BAKTI KASIH Melaka

BAKTI KASIH Melaka BAKTIKASIHMelaka

Paparan PenghargaanPetang tadi dapat mesej dari Sis Hanny VCEE N9 katanya ingin menyumbangkan seguni Bantal kepada progr...
05/01/2022

Paparan Penghargaan

Petang tadi dapat mesej dari Sis Hanny VCEE N9 katanya ingin menyumbangkan seguni Bantal kepada program kami di Melaka.

Ini kali pertama kami berhubung dengan Sis Hanny dan bersyukur ada yang menyokong usaha kami membantu mangsa-mangsa banjir di Melaka. Sis Hanny ini berada di Seremban. Jadi jika nak barang sumbangan tersebut, kami kena ambil di Seremban dan bawa balik ke Melaka

Jenuh Koordinator Misi fikirkan jalan bagaimana untuk menerima sumbangan dan bawa ke Melaka. Nak minta rakan dari Melaka datang ke Seremban takut menyukarkan mereka.

Mujurlah Koordinator Misi kami mempunyai rakan yang bekerja di Seremban namun tinggal di Melaka iaitu Dr. Ezran Rasli dan alhamdulillah beliau sudi membantu kami untuk membawa sumbangan tersebut ke Melaka. Jadi, urusan ini telah dipermudahkan dan rakan Misi di Melaka tidak perlu ke Seremban dan hanya ambil barang sumbangan di Melaka.

Kali kedua buat Penghargaan kepada Dr. Ezran untuk Misi ini.

Pertama, sebab sudi menyalurkan sumbangan Telekung dari D&D Hub Empire KasihGold kepada program kami.

Kedua, sebab sudi sertai kami dalam VCEE Negeri Melaka dan ketiga, sudi membantu membawa barangan sumbangan dari Seremban ke Melaka.

Alhamdulillah, sejak Misi Pasca Banjir Melaka Siri 1 hinggalah nak masuk Siri ke-5 ini sentiasa sahaja dipermudahkan urusan. Sentiasa sahaja ada insan yang hulurkan sumbangan, hulurkan bantuan. Tak sangka segalanya urusan berjalan lancar walaupun mungkin adalah mana-mana bahagian yang tidak sempurna.

Terima kasih kepada penyumbang
Terima kasih kepada yang membantu mempermudahkan urusan









```[KUTIPAN SUMBANGAN MISI PASCA BANJIR MELAKA 2022]```Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. *Persatuan Kebajikan Bakti K...
05/01/2022

```[KUTIPAN SUMBANGAN MISI PASCA BANJIR MELAKA 2022]```

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

*Persatuan Kebajikan Bakti Kasih Malaysia Negeri Melaka (Bakti Kasih Melaka)* dan *Pertubuhan Sukarelawan Penglibatan dan Pemerkasaan Komuniti Malaysia Negeri Melaka (VCEE Melaka)* menjemput masyarakat yang prihatin dan dermawan untuk bersama-sama dengan kami membantu mangsa-mangsa banjir dengan menyumbang barangan keperluan untuk mangsa-mangsa banjir.

Kepada yang berminat untuk turut serta bersama-sama kami, boleh hubungi nombor yang tertera untuk maklumat lanjut.

Ahmed Akmal
www.wasap.my/60182182690/BantuanBanjirMelaka

Afiq Mubassyir
www.wasap.my/60107852957/BantuanBanjirMelaka

En. Fareez
www.wasap.my/60102551676/BantuanBanjirMelaka









.

Terima kasih kepada En. Muhammad Hasbiallah Abdullah kerana membantu menghubungkan Bakti Kasih Melaka & VCEE Melaka deng...
05/01/2022

Terima kasih kepada En. Muhammad Hasbiallah Abdullah kerana membantu menghubungkan Bakti Kasih Melaka & VCEE Melaka dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) untuk menyalurkan sumbangan pakaian baru dan terpakai kepada program-program Misi Pasca Banjir kami di Melaka dalam masa terdekat ini.

Terima kasih juga kepada En. Zack dari Tampin yang sudi menawarkan servis mengangkut barangan sumbangan mangsa banjir dari Ibu Pejabat DPMM ke Melaka secara percuma.

Semoga Allah mencukupkan rezeki En. Zack, mempermudahkan segala urusan dan mengurniakan kesihatan kepada beliau. InsyaaAllah.

Paparan PenghargaanTerima kasih Mr. Lee Eng Koon K&S Sport & Gift kerana kesanggupan datang dari Melaka ke Kajang untuk ...
05/01/2022

Paparan Penghargaan

Terima kasih Mr. Lee Eng Koon K&S Sport & Gift kerana kesanggupan datang dari Melaka ke Kajang untuk mengambil barang sumbangan dari Genius Shop untuk disampaikan kepada mangsa-mangsa banjir di Melaka.









Paparan PenghargaanTerima kasih Dr. Ezran Rasli CVO D&D Hub Empire KasihGold kerana memberikan kepercayaan kepada kami d...
05/01/2022

Paparan Penghargaan

Terima kasih Dr. Ezran Rasli CVO D&D Hub Empire KasihGold kerana memberikan kepercayaan kepada kami dengan menyalurkan sumbangan 50 pasang telekung untuk disampaikan kepada mangsa-mangsa banjir di Melaka

Terima kasih kepada Cikgu Jauhar kerana membantu mengambilkan sumbangan tersebut untuk dikumpulkan di tempat Operasi.









Aktiviti bersama kanak-kanak di PPS PARIT PENGHULU...
30/12/2021

Aktiviti bersama kanak-kanak di PPS PARIT PENGHULU...

Keadaan di Sungai RambaiAda 13 rumah semuanya5 rumah dah okay dan telah dibersihkan pada hari ini8 buah keluarga masih a...
30/12/2021

Keadaan di Sungai Rambai

Ada 13 rumah semuanya
5 rumah dah okay dan telah dibersihkan pada hari ini

8 buah keluarga masih ada di PPS. Jika nak hantar bantuan lagi, kena contact dengan Pegawai di PPS untuk mereka tanyakan kepada wakil keluarga keadaan di rumah mereka.

Tok Penghulu maklumkan bahawa setiap keluarga akan ada wakil yg tinggal di rumah mereka sendiri utk Jaga keselamatan di rumah. Jadi mereka lebih tahu keaadan rumah masing-masing

Sumbangan Happy Meal telah disampaikan kepada kanak-kanak di PPS SK Parit Penghulu.Terima kasih kepada penyumbang.Alhamd...
30/12/2021

Sumbangan Happy Meal telah disampaikan kepada kanak-kanak di PPS SK Parit Penghulu.

Terima kasih kepada penyumbang.

Alhamdulillah lega dapat jalankan amanah

MISI PASCA BANJIR MELAKA 2021 SIRI 3==================================Semalam kami mendapat khabar bahawa di Pusat Penem...
27/12/2021

MISI PASCA BANJIR MELAKA 2021 SIRI 3
==================================

Semalam kami mendapat khabar bahawa di Pusat Penempatan Sementara SK Parit Penghulu, Sungai Rambai masih lagi terdapat beberapa keluarga yang masih berada di sana kerana rumah mereka masih lagi tenggelam dalam air.

Terdapat lebih kurang 8 buah keluarga di PPS ini.

Jadi, Bakti Kasih Melaka & VCEE® Melaka terpanggil untuk membantu mereka semampu yang kami boleh.

Alhamdulillah, kebetulan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Melaka pun akan hadir turut serta memberikan bantuan di PPS ini. Jadi, mereka mengajak NGO kami untuk turut serta bersama-sama dengan mereka.

Kami membuka peluang kepada mana-mana individu atau organisasi yang ingin menyumbang kepada mangsa banjir di PPS ini melalui Kami, boleh menghubungi wakil kami seperti di poster atau boleh terus klik link di bawah:

Cikgu Jauhar
wasap.my/60197336211/PascaBanjirMelaka

Sdra Afiq Mubassyir Amran
wasap.my/60107852957/PascaBanjirMelaka

Semoga segala sumbangan Tuan/Puan akan membantu meringankan beban mangsa banjir dan mengembalikan keceriaan dan senyuman di wajah mereka.

Doakan semoga segala urusan kami dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

☆السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ☆

PEDOMAN

Seorang muslim yang hebat amalan sedekahnya bukan sahaja mendapat sanjungan di atas muka bumi ini, malah turut mendapat doa malaikat. Rasulullah ﷺ bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيْهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُوْلُ أَحَدُهُمَا: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا.

"Tidak ada satu hari ketika para hamba berpagi hari melainkan ada dua malaikat yang turun. Salah satunya berkata, "Ya Allah, berilah ganti kepada orang yang berinfak."

(Riwayat Muslim)

Istimewanya kedudukan malaikat sebagai mahluk Allah yang suci menjadikan doa mereka lebih mudah diijabah. Jika malaikat mendoakan kita yang gemar bersedekah nescaya harta kita akan bertambah, baik jumlah mahupun keberkahannya.

MUTIARA KATA
°°

Kita hidup di zaman di mana orang menilai kita tanpa tahu kita yang sebenarnya.

Sekian, terima kasih

26/12/2021

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Saya mewakili Bakti Kasih Melaka & VCEE® Melaka mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kesemua sukarelawan yang hadir pada hari ini menjayakan Misi Pasca Banjir Melaka 2021 terutamanya kepada Youth Care Malaysia Negeri Melaka, Jazim Motivational Group Jazim Motivation Group (JMG) (JMG), YADIM, Mercy Melaka serta orang perseorangan.
Terima kasih kepada penaja-penaja program yang datang dari sektor kerajaan, swasta seperti EK Lee dari Ks Sport & Gifts, Warung Bibi, Genius Shop.

Alhamdulillah, sekitar 150 orang telah turun pada hari ini dan lebih kurang 8 buah rumah telah kita bantu, serta kita juga turut membantu di Pusat Agihan Bantuan Lubok Cina.
Terima kasih kepada AHLI PARLIMEN MASJID TANAH, YB DATUK HAJAH MAS ERMIEYATI BINTI HJ SAMSUDIN Mas Ermieyati Samsudin yang sudi menaja makanan kami dari sarapan hinggalah makan tengah hari. Wakil Berita Harian Online yang turut membuat liputan sepanjang program harini.
Misi pada hari ini tidak akan berjaya tanpa kehadiran dan kerjasama dari semua sukarelawan.

Kami memohon maaf jika ada terdapat salah silap dari pihak Kami sepanjang kami mengkoordinasikan program ini, jika ada mana-mana pihak tidak dapat makan minum atau jika ada kami tersilap kata atau terkasar bahasa.

InsyaaAllah, kita akan berjumpa lagi di misi-misi Kebajikan & kemanusiaan pada masa akan datang sama ada anjuran dari pihak kami mahu pun anjuran dari mana-mana rakan kerjasama. Diharapkan hubungan kita ini tidak terhenti setakat di sini sahaja.

Akhir kata, terima kasih atas kepercayaan dan kerjasama semua dan tahniah kita berjaya melaksanakan misi ini bersama-sama.

Misi ini Misi Kita semua
Kejayaan hari ini, kejayaan Kita semua

AFIQ MUBASYYIR BIN AMRAN
Koordinator
Program Misi Pasca Banjir Melaka 2021

Bakti Kasih Melaka, VCEE Melaka & Youth Care Malaysia Melaka, Jazim Motivation Group (JMG) bersama-sama membantu mangsa-...
26/12/2021

Bakti Kasih Melaka, VCEE Melaka & Youth Care Malaysia Melaka, Jazim Motivation Group (JMG) bersama-sama membantu mangsa-mangsa banjir di Lubok Cina

Alhamdulillah, 7-8 rumah dapat dibantu pada hari ini dengan kekuatan lebih kurang 165 orang. Kami bermula dengan 15 orang, hari ini ramai yang ingin turut membantu bersama-sama kami.

Address

Melaka
Alor Gajah
78300

Telephone

+60107852957

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BAKTI KASIH Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share