Tabung Amanah Sultan Kedah - TASK

Contact the organization

Tabung Amanah Sultan Kedah - TASK Layari laman web rasmi TASK di https://taskedah.org

Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) ditubuhkan di bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

Ini bukan sekadar statistik. Ini adalah kisah sebenar kanak-kanak di Kedah yang terpaksa memilih antara buku dan periuk ...
06/10/2026

Ini bukan sekadar statistik. Ini adalah kisah sebenar kanak-kanak di Kedah yang terpaksa memilih antara buku dan periuk nasi.

Keciciran pelajaran bukan pilihan mereka, ia adalah akibat daripada kemiskinan yang tidak ditangani dengan cukup awal.

TASK melalui Teras Pendidikan berusaha memastikan setiap anak Kedah tanpa mengira latar belakang berpeluang untuk kekal di bangku sekolah dan mengejar impian mereka.

Sokongan anda hari ini boleh mencegah kisah seperti ini dari terus berulang.

Hulurkan sumbangan seikhlas hati anda melalui kod QR kami. Imbas dan sumbang sebagai satu usaha untuk menyokong kami dalam membantu rakyat Kedah.

Setiap sumbangan yang layak turut mendapat manfaat pelepasan cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.


Rezeki adalah rahsia yang cukup manis. Walaupun kecil namun bermakna buat kita yang memerlukan.Hulurkan sumbangan seikhl...
04/10/2026

Rezeki adalah rahsia yang cukup manis. Walaupun kecil namun bermakna buat kita yang memerlukan.

Hulurkan sumbangan seikhlas hati anda melalui kod QR kami. Imbas dan sumbang sebagai satu usaha untuk menyokong kami dalam membantu rakyat Kedah.

Setiap sumbangan yang layak turut mendapat manfaat pelepasan cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.


KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PENGARAH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI KEDAH30 September 2026 (Rabu),Tabung Amanah Sultan...
03/10/2026

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PENGARAH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI KEDAH

30 September 2026 (Rabu),Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Encik Ahmad Tarmidi Nawawi bin Abdul Razak, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah.

Kunjungan ini diadakan sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik serta meneroka peluang kerjasama dalam memperkasa Teras Kebajikan Sosial, khususnya dalam membantu golongan yang memerlukan di negeri Kedah.

Pertemuan ini turut menjadi platform bagi membincangkan ruang kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat serta menyokong usaha TASK dalam merealisasikan amanah dan tanggungjawab sosial kepada rakyat Kedah.


KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI KEDAH, YBRS. ENCIK AZHARI BIN ABDUL RASHID30 September 2026 (Rabu) -...
02/10/2026

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI KEDAH, YBRS. ENCIK AZHARI BIN ABDUL RASHID

30 September 2026 (Rabu) - Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBrs. Encik Azhari bin Abdul Rashid, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah.

Kunjungan ini turut menjadi platform bagi membincangkan potensi kerjasama dalam memperkukuh inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat di negeri Kedah melalui enam teras utama TASK, iaitu Pendidikan, Sukan, Kesihatan dan Kesejahteraan, Kebajikan Sosial, Pemuliharaan Alam Sekitar serta Perlindungan Haiwan.

Dalam perbincangan ini, aspek pendidikan turut diberi perhatian, khususnya dalam usaha memperluas peluang pendidikan, menyokong pembangunan akademik serta meningkatkan potensi dan kemahiran para pelajar.

Diharapkan jalinan kerjasama ini dapat terus diperkukuh dalam usaha menyokong pembangunan pendidikan serta memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan di seluruh negeri Kedah.



LAWATAN KE TAMAN NEGERI ULU MUDA Taman Negeri Ulu Muda, 29 September 2026 (Selasa) – Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) t...
01/10/2026

LAWATAN KE TAMAN NEGERI ULU MUDA

Taman Negeri Ulu Muda, 29 September 2026 (Selasa) – Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) telah mengadakan lawatan ke Taman Negeri Ulu Muda bagi mengadakan sesi perbincangan bersama EDOTCO dan Malaysia Nature Society (MNS) berkaitan usaha pemeliharaan serta kelestarian khazanah alam semula jadi Ulu Muda.

Dalam sesi tersebut, pihak MNS turut menyampaikan pembentangan kepada TASK berkenaan ekosistem, kepentingan biodiversiti serta keunikan Taman Negeri Ulu Muda yang menjadi antara khazanah alam semula jadi penting di negeri Kedah.

Lawatan ini turut menjadi platform awal bagi meneroka peluang kolaborasi strategik antara TASK, EDOTCO dan MNS dalam menyokong inisiatif pemeliharaan alam sekitar serta kelestarian Taman Negeri Ulu Muda pada masa akan datang.

Semoga perbincangan dan jalinan kerjasama yang terjalin ini dapat membuka ruang kepada pelaksanaan inisiatif bersama yang memberi manfaat kepada kelestarian alam sekitar, biodiversiti serta masyarakat setempat.


Bumi bukan sekadar tempat berteduh tapi ia adalah kehidupan yang menadikan kita. Hulurkan sumbangan seikhlas hati anda m...
30/09/2026

Bumi bukan sekadar tempat berteduh tapi ia adalah kehidupan yang menadikan kita.

Hulurkan sumbangan seikhlas hati anda melalui kod QR kami. Imbas dan sumbang sebagai satu usaha untuk menyokong kami dalam membantu rakyat Kedah.

Setiap sumbangan yang layak turut mendapat manfaat pelepasan cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.


BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BAHASA INGGERIS SPM BERSAMA TEACHER EM DI SMK TENGKU SARAFUDIN BADLISHAH, KEDAH TAJAAN TASKKulim...
29/09/2026

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BAHASA INGGERIS SPM BERSAMA TEACHER EM DI SMK TENGKU SARAFUDIN BADLISHAH, KEDAH TAJAAN TASK

Kulim, 14 Septemberb2026 (Isnin) - Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) berbesar hati meneruskan inisiatif pendidikan menerusi penganjuran Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Inggeris SPM bersama Teacher Em yang telah berlangsung di SMK Tengku Sarafudin Badlishah, Kulim, Kedah.

Program ini telah memberi manfaat kepada para calon SPM yang berpeluang mengikuti perkongsian teknik menjawab peperiksaan, strategi pemarkahan serta panduan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SMK Tengku Sarafudin Badlishah, Kulim, para guru, fasilitator serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

TASK percaya bahawa pelaburan dalam pendidikan merupakan pelaburan paling bernilai untuk masa depan negeri dan negara. Semoga usaha dan kerjasama yang terjalin ini terus diperkukuhkan demi memperluaskan manfaat kepada lebih ramai pelajar di seluruh negeri Kedah.


Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff, S.S.S.K.Tunku Puan Mahkota ...
29/09/2026

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan

Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff, S.S.S.K.

Tunku Puan Mahkota Kedah

29 September 2026M | 17 Rabiulakhir 1448H

Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku dan dikurniakan kesihatan berpanjangan.

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْنTabung Amanah Sultan Kedah (TASK) dengan rasa sedih dan dukacita ingin merakamkan u...
28/09/2026

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن

Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) dengan rasa sedih dan dukacita ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026. Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarhamah di kalangan mereka yang solehah dan beriman.

Al-Fatihah

‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

‎ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞
‎ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
‎مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞
‎إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞
‎ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞
‎صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞
‎ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
‎امين

📚 BALAI BELAJAR TABUNG AMANAH SULTAN KEDAH (TASK)21 September 2026 (Isnin) - Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) telah men...
28/09/2026

📚 BALAI BELAJAR TABUNG AMANAH SULTAN KEDAH (TASK)

21 September 2026 (Isnin) - Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) telah menaja inisiatif perintis Balai Belajar, sebuah ruang pembelajaran digital berasaskan komuniti yang diwujudkan bagi meningkatkan akses kepada pendidikan, teknologi dan kemahiran digital, khususnya dalam kalangan komuniti di kawasan luar bandar.

Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama Baycom dan University Malaysia of Computer Science & Engineering (UNIMY), melibatkan empat lokasi di tiga daerah di Kedah:

📍 Padang Terap – Dewan Masjid Al Hidayah, Pekan Naka
📍 S*k – Surau Adnin, Kampung Bukit Berangan, Belantik, Mukim Sok
📍 Baling – Dewan Orang Ramai Kg Luar
📍 Baling – Dewan Serbaguna Masjid Ehsaniah, Kupang

Setiap Balai Belajar dilengkapi dengan sambungan internet Starlink, komputer riba serta kemudahan pembelajaran digital bagi menyokong aktiviti pembelajaran, latihan dan pengembangan kemahiran digital untuk komuniti setempat.

Melalui inisiatif perintis ini, TASK berharap dapat membuka lebih banyak peluang pembelajaran kepada anak-anak dan masyarakat luar bandar, di samping memperluaskan akses kepada teknologi serta membantu membina kemahiran digital dalam komuniti.


Address

Aras 2, Blok E, Wisma Darul Aman
Alor Setar
05503

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tabung Amanah Sultan Kedah - TASK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Tabung Amanah Sultan Kedah - TASK:

Share