Kelab Rakan Muda Parlimen Pasir Mas

Kelab Rakan Muda Parlimen Pasir Mas "Belia Bestari, Kelab Gemilang" Dato’ Seri Abdullah Hj.

_R_A_K_A_N M_U_D_A_

PENGENALAN
*Program Rakan Muda Fasa II adalah kesinambungan kepada program Rakan Muda yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan sejak 29 Oktober 1994
*Dilancarkan oleh YAB. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 29 Mei 2008 di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur
*Program yang dilaksanakan berasaskan transformasi falsafah pelaksanaan dari fokus individu kepada

fokus komuniti
*Teras program melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian berdasarkan citarasa dan keperluan persekitaran komuniti tersebut

FALSAFAH
*Pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti. (Community Youth Development).
*Penglibatan secara total golongan belia dan komuniti setempat.
*Teras gerakan ini melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan oleh pengamal Gaya Hidup.
*Tumpuan utama pelaksanaan program adalah ke arah menjana keupayaan pengamal Gaya Hidup dengan melengkapkan mereka dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan sikap. KONSEP
*Menekankan kepada aspek pembangunan diri remaja, sistem penyampaian, pelaksanaan program berterusan, perkongsian pintar dan penglibatan masyarakat secara menyeluruh

VISI
Membina modal insan belia remaja yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak dan berkemahiran, aktif serta mengamalkan gaya hidup berkualiti, berdaya maju dalam aspek sosio budaya serta berupaya menjadi pemangkin kearah perpaduan dan pembangunan negara

MISI
Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda berdasarkan keutamaan pembangunan diri remaja berumur 15 - 25 tahun melalui pendekatan komuniti selaras dengan agenda pembangunan negara. OBJEKTIF
*Membangunkan watak dan imej diri remaja dengan penerapan nilai-nilai positif, berdisiplin, hormat-menghormati, bersemangat sukarela, bekerjasama, bersatu padu dan bersemangat patriotik
*Menjadikan Prihatin, Mahir dan Dinamik sebagai teras pembangunan modal insan golongan belia remaja dengan semangat “Yakin Boleh Gemilang”
*Mempromosi 8 Gaya Hidup Rakan Muda dan 4 program utama dikalangan belia remaja ke arah merealisasikan masa lapang berkualiti
*Mewujudkan komuniti yang saling berhubungan antara sub komuniti dan individu melalui pelbagai aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda
*Memantapkan jaringan hubungan dalam melaksanakan program secara bersepadu bersama agensi dan NGO’s yang mempunyai kemahiran khusus yang berkaitan dengan aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda
*Merencana dan mengurus prasarana dan khidmat aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda di sektor-sektor tumpuan golongan muda termasuk Peringkat Komuniti

MEKANISMA PELAKSANAAN
Kelab Rakan Muda Kawasan Parlimen
Pusat Kegiatan Rakan Muda Kawasan Parlimen
Sekretariat Rakan Muda
- Sekretariat Rakan Muda IKBN / IPT
- Sekretariat Rakan Muda Komplek Belia dan Sukan Negeri
- Sekretariat Rakan Muda Kawasan Kemajuan Tanah
- Sekretariat Rakan Muda Kompleks Rakan Muda
- Sekretariat Rakan Muda Industri
- Sekretariat Rakan Muda PBT
- Sekretariat Rakan Muda Agensi yang terlibat
- Sekretariat Rakan Muda Maktab Perguruan

Kerjasama Dengan Agensi Kerajaan
- Kementerian Pelajaran (Anugerah Remaja Perdana, Program Rakan Muda Sekolah)
- Kementerian Pengajian Tinggi (Sekretariat Rakan Muda IPT)
- Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (Rakan Seni Budaya, RMJM)
- Kementerian Kemajuan Luar Bandar Wilayah (Rakan Muda Wawasan Desa)
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Gaya Hidup Rakan Masyarakat)
- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Sekretariat Rakan Muda Kawasan Perumahan)
- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Gaya Hidup Rakan WIrausaha)
- Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (Gaya Hidup Rakan Inovasi)
- Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (Gaya Hidup Rakan Cinta Alam)
- Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Rakan Muda Jiran Muda)

Address

D/a Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pasir Mas, Pasir Mas
Kelantan
17000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Rakan Muda Parlimen Pasir Mas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Rakan Muda Parlimen Pasir Mas:

Share