GENERASI

GENERASI Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from GENERASI, Lot 3860, Mukim T**i Gajah, Sekyen 2, Bandar Anak Bukit, Daerah Kota Setar, Alor Setar.

Syafahullah bil aafiah..
08/02/2026

Syafahullah bil aafiah..

Terkejut saya menerima khabar mengenai Tuan Mohamad bin Husin (Abang Mat Husin), YDP PAS Kawasan Tawau, sahabat lama yang pernah bersama saya berada dalam saf AJK PAS Pusat sejak tahun 2013.

Beliau antara insan yang benar-benar menginfakkan diri untuk perjuangan, bermula dari bawah, membina muafakat dengan penuh keikhlasan, berdakwah di seluruh semenanjung termasuk di Sabah.

Dimaklumkan beliau telah ditidurkan di Zon Merah di Hospital Tawau. Berita ini benar-benar mengundang rasa hiba dan kebimbangan dalam kalangan kami yang mengenali beliau.

Saya mengajak seluruh sahabat dan rakan-rakan untuk sama-sama mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan buat beliau, dipermudahkan segala urusan rawatan, serta dikembalikan keadaan beliau seperti sediakala.

PERTUBUHAN GENERASI WARISAN KEBANGSAAN (GENERASI) tidak akan sesekali berundur dalam mempertahankan hak serta kebajikan ...
05/02/2026

PERTUBUHAN GENERASI WARISAN KEBANGSAAN (GENERASI) tidak akan sesekali berundur dalam mempertahankan hak serta kebajikan peneroka FELDA dan generasi pewaris tanah rancangan yang sekian lama menjadi tulang belakang pembangunan negara.

GENERASI akan terus menjadi vehicle utama kepada Lajnah Tanah PAS Pusat dalam mengangkat suara rakyat peneroka yang selama ini sering dipinggirkan, dizalimi dan dinafikan hak mereka oleh pihak-pihak tertentu.

Malam ini, satu pertemuan strategik telah diadakan bersama Saudara Naraza Muda dan Dr. Mukhtaruddin Musa bagi membincangkan isu-isu kritikal yang membelenggu warga FELDA. Perbincangan ini mencapai kesepakatan bahawa perjuangan membela nasib peneroka mesti diperkasakan dengan gerak kerja lebih agresif, tersusun dan berani.

Turut bersama dalam pertemuan ini ialah Saudara Sahir Ab Raman, Setiausaha Lajnah Tanah PAS Pusat, yang komited memastikan suara peneroka terus diperjuangkan sehingga ke peringkat dasar dan polisi negara.

GENERASI bertekad untuk memastikan:
🔥 Hak peneroka terus dipertahankan
🔥 Penindasan terhadap warga FELDA ditamatkan
🔥 Masa depan generasi FELDA terus terbela
🔥 Suara peneroka menjadi kuasa perubahan negara

Perjuangan ini bukan sekadar agenda organisasi, tetapi amanah rakyat yang wajib dipikul sehingga kemenangan hak dan maruah peneroka FELDA dikembalikan.

Peneroka bukan untuk dipergunakan ketika pilihan raya, tetapi wajib dibela sepanjang masa.

Mantan Presiden Generasi
Ustaz Roslan bin Md Esa





Bagi pandangan...
04/09/2024

Bagi pandangan...

03/09/2024

16/1/16 - Sejarah Penubuhannya..NGO GENERASI sudah 8 tahun berlalu..

SESI LIBAT URUS.
03/09/2024

SESI LIBAT URUS.

Address

Lot 3860, Mukim T**i Gajah, Sekyen 2, Bandar Anak Bukit, Daerah Kota Setar
Alor Setar
06550

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GENERASI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share