Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Alor Gajah

Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Alor Gajah Ikatan Muslimin Malaysia
Website: http://isma.org.my/v2/
No tel: 013-3401951
keahlian: http://isma.my/ahli/index.php?mod=authentication

PROGRAM KORBAN PERDANA PUSAT KOMUNITI SERI HIKMAH l 30 MEI 2026-------------------------------Alhamdulilah.Terima Kasih ...
30/05/2026

PROGRAM KORBAN PERDANA PUSAT KOMUNITI SERI HIKMAH l 30 MEI 2026

-------------------------------

Alhamdulilah.

Terima Kasih kami ucapkan kepada para peserta & sukarelawan serta barisan NGO iaitu Seri Hikmah, BAWA Alor Gajah, Persatuan Penduduk TSK, KRT TSK, Pertubuhan WI, Belia 4B dan Lorong Jalan Kekwa yang bersama dalam menjayakan Program Korban Perdana 2026.

Semoga falsafah disebalik pengorbanan yang turut disemai dengan semangat ukhwah dan kasih sayang antara kita diredhai Allah swt.

✨✨✨✨✨✨✨*KELAS TUISYEN MATEMATIK TINGKATAN 4 & 5 PERCUMA*✨✨✨✨✨✨✨🏢Anjuran : Pusat Komuniti Seri Hikmah 👤Tenaga Pengajar: C...
22/05/2026

✨✨✨✨✨✨✨

*KELAS TUISYEN MATEMATIK TINGKATAN 4 & 5 PERCUMA*

✨✨✨✨✨✨✨

🏢Anjuran : Pusat Komuniti Seri Hikmah

👤Tenaga Pengajar: Cikgu Mohd Helmi Bin Nasir

📜Senarai nama Pelajar dan butiran kelas

🔆Hari: Setiap Jumaat (mula 8 Mei 2026)
⌚Masa: 8.00mlm - 9.00mlm
🏢Tempat: Seri Hikmah Taman Seri Kelemak
💵Yuran: Percuma.

💫💫Penyertaan masih dibuka dan tempat terhad.

Hubungi Ust Hazwan 0176489391

Assalamualaikum wbt 📢 PROGRAM GOTONG ROYONG IBADAH KORBAN PERDANA & PENCARIAN SUKARELAWANMerujuk perkara di atas, pihakP...
22/05/2026

Assalamualaikum wbt

📢 PROGRAM GOTONG ROYONG IBADAH KORBAN PERDANA & PENCARIAN SUKARELAWAN

Merujuk perkara di atas, pihak

Pusat Komuniti Seri Hikmah bersama
KRT Taman Seri Kelemak,
Persatuan Penduduk Taman Seri Kelemak
ISMA Alor Gajah,
BAWA Alor Gajah
Persatuan Wi
Belia 4B TSK
Lorong Jalan Kekwa.

akan mengadakan program:

🐄 Gotong Royong Ibadah Korban

📌 Butiran Program:
🗓 Hari: Sabtu

📅 Tarikh: 30/5/2026

⏰ Masa: 7.30 pagi

📍 Tempat: Pusat Komuniti Seri Hikmah Taman Seri Kelemak.

(Sembelihan ditapak Permainan belakang Balai Raya)

🐄 Bilangan lembu korban: 3 ekor

InsyaAllah program akan bermula dengan:

🍽 Sarapan pagi
🔪 Penyembelihan lembu korban
🥩 Pemotongan
📦 Pengagihan
🍛 Turut disediakan makan tengah hari

🤝 Sehubungan itu, kami menjemput tuan/puan untuk sertai sebagai sukarelawan program.

📝 Mohon pm nama bagi memudahkan penyusunan tenaga kerja 😊

“Daging korban, dikongsi bersama
Pahala berlipat, ukhuwah terjalin.” 🤲

PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU BAGI GURU-GURU KELAS NGAJI,TAEKWONDO,KOMPANG &  TUISYEN l SERI HIKMAH 20.5.2026--------------...
22/05/2026

PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU BAGI GURU-GURU KELAS NGAJI,TAEKWONDO,KOMPANG & TUISYEN l SERI HIKMAH 20.5.2026

----------------------------------

Alhamdulilah terima kasih kepada anak- anak peserta kelas dan ibu bapa serta persatuan penduduk TSK yang bekerjasama menjayakan program Hari Guru 2026.

06/05/2026
06/05/2026

KESAN PENGARUH BUDAYA ASING KEPADA GENERASI MUSLIM

Sedar atau tidak generasi yang lahir hari ini adalah sebahagian daripada kesan penjajahan pemikiran dan pengaruh budaya asing yang telah lama menjadi kebiasaan masyarakat terutamanya anak-anak muda. Hiburan dan pergaulan bebas tanpa batas telah banyak menampakkan kesannya. Normalisasi melahirkan anak muda yang semakin jauh dari panduan agama, terikut-ikut gaya dan cara hidup budaya luar, hilang rasa malu dan kehormatan diri. Bahkan hidup dalam budaya yang tiada nilai dan batas. Pergaulan bebas, couple-crush, kata-kata lucah, perlakuan yang melanggar syariat dan akhirnya terlanjur berzina lalu melahirkan bayi. Semua ini bermula dari dosa yang telah dijadikan kebiasaan.

Kebiasaan ini p**a kesan daripada pendedahan yang sangat terbuka dalam industri seni dan hiburan. Serta terdedah kepada bahan bacaan yang mengandungi babak cinta, pergaulan bebas serta adegan dalam selimut yang bebas ditayangkan dan dianggap biasa.

Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam kitab Tarbiatul Aulad ada menjelaskan bahawa, salah satu daripada lima kaedah utama yang mempengaruhi pembentukan akhlak adalah pendidikan melalui kebiasaan.

Beliau menegaskan bahawa membiasakan anak-anak dengan kebaikan dan amal soleh yang konsisten akan memberikan kesan mendalam terhadap pembentukan jati diri, moral dan spiritual mereka.

Jika kebiasaan buruk yang sering ditunjukkan kepada generasi muda, maka apakah hasil yang akan diharapkan akan tumbuh? Generasi kini membesar dengan budaya dan kebiasaan yang mereka dengar, lihat dan baca. Sedangkan al-Quran mengajarkan para pemuda untuk menjauhi kejahatan yang merosakkan diri seperti zina dan menahan diri daripada perkara maksiat dengan solat. Seperti Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. “

(Surah al-Ankabut 29 : 45)

Allah juga berjanji akan memelihara pemuda yang memelihara iman dan akhlak mereka.

Seperti Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.”

(Surah al-Kahfi 18:13)

Pemuda adalah tonggak kegemilangan umat seperti yang telah tercatat banyak dalam sejarah kegemilangan Islam.

Rasulullah SAW juga mendidik pemuda agar membenci maksiat. Seperti Sabda Rasulullah SAW:

إِنَّ اللَّهَ لَيَعْجَبُ مِنَ الشَّابِّ لَيْسَتْ لَهُ صَبْوَة ٌ

“Sesungguhnya Allah sangat kagum dengan pemuda yang tidak ada ṣabwah (kecenderungan untuk melakukan maksiat).”

(Musnad Ahmad)

Sungguh Allah SWT kagum dengan pemuda yang mampu menjaga dirinya dari maksiat. Kerana dosa itu mengotori hati dan menutup pintu-pintu kebaikan. Bahkan dosa akan menghalang ilmu, menghalang penerimaan doa, menyempitkan rezeki dan memberatkan ibadah.

Kejayaan seorang pemuda

Kejayaan bagaimana yang kita harapkan buat generasi yang jauh dari ajaran al-Quran dan Sunnah?

Al-Quran menjelaskan bahawa kayu ukur kejayaan sebenar adalah apabila manusia, mensucikan hati dari kekotoran . Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)”.

(Surah al-Shams 91:9)

Dan meninggalkan perkara sia-sia dan melalaikan. Seperti Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;”

(Surah al-Mu’minun 23:3)

Sejarah telah membuktikan bahawa generasi yang berpegang kepada ajaran al-Quran akan kembali kuat dan mampu membina sebuah tamadun hebat yang diredhai Allah SWT dan dikagumi seluruh umat manusia.

Terlalu banyak kisah pemuda yang berjaya mencipta sejarah kegemilangan di dunia yang patut dicontohi.

Seruan kepada para pemuda

Pemuda adalah permata sebuah umat. Jauhkan diri dari budaya rosak yang menghilangkan sinarnya. Carilah sahabat yang dapat bersama-sama memilih jalan kebaikan dan menjauhi perkara sia-sia. Isilah masa lapang dengan perkara bermanfaat, kerana masa lapang adalah musuh kepada kebaikan. Kembalilah kepada al-Quran, baca dan belajar untuk memahaminya. Fahami kandungan al-Quran boleh membantu kita menjadi seorang insan yang berilmu, jelas tujuan hidup dan selamat dari fitnah dunia.

Buat ibubapa, pendidik dan semua masyarakat Islam, jangan putus asa mendidik generasi dengan tarbiyah Islamiah, mengikut ajaran al-Quran. Pantau pendidikan anak-anak, ajarkan kefahaman tentang agama. Didik mereka membaca dan memahami al-Quran seawal usia.

Perhatikan dengan siapa mereka berkawan, buku apa yang dibaca, apa yang mereka layari di media sosial. Bina hubungan kekeluargaan yang baik, agar keluarga menjadi tempat berlindung yang selamat buat anak-anak. Jadikan rumah kita tempat pertama yang mengajar mereka hidup sebagai hamba Allah.

Tanggungjawab kerajaan menyekat pintu kerosakan

Kepada para pimpinan yang dihormati, bantu generasi yang hebat ini dengan mewajibkan pendidikan iman dan sahsiah di sekolah dan institusi pengajian. Kerana ilmu bukan hanya pada akal, tetapi yang membina akhlak.

Tutup segala pintu kerosakan yang masuk dalam negara, buang semua unsur-unsur melalaikan dalam industri hiburan dan budaya.

Hapuskan laman-laman pornografi, drama-drama yang membangkitkan syahwat, serta penganjuran pesta hiburan yang melampau.

Tayangkan hiburan alternatif dan bahan-bahan yang membina jiwa dan jati diri generasi muda. Merekalah harapan masa depan, jika benih baik yang ditanam, maka hasilnya akan baik. Jika sebaliknya, maka keburukanlah yang akan berleluasa dalam masyarakat.

Peranan kita semua untuk kukuhkan benteng diri, keluarga, masyarakat dan negara dari bahaya musuh dengan ajaran al-Quran.

Usaha membina generasi adalah tanggungjawab seluruh individu, masyarakat, institusi pendidikan, pimpinan negara, kerana mereka adalah pemuda pemudi harapan, bakal pendidik anak bangsa dan pemimpin masa hadapan.

Semoga Allah pandu kita untuk terus dalam jalan yang lurus dan diredhainya.

Ustazah Zainab Husna binti Hussen
Ketua Biro Tarbiah ISMA Cawangan Kota Raja

🌙 *PENGHARGAAN KARNIVAL RAMADAN SERI HIKMAH* 🌙Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ...
20/03/2026

🌙 *PENGHARGAAN KARNIVAL RAMADAN SERI HIKMAH* 🌙

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana Karnival Ramadan Seri Hikmah pada tahun ini telah melabuhkan tirainya dengan jayanya.

Sepanjang karnival ini, sebanyak 8 program utama telah berjaya dilaksanakan:

📖 Program Tadarus Bimbingan – 20 peserta
📖 Program Tadarus Wanita – 9 peserta
📖 Program Khatam Al-Quran Wanita – 40 peserta
📚 Kelas Ngaji Kanak-kanak & Remaja – 15 peserta
🎁 Pemberian Kit Makanan Asas kepada keluarga asnaf – 33 keluarga
🧕 Program Satu Hari Tarbiah Remaja – 30 peserta
🍽 Berbuka Puasa Perdana – kira-kira 110 tetamu
🥣 Program Masak Bubur Lambuk

Jumlah peruntukan keseluruhan program adalah sekitar RM8,110.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan NGO serta institusi yang telah menyumbang dan bekerjasama menjayakan program ini:

🤝 ISMA Alor Gajah
🤝 Indahnya Islam
🤝 MAIM
🤝 Pertubuhan BAWA
🤝 Kelab Warga Emas Alor Gajah
🤝 KRT Taman Seri Kelemak
🤝 Persatuan WI TSK

Terima kasih juga kepada seluruh ahli Seri Hikmah, komuniti setempat serta semua individu yang telah menyumbang dari segi kewangan, tenaga dan sokongan bagi menjayakan karnival ini.

Kami memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang penganjuran program. Semoga segala usaha ini menjadi amal kebajikan dan menjadikan Ramadan kita lebih diberkati serta diredhai oleh Allah SWT.

Sehubungan dengan itu mulai hari ini seluruh Program Seri Hikmah akan *ditangguhkan* sehingga lepas raya.

Jazakumullahu khairan kathira.

05/03/2026

AKAN DATANG
QURAN SANA SINI 2026 / 1447H

“Al-Quran diturunkan untuk membebaskan manusia daripada kejahilan.”

Nantikan 7 Mac 2026 ini.

ALOR GAJAH,1 Mac – Kira-kira 20 sukarelawan daripada Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Alor Gajah dan Pusat Komuniti Ser...
02/03/2026

ALOR GAJAH,1 Mac – Kira-kira 20 sukarelawan daripada Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Alor Gajah dan Pusat Komuniti Seri Hikmah Taman Seri Kelemak berganding bahu mengagihkan sumbangan Pek Indahnya Ramadan kepada keluarga yang memerlukan di sekitar daerah ini.

Program tahunan yang ditaja oleh Indahnya Islam itu bertujuan membantu meringankan beban perbelanjaan golongan asnaf dan keluarga berpendapatan rendah menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Menurut penganjur, setiap pek mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak dan beberapa barangan dapur lain bagi membantu penerima membuat persiapan Ramadan dan Syawal.

Pengagihan dibuat secara terus dari rumah ke rumah bagi memastikan sumbangan sampai kepada penerima yang telah dikenal pasti lebih awal.

Pendekatan itu juga memberi peluang kepada sukarelawan untuk menyantuni dan bertanya khabar, sekali gus mengeratkan hubungan dalam komuniti setempat.

Penganjur berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa hadapan dengan sokongan orang ramai. Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui tabung Indahnya Islam bagi membolehkan lebih banyak keluarga dibantu pada Ramadan akan datang.

__________________
Sumbangan kita mungkin kecil pada nilai,
tetapi besar pada maknanya.

🌙 Sedekah walau hanya RM1 dalam projek ini:
indahnyaramadan.com
indahnyaramadan.com
indahnyaramadan.com

Bantu mereka yang benar-benar memerlukan.
Semoga setiap ringgit menjadi asbab Allah melapangkan rezeki dan menerima amal kita.

جَزَاكُمُ اللَّهُ خَيْرًا

Address

Alor Gajah

Telephone

+60176489391

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Alor Gajah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Alor Gajah:

Share