Borneo Community In Australia

Borneo Community In Australia To unite and introduce the cultural diversity of Borneo people who migrate to Australia

SARAWAK RANGERS: PEMBURU DALAM GELAP.(Penceritaan ringan, ringkas tapi panjang) Hutan Borneo itu sunyi…Tapi bukan kosong...
30/03/2026

SARAWAK RANGERS: PEMBURU DALAM GELAP.

(Penceritaan ringan, ringkas tapi panjang)

Hutan Borneo itu sunyi…
Tapi bukan kosong.

Di celah kabus tebal dan akar yang mencengkam bumi,
ada sesuatu yang bergerak... tanpa bunyi, tanpa jejak.

Mereka bukan sekadar askar.

Mereka adalah Sarawak Rangers.

---

Kisah mereka bermula seawal tahun 1862.

Ketika dunia belum mengenal teknologi perang moden,
pahlawan-pahlawan dari kaum Iban sudah menguasai sesuatu yang jauh lebih berbahaya,

seni memburu manusia di dalam hutan.

Bagi mereka, hutan bukan halangan.
Hutan adalah rumah.

Setiap daun yang gugur…
setiap ranting yang patah…
setiap bau yang berubah di udara,... semuanya adalah bahasa.

Dan mereka… fasih membacanya.

---

Apabila perang meletus,
dan tentera luar mula hilang arah di dalam rimba,

British memanggil mereka.

Bukan untuk bertahan.

Tetapi untuk memburu.

Mereka dihantar ke medan paling sukar, Perang Dunia Kedua, memburu tentera Jepun dalam diam.

Darurat Tanah Melayu, menjejak komunis yang bersembunyi dalam hutan.

Konfrontasi Indonesia, di mana garis sempadan bukan lagi peta… tetapi naluri.

Di setiap medan itu, satu perkara kekal sama:

Musuh masuk…
tapi tidak semua keluar.

---

Mereka digelar “Iban Trackers”.

Namun satu nama lain lebih terkenal… lebih ditakuti.

“Headhunters.”

Gelaran itu bukan sekadar cerita.

Ia lahir dari sejarah lama... tradisi memenggal kepala musuh sebagai lambang kemenangan dan keberanian.

Dan walaupun zaman berubah,
bayang-bayang reputasi itu tidak pernah hilang.

Di medan perang moden,
musuh tidak tahu sama ada cerita itu masih benar…

Tetapi mereka tidak berani untuk mengujinya.

Kerana di dalam hutan,
ketakutan adalah senjata paling tajam.

---

Bayangkan ini…

Kamu berjalan dalam hutan yang sunyi.
Tiada bunyi, tiada pergerakan.

Tiba-tiba… rasa diperhatikan.

Tapi bila berpaling..... tiada siapa.

Itulah saat terakhir yang dirasai ramai musuh.

Kerana bagi Sarawak Rangers,
membunuh bukan tentang kekuatan.

Ia tentang kesabaran, ketepatan… dan waktu yang sempurna.

---

Mereka tidak menjerit.
Mereka tidak menunjuk kekuatan.

Mereka hanya datang…
dan menghilang.

Seolah-olah tidak pernah wujud.

---

Namun sejarah tidak memadam mereka.

Pada tahun 1963, Sarawak Rangers secara rasmi dibubarkan... tetapi bukan dihapuskan.

Mereka dilahirkan semula sebagai
Rejimen Renjer Diraja didam perkhidmatan Tentera Darat Malaysia.

Rejimen Infantri pakar perang gerila dan ilmu hutan...

Warisan itu masih hidup.

Dalam setiap askar yang melangkah ke hutan,
dalam setiap operasi yang menuntut ketahanan luar biasa…

ada roh lama yang masih berbisik:

“Kita bukan dikejar…
kita yang memburu.”

---

Dalam dunia moden, ramai lupa…
sebelum teknologi, sebelum drone, sebelum satelit...
ada manusia yang menjadi senjata.

Sarawak Rangers...
bukan legenda yang dicipta…
tetapi ketakutan yang benar-benar pernah hidup.

----

Tahun 1963... tahun yang mengubah segalanya.

Di saat Tanah Melayu bersatu dengan Sabah dan Sarawak untuk membentuk sebuah negara bernama Malaysia, harapan dan kebimbangan berjalan seiring.

Penyatuan itu bukan sekadar garis di peta, tetapi satu ikatan yang menuntut pengorbanan. Di bawah Perjanjian Pertahanan 1963, pihak British menetapkan satu syarat penting.. dua pasukan ketenteraan mesti ditubuhkan,

masing-masing dari Sabah dan Sarawak, demi menjaga keselamatan negara yang baru lahir ini.

Di Sarawak, nama Sarawak Rangers bukanlah asing. Mereka dikenali sebagai pasukan yang berani, cekal dan setia. Namun pada 15 September 1963, pasukan itu dibubarkan.

Suasana ketika itu penuh tanda tanya... seolah-olah satu era telah berakhir.

Namun, keesokan harinya, segalanya berubah.

Pada 16 September 1963, dari sisa kekuatan dan semangat yang masih membara, lahirlah Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.

Ia bukan sekadar penubuhan baru, tetapi kesinambungan perjuangan yang tidak pernah padam.

Tidak semua memilih untuk kekal. Daripada ratusan anggota Sarawak Rangers (FELF),

hanya kira-kira 100 orang yang dengan rela hati meneruskan khidmat.

Yang lain memilih untuk pulang ke kampung halaman... membawa bersama kenangan, luka, dan kisah yang hanya mereka fahami.

Namun bagi yang kekal, mereka membawa sesuatu yang lebih besar daripada sekadar tugas... sebuah sumpah.

“Agi Idup Agi Ngelaban.”

Motto itu terpahat pada logo Rejimen Renjer Diraja, tetapi maknanya jauh lebih dalam daripada sekadar kata-kata. Ia adalah semangat juang yang tidak pernah padam.. bahawa selagi nafas masih ada, selagi itu perjuangan akan diteruskan.

Dan hanya dengan memahami sejarah Sarawak Rangers, barulah kita benar-benar mengerti.. mengapa kata-kata itu begitu keramat, dan mengapa ia terus hidup dalam setiap jiwa yang pernah menyarung seragam itu.





Sarawak perlu bersatu sokong kepimpinan Abang Johari pertahan hak, autonomi dan maruah negeriKUCHING, 19 Mac (Khamis) – ...
19/03/2026

Sarawak perlu bersatu sokong kepimpinan Abang Johari pertahan hak, autonomi dan maruah negeri

KUCHING, 19 Mac (Khamis) – Sarawak beruntung kerana mempunyai seorang pemimpin yang berani dan berwawasan untuk mempertahankan hak negeri ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas sempena perutusan Hari Raya Aidilfitri 2026.

Beliau berkata di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Johari Tun Openg, kerajaan negeri telah mengambil langkah tegas untuk menuntut semula serta melindungi kedudukan sah Sarawak sebagai rakan pengasas Persekutuan Malaysia.

Uggah berkata kepimpinan Abang Johari bukan berasaskan konfrontasi, sebaliknya berteraskan keadilan demi memulihkan apa yang sewajarnya menjadi milik Sarawak serta memastikan generasi akan datang mewarisi negeri yang lebih kukuh dan makmur.

“Di bawah kepimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Johari Tun Openg, Sarawak telah mengambil langkah tegas untuk menuntut semula dan melindungi kedudukan sah kita. Kepimpinan beliau bukan mengenai konfrontasi. Ia adalah mengenai keadilan,” katanya.

Menurut beliau, Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar perayaan keagamaan yang menandakan bermulanya Syawal, malah menjadi waktu terbaik untuk rakyat negeri ini menghayati nilai kesyukuran, kemaafan dan kebersamaan dalam masyarakat berbilang kaum serta agama.

Katanya semangat itu amat terserlah di Sarawak apabila rakyat daripada pelbagai latar belakang saling kunjung-mengunjung, berkongsi juadah dan meraikan perayaan dalam suasana harmoni sebagai satu keluarga besar.

Dalam masa sama, beliau berkata sambutan Aidilfitri juga harus menjadi medan renungan buat semua rakyat Sarawak tentang jati diri, sejarah serta tanggungjawab bersama untuk mempertahankan hak, autonomi dan maruah negeri seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Hak Sarawak bukan hadiah daripada sesiapa. Ia adalah sebahagian daripada janji besar yang dimeterai ketika Malaysia dibentuk,” katanya.

Uggah turut berkata perjuangan mempertahankan hak Sarawak tidak boleh dipikul oleh seorang pemimpin semata-mata, sebaliknya memerlukan sokongan padu seluruh rakyat Sarawak tanpa mengira kaum dan agama.

Beliau berkata perpaduan rakyat Sarawak akan menjadikan suara negeri ini lebih kuat dan masa depannya lebih cerah, sejajar dengan semangat Segulai Sejalai yang menjadi asas kekuatan masyarakat negeri ini.

“Marilah kita berdiri teguh. Marilah kita berdiri dengan bangga. Marilah kita bersatu dalam mempertahankan hak dan maruah Sarawak,” katanya.

Beliau turut menyeru rakyat untuk terus memperkukuh solidariti di belakang kepimpinan Premier dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak demi memastikan Sarawak terus bangkit sebagai wilayah yang yakin, maju dan makmur, selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 serta aspirasi rakyatnya.

Uggah berkata beliau dan keluarganya turut merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam di dalam dan luar Sarawak.

——




🎭 TOPENG SUDAH TERBUKA16 MAC 2026 – RAKYAT BORNEO MELIHAT SENDIRI=====================================Hari ini di Mahkam...
18/03/2026

🎭 TOPENG SUDAH TERBUKA
16 MAC 2026 – RAKYAT BORNEO MELIHAT SENDIRI
=====================================
Hari ini di Mahkamah Persekutuan, satu perkara menjadi jelas:

🟠Putrajaya tidak berdiri bersama Sarawak dan Sabah.

❌Mereka berdiri bersama sebuah syarikat.
Syarikat itu ialah Petroliam Nasional Berhad.

1️⃣ "Tidak Membantah" – Isyarat Politik
=====================================
Apabila peguam Persekutuan berkata mereka tidak membantah tindakan Petronas, mesejnya sangat jelas:
Putrajaya membiarkan syarikat korporat mencabar undang-undang Sarawak.
Ini bukan sekadar prosedur mahkamah.
Ini adalah pendirian politik.

2️⃣ Petronas Tidak Bertindak Sendiri
=====================================
Di bawah Petroleum Development Act 1974, Petronas berada di bawah arahan kerajaan Persekutuan.

Soalan yang rakyat Borneo tanya:
Jika Putrajaya benar-benar mahu mempertahankan hak wilayah,
mengapa mereka tidak menghentikan konflik ini?

3️⃣ Di Mana Semangat MA63?
=====================================
Sabah dan Sarawak membentuk negara ini melalui:

🟠Malaysia Agreement 1963
bukan sebagai negeri bawahan, tetapi sebagai rakan pengasas.

Jika undang-undang wilayah boleh dicabar oleh syarikat milik pusat, rakyat berhak bertanya:

🟠Apakah makna sebenar MA63 hari ini?

🔥 Persoalan Besar Rakyat Borneo
=====================================
Jika semua kuasa berada di pusat:
✔️Kenapa wujud MA63?
✔️Kenapa wujud autonomi wilayah?
✔️Kenapa Sabah dan Sarawak diberi hak khas?
✔️Atau adakah semuanya hanya janji sejarah yang semakin dilupakan?

📢 Realiti Hari Ini
=====================================
Hari ini bukan sekadar kes mahkamah.
✔️Ia adalah ujian kepercayaan rakyat Borneo terhadap sistem persekutuan.
✔️Ujian kontrak perjanjian MA63 sebagai asas kontrak Malaysia

Kepercayaan itu hanya boleh dipulihkan dengan:
✔ menghormati hak wilayah
✔ menegakkan semangat MA63
✔ memastikan sumber Borneo memberi manfaat kepada rakyatnya

Suara Borneo
Borneo bukan sekadar pengeluar minyak.
Borneo adalah rumah kepada jutaan rakyat yang berhak menikmati masa depan yang adil.
Dan rakyat Borneo sedang memerhati.





15/03/2026
BUILD UP UNTUK KES KERAJAAN SARAWAK/PETROS VS PETRONAS HARI INI. (ISNIN 16 MAC 2026)Isu kedudukan Perjanjian Malaysia 19...
15/03/2026

BUILD UP UNTUK KES KERAJAAN SARAWAK/PETROS VS PETRONAS HARI INI. (ISNIN 16 MAC 2026)

Isu kedudukan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam kerangka perundangan moden sering kali mencetuskan perdebatan hangat, terutamanya apabila naratif dari Malaya cuba meletakkan kuasa Parlimen mengatasi segala-galanya. Dari lensa Sarawak, dakwaan bahawa Parlimen Malaysia mempunyai kuasa mutlak untuk meminda atau mengetepikan peruntukan dalam MA63 adalah satu kekhilafan sejarah dan perundangan yang amat besar.

MA63 bukanlah sebuah undang-undang domestik biasa yang boleh diubah sesuka hati melalui undian majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, sebaliknya ia merupakan sebuah dokumen antarabangsa yang telah didaftarkan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sebagai sebuah perjanjian antarabangsa yang menjadi batu asas kepada pembentukan Persekutuan Malaysia, sebarang cubaan untuk mencabarnya di mahkamah domestik atau memindanya tanpa persetujuan pihak-pihak yang menandatanganinya merupakan satu tindakan yang mencabuli semangat asal penggabungan tersebut.

​Apabila Malaya cuba mencabar hak-hak Sarawak di mahkamah, mereka sering menggunakan hujah kedaulatan Parlimen sebagai "kuasa tertinggi" untuk menyeragamkan undang-undang di seluruh negara. Namun, bagi rakyat Sarawak, tindakan ini dilihat sebagai satu bentuk pencerobohan terhadap autonomi yang telah dijamin sejak awal. Mahkamah di Malaysia seharusnya berfungsi sebagai pelindung kepada Perlembagaan Persekutuan yang lahir daripada rahim MA63, bukannya alat untuk menghakis hak-hak istimewa wilayah Borneo.

Keberanian Malaya mengheret isu ini ke meja pengadilan menunjukkan wujudnya ketidakfahaman yang mendalam terhadap fakta bahawa Malaysia tidak akan wujud tanpa kerelaan Sarawak dan Sabah berdasarkan syarat-syarat khas yang termaktub dalam perjanjian tersebut.

​Tindakan mencabar MA63 di mahkamah juga sering kali bermotifkan keinginan untuk menguasai sumber kekayaan alam Sarawak, terutamanya dalam sektor minyak dan gas. Naratif yang memihak kepada Sarawak menegaskan bahawa hak ke atas pelantar benua dan sumber asli adalah hak mutlak Sarawak yang tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana akta Parlimen yang dibuat secara unilateral, seperti Akta Pembangunan Petroleum 1974. Apabila pihak Persekutuan cuba mempertahankan penguasaan mereka melalui saluran undang-undang, Sarawak tidak sekadar berdiam diri tetapi bangkit mempertahankan kedaulatan ekonominya dengan menegaskan bahawa undang-undang Sarawak seperti Ordinan Perlombongan Minyak 1958 tetap sah dan mengatasi undang-undang Persekutuan yang bertentangan dengannya.

​Akhirnya, perjuangan Sarawak bukan sekadar tentang memenangi kes di mahkamah, tetapi tentang menuntut semula maruah sebuah wilayah yang setaraf dengan Malaya, bukannya negeri ke-13. Sebarang tindakan undang-undang yang cuba merendahkan status MA63 hanya akan mengukuhkan lagi tekad rakyat Sarawak untuk menuntut hak mereka seperti yang telah dipersetujui sebelum ini.

Hakikatnya, MA63 adalah dokumen yang tidak boleh luput, dan tiada mana-mana kuasa di Malaya yang boleh memadamkan fakta sejarah bahawa hak Sarawak adalah bersifat kekal, dilindungi secara antarabangsa, dan tidak boleh ditawar-tawar melalui permainan politik di Parlimen mahupun di bilik bicara mahkamah.

SUMBER DARI Epy Al-Fateh IV

11/03/2026

Betül 👍👍

08/03/2026

Sarawak tidak perlukan Pas

Address

Melbourne, VIC

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Borneo Community In Australia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share