19/04/2026
Laporan Bengkel Jawi Orang Asli Royal Belum Anjuran MRA Kota Setar 🌿
📅 Tarikh: 17 – 18 April 2026
⏰ Tempoh: 2 Hari 1 Malam
📍 Lokasi: Kg. Klewang, Royal Belum, Gerik, Perak
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Bengkel Jawi bersama komuniti Orang Asli di Kg. Klewang, Royal Belum anjuran MRA Kota Setar dengan kerjasama Persatuan Aktiviti Warga Emas Masjid Aman (PAWE MA).
Program ini memberi peluang kepada para sukarelawan untuk menyantuni anak-anak Orang Asli daripada suku kaum Jahai dengan penuh kasih sayang dan keprihatinan. Walaupun berdepan cabaran cuaca pada hari pertama, hujan lebat beserta petir yang hampir menyambar di sekitar houseboat namun, semangat para sukarelawan tetap utuh dalam meneruskan misi kemanusiaan ini.
Sepanjang program, antara pengisian utama yang sempat dilaksanakan adalah:
🔹 Penulisan kalimah Allah & Muhammad dalam tulisan Jawi
🔹 Pertandingan mewarna kalimah Allah & Muhammad dalam kalangan kanak-kanak
🔹 Penyerahan Food Bank MRA serta sumbangan keperluan harian kepada Penduduk Kampung Klewang
Pada hari kedua, para peserta turut berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi apabila dapat mandi dan bermain bersama ikan kelah di Air Terjun Ruok, satu pengalaman yang cukup bermakna dan tidak dapat dilupakan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua sukarelawan, AJK, rakan kerjasama PAWE MA serta para penyumbang yang telah menjayakan program ini dengan penuh dedikasi.
Semoga setiap langkah dalam misi kemanusiaan ini terus diberkati dan dipermudahkan. Kami mengalu-alukan para dermawan untuk bersama-sama menabur bakti kerana setiap sumbangan, walau sekecil mana sekalipun, mampu menjadi sinar harapan dan mengukir senyuman buat mereka yang memerlukan. Ayuh kita berganding bahu, memperluas kebaikan dan menjadi sebahagian daripada perubahan yang membawa makna. 🤲✨
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain."
MRA Kota Setar
MRA KEDAH Malaysian Relief Agency (MRA)