09/10/2023
BULAN LITERASI KEWANGAN 2023
*Bulan Literasi Kewangan 2023 (Financial Literacy Month 2023, FLM)*
Diadakan sepanjang bulan Oktober 2023, dengan tema *Bijak Wang di Era Digital* .
Sempena FLM2023, Financial Education Network (FEN) akan mengadakan Program Jelajah FLM2023 di seluruh negara, termasuk universiti dan institusi pengajian di bawah KKDW.
*Program Jelajah FLM2023*
bertujuan untuk menyebarkan kesedaran dan pendidikan kewangan, terutamanya tentang celik kewangan digital. Inisiatif ini akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk:
๐ taklimat pendidikan kewangan
๐ taklimat jenayah kewangan
๐ eDuit (ePayment)
๐ Simpanan hari tua
๐ Insurans / Takaful sbg perlindungan
๐ *Bas Bergerak FEN*
Pihak FEN juga akan membawa bas untuk mengadakan aktiviti bersama-sama penduduk tempatan, pelajar-pelajar dan usahawan-usahawan kecil. Menyediakan sumber pendidikan kewangan bebas secara percuma meliputi pengurusan kewangan peribadi, celik kewangan digital, kesedaran tentang penipuan kewangan dan khidmat nasihat mengenai pengurusan hutang.