatkan seramai 219 orang murid lelaki dan perempuan dari SMK Seri Mahawangsa, Jitra.

Program ini telah disampaikan oleh Raja Afnan, dengan sokongan para fasilitator yang membantu menjayakan sesi interaktif bersama para pelajar:

Semoga perkongsian yang diberikan dapat membentuk generasi muda yang lebih peka, beretika dan selamat dalam menghadapi cabaran dunia digital masa kini.

*******hy

21/07/2026

DAPATKAN BUKU TERBAHARU MALAYSIANS AGAINST PO*******HY

Nak bina anak yang bijak, berakhlak dan selamat?
Inilah buku yang WAJIB ada untuk ibu bapa, guru & komuniti!

GIRLS STUFF
Panduan lengkap untuk anak perempuan memahami perubahan diri, emosi & hubungan secara sihat.
Bantu mereka membesar dengan yakin & berakhlak mulia.

Kenapa perlu dapatkan sekarang?
✔ Kandungan ringkas & mudah faham
✔ Ilustrasi menarik untuk semua peringkat umur
✔ Sesuai untuk sekolah, NGO & program komuniti

Tawaran Harga Menarik!
✔ Diskaun pembelian pukal
✔ Sesuai untuk hadiah pendidikan & program kesedaran

💥Tempah sekarang💥
Untuk tempahan sila berikan maklumat anda melalui link di bawah:-

https://forms.gle/UH51c7hRSc6WEuxk9

🫡Jom bina generasi yang bijak, selamat dan berakhlak bermula hari ini!!!

TEMPAH SEKARANG!
https://forms.gle/UH51c7hRSc6WEuxk9
https://forms.gle/UH51c7hRSc6WEuxk9
https://forms.gle/UH51c7hRSc6WEuxk9

Program telah dilaksanakan pada 23 Jun 2026 (Selasa) dari 8.30 pagi hingga 11.00 pagi di SMK Jalan Paya Besar, Kulim, Ke...
02/07/2026

Program telah dilaksanakan pada 23 Jun 2026 (Selasa) dari 8.30 pagi hingga 11.00 pagi di SMK Jalan Paya Besar, Kulim, Kedah dengan penyertaan seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada remaja berumur 14 hingga 17 tahun.

Sepanjang program, peserta telah mengikuti sesi ceramah bertajuk Pendidikan Rahsia Peribadi & Bahaya Pornografi yang memberi pendedahan mengenai kepentingan menjaga maruah diri, memahami batasan peribadi, serta mengenali kesan buruk pornografi terhadap individu dan masyarakat.

Bagi meningkatkan penglibatan peserta, sesi turut disertakan dengan kuiz secara spontan, yang berjaya menggalakkan interaksi aktif serta mengukuhkan kefahaman peserta terhadap isi kandungan yang disampaikan. Secara keseluruhannya, program berlangsung dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada para peserta.

Ikuti Media Sosial kami :

Facebook: Malaysian Against Po*******hy_MAP Kedah
Instagram: MAP_Kedah

01/07/2026
12/06/2026

Address

Alor Setar

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysians Against Pornography - MAP Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share